Selangor beri peruntukan RM200,000 kepada DUN pembangkang - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Selangor beri peruntukan RM200,000 kepada DUN pembangkang

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali di pejabatnya sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini. Beliau mengumumkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang secara terus semasa pembentangan Bajet 2015. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 24 November, 2014.

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dikuasai pembangkang bakal menerima peruntukan RM200,000 setahun bermula tahun depan, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semasa pembentangan Bajet 2015 hari ini.

Ini merupakan kali pertama kerajaan pemerintah memberi peruntukan perbelanjaan kawasan kepada wakil rakyat pembangkang secara terus.

Azmin berkata, peruntukan itu diberikan untuk Program Mesra Rakyat bagi meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

"Mulai tahun 2015, peruntukan Adun akan turut dipanjangkan kepada Adun pembangkang dengan peruntukan sejumlah RM200,00 setahun," katanya.
Mengulas lanjut pada sidang media, Azmin berkata sejumlah RM2.4 juta setahun diberikan kepada 12 kerusi  DUN Barisan Nasional (BN).

Jumlah pemberian itu termasuk kepada DUN Pelabuhan Klang yang diwakili bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebagai satu-satunya wakil rakyat Bebas dalam DUN Selangor.

Azmin sebelum itu turut mencadangkan peruntukan Adun ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun bagi setiap kawasan.

"Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras Parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri," katanya.

Penyelaras DUN Pelabuhan Klang Faekah Husin sebelum ini mendakwa Azmin membekukan saluran peruntukan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kawasan itu dan Parlimen Bandar Tun Razak yang disandang Khalid.

Faekah mendakwa, pembekuan akaun bank SMUE itu dibuat sejurus selepas Azmin memegang pemerintahan kerajaan negeri dan mendakwa timbalan presiden PKR itu mengamalkan politik dendam.

Namun, Azmin menafikan pembekuan itu adalah arahannya tetapi proses normal dalam polisi yang diamalkan pentadbiran Khalid sejak enam tahun lalu apabila perkara sama juga dibuat terhadap bekas Adun Pelabuhan Klang terdahulu, Badrul Hisham Abdullah yang keluar PKR pada 2009 dan menjadi wakil rakyat Bebas sehingga 2013. – 24 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selangor-beri-peruntukan-rm200000-kepada-dun-pembangkang#sthash.iwbpAngx.dpuf
0 Komentar untuk " Selangor beri peruntukan RM200,000 kepada DUN pembangkang "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ