KITA sering condong ke arah memberikan cadangan berbentuk menghukum berbanding cadangan mengelak kejadian buli ini.
Ini sekadar cadangan peribadi saya:
1. Wujudkan sistem WHISTLE BLOWING di kalangan semua pelajar dan ini dijadikan budaya asrama sejak mereka mula mendaftar diri. Pelajar digalakkan memberikan laporan/komen/ cadangan atas apa pun bentuk kejadian buli/ kerosakan atas alatan/ kemalangan/ keperluan keutamaan pelajar dan apa sahaja cadangan yang mampu meningkatkan prestasi kehidupan pelajar di asrama.
2. Pasang sistem loceng kecemasan di setiap tingkat dan blok asrama terus ke bilik warden/ penyelia asrama atau pengawal keselamatan.
3. Waktu malam - atau pada waktu penyelia/ warden tidak membuat rondaan - pengawal keselamatan Mesti dijadualkan membuat rondaan jam kunci di setiap tingkat dan blok pelajar.
4. Sebarang laporan kehilangan barang hendaklah diberikan perhatian dengan serious (isu sekarang ini banyak kehilangan telefom bimbit). Pelajar yang kehilangan barang akan bertindak ikut perasaan bila penyelia/ warden tidak ambil tindakan.
5. Sudah sampai waktunya penyelia asrama/ warden diambil dari kalangan pegawai khusus yang terlatih (bukan sekadar melantik ustaz bujang jadi warden) - Sudah sampai waktunya di Malaysia semua penyelia asrama MESTI MEMILIKI latihan Asas Psikologi Remaja - Psikologi Silang Budaya - Bidang Motivasi - Asas Kaunseling - Asas Pengurusan Waktu - Pengurusan Am dan Pentadbiran.
6. Pelajar yang melakukan kesalahan dikenakan denda yang bukan deraan tetapi yang lebih menginsafkan dan memberikan kemahiran tertentu yang bermanfaat - Contohnya lakukan kerja khidmat sosial dalam asrama yang dilakukan hujung minggu atau kerja-kerja membaiki alatan dan kemudahan dalam asrama (dapat praktikkan pelajaran Kemahiran Hidup yang mereka pelajari).
7. Pengawal keselamatan asrama sewajarnya dari kalangan yang terlatih untuk berkhidmat mengawal pelajar bukan menjaga bangunan dan harta kerana pelajarlah harta yang lebih berharga bagi negara (lesen keselamatan harus lebih mengkhusus ikut bidang kawalan bukan umum seperti sekarang).
8. Sistem rondaan pengawal keselamatan berjadual ke setiap tingkat dan blok menggunakan sistem kunci - pengawal keselamatan hanya boleh mencegah/ menghalang keselamatan/ kerosakan peralatan asrama tetapi tidak boleh menghukum pelajar - hanya penyelia asrama sahaja boleh menghukum. Rasanya dah panjang ni nanti bosan pulak membaca walaupun sebenarnya belum tuntas sepenuhnya.
Saya sekadar mahu berkongsi pengalaman peribadi saya sebagai Pengurus Asrama Semai Bakti Felda. Semoga ia akan memanfaatkan.
Wallahualam.
ISMAIL KASSAN

0 Komentar untuk " Kes buli: Wujudkan sistem ‘whistle blowing’ "