KARNIVAL Usahawan Mikro 2014 selama tiga hari yang bermula semalam di Kuala Lumpur, membuka peluang besar buat usahawan mikro meluaskan pasaran produk masing-masing.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata peniaga menyambut baik usaha agensi kerajaan membantu usahawan mempromosikan perniagaan mereka.
Pengurus Restoran O Mulia, Noor Shahida Othman berkata, karnival itu membantu restorannya untuk memperkenalkan produk baharu , ‘Sate Frozen O Mulia’ yang dijual pada harga RM10 bagi setiap pek yang mengandungi 10 cucuk sate sama ada ayam atau daging bersama kuah kacang.
“Ini kali pertama kami membawa keluar sate baharu kami daripada restoran. Sebelum ini, kami hanya jual sate siap dibakar di restoran dan kami harap supaya karnival ini dapat menarik ramai pelanggan untuk mencubanya, katanya.
Pengurus Z.B.Y Design, Mubarak Johari pula berkata, karnival dan ekspo anjuran agensi kerajaan banyak membantu menaikkan nama syarikatnya.
Sementara itu, Pengurus Serantau Desa Food Industries, Azlin Mohamed Idris berkata, syarikatnya kerap menyertai karnival dan ekspo usahawan anjuran agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Sementara itu, menurut kenyataan media dikeluarkan SME Corporation Malaysia (SME Corp), karnival itu melibatkan penyertaan lebih 40 usahawan mikro pelbagai industri.
“Karnival ini membantu usahawan untuk memaksimumkan keuntungan dan mencapai perkembangan perniagaan masing-masing,” katanya.
Karnival itu dianjurkan SME Corp Malaysia dengan kerjasama Mara bersama beberapa agensi lain.

0 Komentar untuk " Karnival bantu promosi produk "