SHARILFUDDIN SAARI ZULKIFLI
TEGAS dan memberi arahan dengan jelas. Begitu sifat-sifat peribadi yang dimiliki bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohd. Bakri Omar yang kembali ke rahmatullah pagi semalam.
Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarganya di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya iaitu selepas kira-kira empat tahun menghidap penyakit kanser.
Bagi yang mengenali Allahyarham secara jauh dan dekat, Mohd. Bakri, KPN ketujuh, merupakan permata dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sukar dicari gantinya.
Meskipun hanya hampir tiga tahun menjawat jawatan KPN iaitu dari November 2003, banyak jasa dan pengorbanan dicurahkan oleh Allahyarham.
Antara yang paling diingati adalah bagaimana Mohd. Bakri begitu bersungguh-sungguh menghapuskan rasuah dalam kalangan warga pasukan itu.
Sehinggakan Allahyarham memperkenalkan lencana ‘saya antirasuah’ pada setiap uniform anggota dan pegawai PDRM sebelum ditukar kepada ‘integriti amalan kita’ oleh KPN selepasnya iaitu Tan Sri Musa Hassan.
Dalam kalangan pegawainya, Mohd. Bakri disifatkan sebagai mudah untuk bekerja dengannya kerana arahan disampaikan cukup jelas. Namun, pantang bagi Allahyarham sekiranya ada anggota mahupun pegawainya yang menipu dalam menjalankan tugas.
Allahyarham juga begitu sensitif terhadap nasib dan kebajikan setiap warga PDRM dan tidak jemu-jemu memperjuangkan pembangunan dan prasarana pasukan itu di seluruh negara termasuk di Sabah serta Sarawak.
Pada pegangan Allahyarham, kebajikan warga PDRM perlu dinaik taraf sebaiknya bagi membolehkan pasukan tersebut mencapai prestasi terbaik dalam memberi perkhidmatan kepada seluruh masyarakat.
Hubungan rapat Mohd. Bakri dengan masyarakat turut terserlah apabila Allahyarham sering berdampingan dengan orang ramai hatta sehinggakan kelompok Orang Asli di seluruh negara yang diamalkan sejak menjadi Pengarah Pengurusan Bukit Aman.
Malah hubungan dengan kelompok Orang Asli diteruskannya meskipun telah memegang jawatan KPN dan tidak terhad dengan itu, Allahyarham turut menyebar luas dakwah Islam sehinggakan ramai masyarakat berkenaan yang memeluk agama suci tersebut.
Bagi kalangan wartawan yang membuat liputan Mohd. Bakri, pastinya masih teringat dengan ketegasan Allahyarham ketika berlangsungnya sesi temu bual dan sidang akhbar.
Pun begitu Allahyarham mencatat sejarah apabila meluangkan masa hadir dan duduk semeja dalam satu majlis perkahwinan salah seorang wartawan Utusan Malaysia.
Sejarah Mohd. Bakri dalam PDRM bermula apabila dilantik sebagai Kadet Asisten Supritendan (ASP) pada 1 Januari 1971. Allahyarham pernah dilantik memegang jawatan penting termasuk sebagai Ketua Polis Daerah Mersing dan Petaling Jaya.
Selain itu, Allahyarham turut pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Polis Sabah, Ketua Polis Kedah dan Kuala Lumpur serta Pengarah Pengurusan Bukit Aman.
Prestasi karier Mohd. Bakri terus terserlah apabila dilantik sebagai Timbalan KPN sebelum menggantikan KPN ketika itu iaitu Tan Sri Norian Mai. Setelah 35 tahun dan sembilan bulan menabur bakti dalam pasukan, Allahyarham akhirnya bersara.
Beliau kemudian dilantik menjawat jawatan sebagai Pengerusi Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) sehinggalah menamatkan kontraknya setelah menghidap penyakit kanser dua tahun lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
Kehilangan Allahyarham pasti dirasai seluruh masyarakat khususnya warga PDRM serta kenalan rapat Mohd. Bakri. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/pdrm-kehilangan-permata-1.23290#sthash.qefU7DZj.dpuf

0 Komentar untuk " PDRM kehilangan permata "