RATA-RATA orang ramai mencadangkan pihak pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara) perlu meningkatkan usaha untuk mempromosikan Medan Mara secara berterusan bagi menarik lebih ramai pengunjung.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata pengunjung yang ditemui mengakui Medan Mara agak lengang pada hari biasa kerana kekurangan promosi.
Seorang pensyarah, Jamilah Hashim berkata, pada hari biasa situasi tersebut berlaku kerana bangunan itu mungkin hanya dikunjungi oleh orang ramai yang mempunyai urusan dengan Mara sahaja.
“Saya selalu berkunjung ke sini kerana ada urusan dengan Mara dan tidak pernah meninjau lot-lot kedai yang ada.
“Kali pertama saya ke sini dulu, saya tidak tahu ada lot kedai di dalam bangunan ini kerana mungkin ia terletak di tempat tertutup dan tiada promosi mengenainya,” katanya.
Azlina Abd Aziz yang bekerja sendiri pula berkata, suasana suram di Medan Mara disebabkan ramai yang menyangka bangunan itu merupakan premis pejabat.
Katanya, walaupun Medan Mara ini menyediakan banyak ruang kedai di dalamnya, namun dia tidak berani untuk memasukinya kerana merasakan ia bukan kedai rakyat.
“Saya lihat, banyak butik-butik pengantin dan pakaian saja di dalam bangunan ini. Ia dilihat kurang sesuai untuk dikunjungi orang ramai kerana orang bukan kahwin hari-hari.
“Mara perlu menambah lebih banyak peniaga dengan produk pelbagai agar ramai orang boleh berkunjung ke sini,” katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, walaupun Medan Mara terletak di lokasi strategikberhampiran dengan lokasi tumpuan seperti pusat membeli-belah dan bank-bank utama, namun kekurangan promosi menjadi punca ia orang ramai tidak tahu tentang kewujudan lot-lot kedai di bangunan itu.
“Sekurang-kurangnya, Mara perlu lakukan promosi seperti meletakkan kain rentang di luar bangunan ini untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa bangunan ini juga ada kedai, selain pejabat,” katanya.

0 Komentar untuk " Medan Mara perlukan promosi "