Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Mohd Shafie Ngah dipilih menjadi timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu, berkuat kuasa hari ini
Keputusan itu sekaligus mengenepikan pencalonan Adun DAP dari kawasan Sekincan, Ng Sue Lim bagi merebut jawatan berkenaan.
Shafie memperoleh 28 undi mengalahkan Ng yang mendapat 14 undi.
Kerusi timbalan speaker DUN sebelum ini kosong berikutan penyandangnya, Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkannya dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).
Terdapat satu undi rosak dalam pemilihan yang dibuat melalui sistem undi secara sulit.
Seramai 12 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang hadir pada mesyuarat ketiga penggal kedua DUN Selangor yang ke-13 itu sepakat mengambil sikap berkecuali apabila tidak turut serta dalam proses pengundian.
Pendirian Adun BN itu dinyatakan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias.
Pengecualian itu dibenarkan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh kerana ia hak setiap Adun yang mahu mengundi atau enggan terlibat dalam pemilihan jawatan tersebut.
Selepas keputusan undi diumumkan Hannah, Mohd Shafie terus mengangkat sumpah sebagai timbalan speaker dalam DUN.
Beliau ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya masih menunggu arahan Speaker untuk melaksanakan tugas.
"Terima kasih kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat yang pilih saya membantu tuan speaker dan ada peranan 'check and balance'.”
Mengulas sidang DUN kali ini, beliau berharap semua Adun akan bersikap positif dan memandang masa depan lebih cerah untuk bekerja. – 24 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adun-pas-angkat-sumpah-timbalan-speaker-selangor#sthash.jrFcb2tt.dpuf

0 Komentar untuk " Adun PAS angkat sumpah timbalan speaker Selangor "