FAUZIAH AROF | 12 November 2014 2:16 AM
BEBERAPA hari lalu, saya terpaksa menemani seorang rakan sekerja, minum bersama dua orang wakil insurans. Sejujurnya, saya memang rimas dengan `orang insurans’. Kalau boleh saya mahu melarikan diri, samalah seperti kalau saya nampak seorang jurujual.
Kalau perlu berjalan jauh, saya sanggup, asalkan tidak lalu depan jurujual.
Apabila sudah duduk semeja, salah seorang daripada mereka pun mengambil kesempatan bertanyakan kepada saya, sudah ambil insurans perubatan dan kesihatan? Macam biasa saya jawab semua sudah ada. Macam saya jawab dengan semua jurujual jugalah. Tanpa melihat sangat apa pun produk dia hendak jual.
Sebabnya, saya malas hendak memanjangkan cerita. Kalau cakap tak ada, nanti dia bercerita panjang lebar pula pasal asal-usul produk dia. Jalan selamat, jawab sudah ada sajalah. Tak mahu buang masa.
Rakan saya itu bertanyakan, berapa dia perlu bayar sebulan, pakej perlindungan perubatan dan kesihatan bersama anak-anaknya sekali. Lebih RM600 - jawab wakil insurans itu. Mahalnya, cepat saja kawan saya itu jawab. Tak apa boleh kurang lagi, tolak komisen saya pun tidak mengapa - jawab wakil insurans berkenaan.
Biar betul awak ini? - kata saya pula.
Tiba-tiba lelaki itu bertanya, insurans sebuah kereta bayar berapa? Insurans perubatan dan kesihatan ini termasuk dengan anak-anak sekali. Lebih penting. Orang sekarang insurans kereta boleh pula bayar. Kalau untuk kesihatan, berat sangat hendak keluar duit.
Saya senyum-senyum memandang rakan saya yang sedikit terkedu.
Dia pun memang sedang berfikir-fikir mahu beli kereta baharu. Kereta yang lebih besar dan lebih mahal.
Dalam kepala saya berfikir, betul juga cakap dia ini. Memang tidak dinafikan insurans perubatan dan kesihatan amat penting. Kalau sakit dan terpaksa masuk wad, inilah penyelamatnya. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan.
Tidak semua orang sentiasa ada wang pada setiap masa. Lainlah kalau memang orang kaya. Bila-bila masa pun ada wang, bukan setakat pada masa cukup bulan saja.
Hakikatnya, yang perlu diakui, hal-hal berkaitan kesihatan perlu diutamakan. Ada orang cukup berkira untuk memperuntukkan wang bagi tujuan kesihatan tetapi bab-bab untuk bergaya, mencantikkan diri, membeli perabot, bertukar-tukar kenderaan baharu atau membesarkan rumah, dia tidak kisah berhabis-habisan.
Dan terfikir juga saya, yang tidak mampu untuk membeli insurans perubatan dan kesihatan macam mana pula? Terpaksalah pergi ke hospital-hospital kerajaan, yang sebenarnya terbaik kerana mempunyai doktor-doktor pakar tetapi terpaksalah berasak-asak menunggu. Yang sakit, sudah tentulah bertambah sakit.
Maka sebenarnya, selain kita bercakap pasal mendapatkan perlindungan insurans, langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan mendapat penyakit dengan kemampuan wang yang terhad, itu adalah lagi penting.
Jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat. Jika ramai yang sihat, tidak ramailah orang menyerbu hospital.
Yang sakit pun akan rasa lebih mudah dan tenang bila menerima rawatan walaupun di hospital kerajaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/antara-insurans-perubatan-dan-kenderaan-1.23645#sthash.a6EgLKa5.dpuf

0 Komentar untuk " Antara insurans perubatan dan kenderaan "