PAS persoal speaker tolak usul bahas penyusutan tanah rezab Melayu - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

PAS persoal speaker tolak usul bahas penyusutan tanah rezab Melayu

Usul tanah rezab Melayu penting dan tidak sepatutnya speaker menolaknya, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2014.

Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul membahaskan penyusutan tanah rezab Melayu yang semakin membimbangkan di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS yang membawa usul itu berkata, beliau tidak faham mengapa speaker menolak usul tersebut walhal  ia amat penting untuk dibahaskan memandangkan penyusutan tanah rezab Melayu semakin kritikal.

"Isu ini adalah perkara tertentu kerana penyusunan tanah rezab Melayu yang semakin mengecil keluasan sangatlah membimbangkan.

"Kerana itu kami berasa amat penting isu ini dibahaskan dan kita tidak faham kenapa speaker menolak pembentangan perkara tersebut," katanya pada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ketua penerangan PAS itu menyertakan hasil kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati jumlah keluasan tanah rezab Melayu direkodkan setakat 2009 menyusut kepada hanya kira-kira 12% iaitu seluas 1.6 juta hektar saja daripada keseluruhan 12.9 juta hektar keluasan tanah di Semanjung Malaysia (tidak termasuk Melaka dan Pulau Pinang). – 10 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-persoal-speaker-tolak-usul-bahas-penyusutan-tanah-rezab-melayu#sthash.Fn0ilt7H.dpuf
0 Komentar untuk " PAS persoal speaker tolak usul bahas penyusutan tanah rezab Melayu "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ