PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), anak syarikat milikan penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal mewujudkan pusat inkubator peruncit di semua pusat membeli-belah bermula di Kompleks PKNS Shah Alam.
Pengurus Besarnya, Fakru Radzi Ab Ghani berkata, pusat itu akan dibina di kawasan seluas 4,000 kaki persegi dan dijangka siap pada suku kedua tahun depan.
“Pusat itu kelak akan menjadi platform usahawan startup untuk menimba pengalaman selain mempelajari selok-belok perniagaan di pusat membeli-belah yang berdaya saing, sebelum ke pasaran yang lebih besar.
“Ia akan dibuka kepada usahawan Bumiputera yang perniagaannya bukan berasaskan pakaian,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat Korporat PREC di SACC Mall, Shah Alam, baru-baru ini.
Menurutnya, pusat itu mampu memuatkan 30 inkubator kepada usahawan Bumiputera startup dengan harga sewa yang berpatutan.
Katanya, ia juga diwujudkan sebagai usaha untuk mewujudkan peluang dan seterusnya memperkasakan para usahawan Bumiputera yang baru mula menapak dalam bidang perniagaan.
Tambahan pula, tidak ramai yang berkemampuan memulakan dan seterusnya mengembangkan perniagaan untuk memasuki pusat membeli-belah yang besar.
Fakru Radzi berkata, pihaknya juga akan meluaskan pusat itu ke setiap kompleks membeli-belah PKNS yang lain secara berfasa.
Tambah baik pusat membeli-belah sedia ada
Bagi menjenamakan semula dan selanjutnya memberi wajah baharu kepada kompleks membeli-belah sedia ada, PREC kini dalam proses penambahbaikan dan menarik taraf kesemua kompleks membeli-belah di bawah jenama PKNS.
Kerja-kerja ini dijangka siap menjelang akhir tahun depan.
“Kerja-kerja transformasi itu sudah bermula pertengahan 2012 dan dilakukan secara berfasa.
“Antara pusat membeli-belah yang ditambah baik adalah Kompleks PKNS Shah Alam. Bagi peringkat pertama kami telah berjaya menambah ruang niaga baharu dengan membawa masuk jenama-jenama yang dekat dengan golongan muda,” katanya.
Menurutnya, Kompleks PKNS Shah Alam akan mengalami perubahan secara menyeluruh sama ada luaran mahupun dalaman dan dijangka berwajah baharu menjelang suku ketiga tahun depan.
Katanya, penambahbaikan itu juga secara tidak langsung bertujuan untuk membantu menambah jumlah pengunjung yang datang berkunjung ke kompleks membeli-belah yang berusia hampir 40 tahun itu.
Fakru Radzi berkata, bagi jumlah keseluruhan penambahbaikan Kompleks PKNS Shah Alam, PREC memperuntukkan lebih RM10 juta.
Selain Kompleks PKNS Shah Alam, PREC juga akan melaksanakan proses transformasi wajah baharu pada kesemua kompleks membeli belah miliknya termasuklah di Kompleks PKNS Bangi dan Wisma Yakin.
Penambahbaikan bakal tambah jumlah pengunjung
Selain menambah baik kemudahan dan wajah baharu Kompleks PKNS Shah Alam, PREC juga sedang menambah baik kemudahan medan selera yang terletak di tingkat atas kompleks berkenaan.
“Gerai-gerai makan itu akan dinaiktarafkan dan bumbung akan dibaiki,” katanya.
Menurutnya, dengan adanya medan selera wajah baharu itu kelak, pihaknya menjangkakan pertambahan jumlah pengunjung bukan sahaja pada tengah hari tetapi sehingga malam.
Katanya, bagi menjadikan lokasi itu lebih menarik, pihaknya juga akan membina taman rekreasi di kawasan seluas 150,000 kaki persegi itu.
“Antaranya taman mainan kanak-kanak, gelanggang street soccer dan futsal.
“Kesemua itu masih dalam proses pembinaan dan dijangka akan siap pada suku ketiga tahun hadapan,” katanya.
Malah, PREC juga dalam perancangan membina dataran di jalan tengah di antara Kompleks PKNS Shah Alam dengan SACC Mall.
Katanya, dataran itu nanti akan ditutup kepada laluan kenderaan yang mana khusus untuk pejalan kaki sepanjang 270 meter.
Fakru Radzi berkata, dataran itu dijangka siap pada suku keempat 2015 bergantung kepada kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Mengulas berhubung tumpuan segmen peruncitan yang diketengahkan di Kompleks PKNS Shah Alam, Fakru Radzi berkata, PREC mahu mengekalkan konsep sedia ada dengan tumpuan kepada jualan produk fesyen Muslim dan Muslimah.
“Tidak ada lagi pusat membeli-belah di Lembah Klang yang menawarkan produk seperti mana di Kompleks PKNS Shah Alam dan Wisma Yakin,” katanya.

0 Komentar untuk " PREC wujud pusat inkubator peruncit "