Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Datuk Zuraidah Atan berjaya membawa keluar program sukarelawan dalam kalangan anak muda di universiti dengan menjadikannya lebih tersusun dan sistematik. Kesungguhan dan minat mendalamnya kepada usaha ini perlu dipuji dengan memberikan wajah baharu kepada kegiatan sukarelawan sama ada di dalam atau pun di luar negara.
Yang terbaharu misalnya, YSS menggembleng seluruh kekuatan sukarelawannya untuk membantu Misi Bantuan Banjir Sabah di Kota Belud, Penampang dan kawasan yang terbabit, dengan memohon sumbangan pelbagai pihak untuk menyumbangkan keperluan bagi tujuan tersebut.
Sebelum ini YSS menggembleng sukarelawannya untuk berbakti di beberapa tempat seperti di Sarawak dan juga di Laos yang mendedahkan anak muda ini kepada suasana sebenar untuk berbakti kepada masyarakat di mana saja di dunia ini. Pembabitan mahasiswa dengan program kemasyarakatan bukanlah baharu. Hampir semua universiti melakukan aktiviti sedemikian seperti Operasi Khidmat Masyarakat, Bakti Siswa, Projek Anak Ladang, Rancangan Bersama Desa dan pelbagai lagi.
Kumpul dana jayakan aktiviti
Projek Anak Ladang misalnya dilakukan oleh pelajar Persatuan Kebudayaan India USM di ladang seluruh negara selama dua bulan atau lebih semasa cuti panjang. Mereka biasanya mengadakan pelbagai aktiviti untuk mengumpul dana bagi menjayakan usaha ini dengan meletakkan sekumpulan mahasiswa untuk menjalankan pelbagai aktiviti, termasuk membantu dalam pelajaran dalam kalangan anak ladang mahupun membantu mengatasi masalah sosial penghuni ladang.
Rancangan Bersama Desa pula diambil ideanya daripada inisiatif yang masih dijalankan oleh kebanyakan universiti di Indonesia yang dilakukan oleh USM sejak awal tahun 1970-an dengan kerjasama kerajaan Kedah menghantar sekumpulan kecil mahasiswa, biasanya kurang daripada 20 orang untuk hidup dalam kalangan masyarakat luar bandar, merancang dan melaksanakan sendiri pelbagai aktiviti selama dua bulan atau lebih.
Penulis sendiri pernah mengikuti sebanyak dua kali program ini dan melalui sendiri pengalaman berada dalam kancah politik kafir-mengkafir dan ketaksuban masyarakat terhadap parti politik di negara ini serta membantu pelbagai aktiviti yang bersesuaian, termasuk mengadakan kelas bimbingan dan kegiatan ekonomi yang berkaitan.
Penulis juga pernah mengikut nelayan ke laut melalui program seumpama ini dan merasai sendiri kesukaran hidup mereka dengan berada di atas kapal semalaman dan melihat dari dekat segala masalah yang dihadapi leh golongan nelayan.
Malah, satu program yang mendekatkan diri mahasiswa dengan golongan peniaga Pekan Rabu Alor Setar turut diadakan oleh Desasiswa (majlis penghuni asrama pelajar) yang bukan saja menjadi anak angkat tetapi juga membuat kajian dan mengemukakan cadangan terhadap masalah yang dihadapi peniaga.
Program khidmat masyarakat
Hakikatnya, banyak program khidmat masyarakat dilaksanakan pihak universiti sejak dahulu lagi melalui persatuan pelajar mahu pun gahagian hal ehwal pelajar dengan niat mendedahkan pelajar kepada kehidupan sebenar masyarakat. Pada skala kepakaran yang lebih besar, sekumpulan pensyarah perubatan di USM Kubang Kerian misalnya mengadakan aktiviti merawat pesakit bibir sumbing di Bangladesh dan Indonesia melalui pertubuhan sukarela termasuk MERCY. Malah semasa tragedi tsunami pada Disember 2004, ramai pakar perubatan dan mahasiswa turut serta dalam pelbagai aktiviti bantuan kemanusiaan di Acheh Indonesia dan beberapa buah negara lain.
Sudah sampai masanya usaha seperti ini dijenamakan semula dalam kerangka yang berfokus, bersistematik dan berstrategi dengan bimbingan pakar dan mereka yang mempunyai minat mendalam seperti YSS yang diterajui Zuraidah, bukan hanya diserahkan kepada mahasiswa semata- mata. Aktiviti sukarelawan seperti ini banyak manfaatnya dengan memberi pendedahan baharu serta mengajar anak muda lebih bersyukur dan keluar dari zon selesa.
Universiti juga secara bersama perlu mendokumentasikan usaha yang dilakukan selama ini dan membuat refleksi untuk memperkasakannya semula sebagai kebanggaan, termasuk menggembleng kekuatan bersama dengan mensinergikan kepakaran dan dapatan penyelidikan, pemindahan ilmu dan teknologi serta kreativiti dan inovasi untuk bergerak ke hadapan.

0 Komentar untuk " Program sukarelawan pupuk nilai murni "