MD. SHUKRI SHUIB | 12 November 2014 2:15 AM
KEDUDUKAN bahasa sebagai perantara komunikasi manusia adalah terpenting. Setiap kaum dan juga negara perlu mempunyai bahasa tertentu sebagai pengantara komunikasi. Malaysia juga memiliki bahasa kebangsaan yakni boleh diertikan dengan lebih mudah sebagai ‘bahasa negara’.
Oleh kerana secara aturan sejarah tanah air bersama juga kekuatan dan kekuasaan politik serta kedudukan majoriti maka bahasa Melayu menjadi bahasa negara yang digagaskan dengan tegas dalam perundangan seperti peruntukan yang hakiki dicatat menerusi Perlembagaan Persekutuan.
Ini tercatat atas perkiraan janji yang dibuat semasa pergabungan azam antara tiga kaum utama negara ini bagi menuntut kemerdekaan.
Perjanjian yang disebut sebagai kontrak sosial atau juga pakatan murni ini, maka nilai bahasa Melayu sebagai bahasa utama dimeterai sebagai terpenting dan dimasukkan dalam Perlembagaan di bawah Perkara 152.
Dengan jelas Perkara 152 menyebutkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.
Maka sekaligus kedudukan bahasa Melayu menjadi bahasa perlembagaan yakni bahasa yang dilindungi secara undang-undang. Harus juga dipertahan dan diperkembangkan.
Bahkan dengan peruntukan sebegini maka ia secara langsung menjadi bahasa berdarjat tinggi di negara ini. Ia adalah bahasa yang didahului dari segala bahasa yang ada dalam negara.
Maka seharusnya semua pihak bukan sahaja perlu memahami bahawa memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa bersifat kaum atau bangsa tetapi ia adalah bahasa negara dan bahasa yang dikanunkan taraf kedudukannya bahkan ia juga menjadi bahasa yang dilindungi secara khusus oleh undang-undang negara.
Inilah bezanya kedudukan bahasa Melayu dalam aspek jati diri negara berbanding bahasa lainnya termasuk bahasa Inggeris.
Untuk itu kupasan kajian yang diketuai oleh Prof. Dr. Teo Kok Seong yang juga merupakan pengkaji di Institut Alam dan Tamadun Melayu dengan kajiannya yang meliputi seramai 14,000 responden yang terdiri dari kalangan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di 79 buah kem di seluruh negara, dengan hasil kajian menunjukkan 604 peserta dari kaum Cina dan India yang tentunya adalah dari kalangan belia tidak memahami bahasa Melayu dalam komunikasi mereka tidak boleh dipandang sepi.
Secara nyata ia menunjukkan dengan jelas betapa usaha yang tegas perlu dilakukan negara bagi memantapkan elemen kebangsaan kepada warganegara kita.
Bahkan hasil kajian ini dengan secara tersiratnya menunjukkan kepincangan telah berlaku hasil dari pentadbiran dan dasar sedia ada. Pastinya jika sudah dikenalpasti wujudnya masalah maka pembetulan perlu dilakukan.
Kerajaan tidak harus membiarkan masalah keciciran penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat negara ini berlaku. Faktor penyumbang kepada berlakunya keciciran ini perlu dikenalpasti agar pembetulan dapat dijalankan.
Kewujudan sekolah berasaskan kaum Cina dan India dengan mengutamakan bahasa ibunda mereka dalam pengajaran subjek di kelas adalah dilihat sebagai ancaman kepada pengukuhan bahasa Melayu yang juga bahasa kebangsaan untuk dipupuk seawal usia kanak-kanak dalam agenda penyatuan nasional.
Masalah politik perkauman diamalkan oleh parti-parti politik kaum Cina dan India termasuk juga dalam komponen parti pemerintah telah membawa kepada pengukuhan dasar pecah dan perintah berasaskan kaum di sektor pendidikan negara hinggakan berlakunya keciciran dalam kalangan remaja dan belia kaum cina termasuk India dalam menguasai bahasa Melayu secara fasih termasuk pandai membaca dan berkomunikasi dengan kefahaman minda yang jelas akan maklumat yang disampaikan dalam bahasa Melayu.
Politik kaum dalam soal pendidikan sekolah hingga boleh membinasakan teras utama membina bangsa Malaysia harus dihentikan. Inilah sebab agaknya Thailand, Indonesia dan juga Singapura langsung tidak sama sekali percaya akan konsep integrasi tetapi lebih kuat mengamalkan konsep asimilasi kenegaraan kepada semua warga negara mereka kerana percaya bahawa jika elemen teras negara dapat dikecualikan dari pengamalan di sesetengah tempat dan keadaan, maka ia akan menjadi punca kepada perpecahan masyarakat di masa hadapan.
Tidak terlewat bagi kerajaan untuk bertindak meMalaysiakan semua sekolah dan diserapkan dengan nilai teras negara seperti yang terpupuk dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jika ini masih terabai, maka akan wujud seolah-olah autonomi kepada kaum-kaum tertentu dengan penguasaan di wilayah tertentu yang tidak memerlukan penguasaan bahasa Melayu secara total dalam kehidupan.
Lihat sahaja bandar raya besar seperti di Pulau Pinang umpamanya, mungkin di sesetengah kawasan bandarnya langsung bahasa Melayu tidak perlu dituturkan kerana kawasan kediaman dan juga kawasan komersial ditambah nilai pula dengan kewujudan sekolah yang langsung tidak memerlukan seseorang itu perlu berbahasa Melayu untuk berinteraksi dalam kehidupan.
Penulis percaya ada kawasan di negara ini yang dikuasai sepenuhnya oleh bukan penutur bahasa Melayu yang sekaligus menyebabkan generasi mereka juga tidak memerlukan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dalam hidup seharian.
Akhirnya Malaysia akan berakhir dengan perpecahan disebabkan oleh dasar integrasi yang tidak berjaya mengintegrasi sistem sekolah yang berjaya memperkukuhkan bahasa negara iaitu bahasa Melayu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Berkembang biaknya kumpulan kaum yang berminda sempit memikirkan soal bahasa ibunda masing-masing tanpa langsung memikirkan soal kedudukan dan hak serta status bahasa Melayu sebagai bahasa yang dikanunkan haknya dalam Perlembagaan akan menyebabkan pula berlakunya sosialisasi yang pincang.
Menebalnya perkauman akibat salah faham akan maklumat kerana tidak faham bahasa Melayu yang juga bahasa kepimpinan dan bahasa komunikasi arus perdana negara akan menjadikan sukar maklumat disampaikan.
Maka penyelewengan fakta akan berlaku. Mudahlah anasir subversif politik masuk dan meracuni kaum yang tidak faham bahasa Melayu itu.
Dapatan kajian oleh para ahli akademik tidak harus dipandang sepi. Kerajaan perlu bertindak melakukan pembetulan dan tindakan sebelum wujudnya lebih ramai generasi yang gagal menguasai elemen teras negara terutamanya dalam soal kefasihan berbahasa Melayu sebagai bahasa negara.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) .
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/kuatkuasakan-dasar-asimilasi-1.23639#sthash.ttnroRcU.dpuf

0 Komentar untuk " Kuatkuasakan dasar asimilasi "