BALING - Golongan siswazah dan generasi muda di negara ini yang belum bekerja tidak sepatutnya menjadi penganggur kerana peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang menarik sentiasa tersedia untuk diisi.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, beliau yakin masalah mendapatkan pekerjaan bukan masalah utama yang menyebabkan berlakunya pengangguran terutama kalangan siswazah.
Beliau berkata, graduan di negara ini perlu terus memasuki dunia pekerjaan sebaik tamat pengajian dan mengetepikan sikap memilih pekerjaan yang menjadi punca berlakunya pengangguran.
"Saya tidak nampak kenapa siswazah dan golongan remaja lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di negara ini perlu jadi penganggur dengan alasan tiada pekerjaan. Mereka perlu berani mencuba kerana lebih dua juta pekerja asing menjadikan negara ini tumpuan kerana peluang kerja yang lumayan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya Azam 1Malaysia 2014 Peringkat negeri Kedah di sini hari ini.
Lebih 30 agensi pekerjaan dan syarikat swasta membuka kaunter sempena karnival itu dengan mendapat sambutan hampir 2,300 pemohon yang hadir.
Ismail berkata, terdapat hampir 14 negara sumber pembekal tenaga kerja asing ke negara ini, rakyat Malaysia terutama golongan lepasan insitusi pengajian tinggi sepatutnya merasa cemburu dengan berbagai peluang pekerjaan yang direbut oleh pekerja asing.
Turut hadir anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim.
Bagi Siti Nor Hanifa Mohd Tauhid, 26, berkata penganjuran karnival itu memberi peluang kepadanya untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai selepas berjaya memperoleh diploma.
"Saya tidak pernah ke mana-mana karnival kerjaya sebelum ini setelah tamat pengajian dan inilah kali pertama saya mencuba," katanya.
Lepasan SPM, Mohd Azlan Yahya, 23, mengalu-alukan penganjuran karnival itu yang memberi pendedahan kerjaya dan peluang mengisi kekosongan kerja dalam pelbagai bidang. - Bernama

0 Komentar untuk " Peluang kerja terhad bukan punca pengangguran "