WALAUPUN Perhimpunan Agung Umno kali ini bukan dalam tahun pemilihan, ia tetap penting, meriah serta mendapat perhatian serius daripada pucuk pimpinan dan semua perwakilan.
Ini kerana sebagai sebuah parti politik dan rakan paling senior dalam Barisan Nasional, Umno berdepan realiti getir dan mencabar.
Survival parti bergantung kepada kemampuan kepimpinan dan ahli untuk menghidupkan semula semangat juang yang kental, menangani pelbagai isu besar yang kritikal kepada agama Islam dan masa depan bangsa Melayu, serta berupaya menjadikannya sebuah parti yang disokong rakyat, termasuk golongan muda.
Saya bersyukur diberi peluang mewakili Umno Kedah dalam Persidangan Agung Wanita menyokong usul agama yang dicadang oleh Wanita Umno Kelantan. Semasa berbahas, saya membangkitkan beberapa usul.
Pertama, perlunya kita memahami dan menangani secara strategik cara musuh mahu mengelirukan umat Melayu-Islam. Atas nama hak asasi, demokrasi dan keterbukaan, mereka memperkenalkan nilai, sikap dan budaya asing yang bercanggah dengan Islam bertujuan menyebar fahaman liberalisme, pluralisme dan ajaran sesat.
Banyak tafsiran baru dan salah dikemukakan sebagai hujah untuk mengeliru dan memecah-belahkan umat Melayu-Islam. Mereka mendorong sehingga orang Islam jadi tidak terkawal, berbalah mengenai isu-isu kecil (furuk) dan membesarkan perbezaan pandangan, menggalakkan perjuangan melampau, memesong generasi muda menjadi fasik dan menggalakkan aktiviti yang mungkar.
Mereka melakukan serangan pemikiran dan menimbulkan keraguan masyarakat terhadap peranan kerajaan dan pemerintah, sumbangan ulama dan pemimpin, kedudukan raja-raja dan mahkamah syariah, serta mencabar Perlembagaan dan Kontrak Sosial.
Saya menegaskan perlunya pihak berwajib agar lebih proaktif dan agresif dalam mempertahan kesucian agama daripada pencerobohan dan usaha jahat ini. Mana-mana organisasi atau badan mesti diharamkan mengguna ‘Islam’ sewenang-wenang pada namanya, apatah lagi jika tidak bertujuan dakwah atau amal umat Islam.
Saya mencadangkan tapisan sekuriti dan akidah ke atas penceramah atau tokoh jemputan dari luar untuk elak kontak langsung dan penyebaran fahaman songsang.
Rakyat Malaysia di luar negara, termasuk pelajar, mesti dipantau agar tidak terjebak atau terpengaruh dengan aliran selain Ahli Sunnah wal Jamaah, yang terbukti membawa kemajuan dan kestabilan kepada umat Islam rantau ini. Dalam konteks ini, Skuad An-Nur Wanita Umno boleh memainkan peranan positif kerana mempunyai kepakaran agama dalam kalangan anggotanya.
Kedua, kekeliruan dan perpecahan yang berpunca daripada orang Islam sendiri. Ini perlu dibendung dan diperbetul. Pemimpin Melayu dalam PKR dan pemimpin Pas sekalipun, walaupun berkopiah putih, tidak semestinya mantap pengetahuan agama mereka. Malah dalam Pas, ada juga ustaz jadian dan ustazah ekspres yang asalnya pelakon, penyanyi, pelawak dan kartunis.
Dalam kalangan mereka, ada yang berpegang kepada bermacam ideologi dan fahaman, termasuk liberalisme, pluralisme dan Syiah. Mereka bercanggah dengan mufti dan ulama muktabar mengenai asas dalam agama, dan menentang Majlis Fatwa.
Mereka juga jahil dalam soal adat dan protokol, sehingga ditegur oleh Sultan Selangor. Mereka tidak marah apabila pemimpin DAP berceramah mengenai Islam, malah boleh pula mengangguk-angguk.
Berasa digalak oleh pemimpin Melayu Pas dan PKR, ada pemimpin DAP berucap memetik dan membaca ayat al-Quran dalam ceramah mereka. Walaupun sebutan salah dan maksud tidak jelas, hadirin Pas tetap bertakbir.
Ketiga, memberi penjelasan berterusan mengenai konsep wasatiyyah dan jihad, serta bertindak tegas ke atas puak ekstremis atau terlibat dengan aktiviti militan bagi menjamin keselamatan negara dan keamanan masyarakat.
Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas untuk memastikan idealis muda tidak terjebak dengan perjuangan kumpulan negara Islam yang sesat, semata-mata kerana mahu mati syahid, kononnya jalan pintas ke syurga.
Islam tidak menganjur perbuatan kejam seperti menjadi pengebom berani mati, penggal kepala tebusan untuk tontonan atau membunuh orang awam. Ini bukan jihad.
Jihad kalau dipupuk dengan cara betul akan menjadikan seseorang itu serius dan bersungguh-sungguh melaksanakan kebaikan dan tuntutan Islam untuk mendapat keredaan ALLAH.
Kebetulan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentang kertas putih menentang prinsip dan perjuangan kumpulan negara Islam di Parlimen dua hari lalu. Kita menyokong penuh pendirian kerajaan kerana ideologi yang berpaksikan fanatisme dan keganasan tidak boleh diterima, apa lagi Malaysia sebuah negara majmuk.
Sebagai pelopor Gerakan Kesederhanaan Sedunia, Malaysia mengamalkan prinsip wasatiyyah dan mendukung ajaran Islam yang sebenar. Atas faktor ini juga, Wanita Umno mahu Akta Hasutan 1948 dikekalkan bagi memastikan keselamatan dan kestabilan negara, serta hak dan maruah semua warganegara, tidak kira bangsa dan agama, terjamin dan dapat dipertahankan.
* Datuk Dr Mashitah Ibrahim ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

0 Komentar untuk " Menegak hak dan perjuangan "