HANCUR luluh membaca rintihan mangsa-mangsa Internet. Wang yang ditipu bukan beribu tetapi berjuta-juta ringgit. Penangan bukan sahaja wang ringgit tetapi kekecewaan perasaan ditipu sehingga ada yang mengalami tekanan jiwa. Hebatnya jenayah Internet masa kini yang kita sebut scam satu perkataan yang kita geruni.
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mengesahkan statistik jenayah komersial menerusi 16,661 kes yang dicatatkan di seluruh negara dari Januari hingga Disember 2013. Statistik jenayah siber sebanyak 257 kes melibatkan RM3,952,232.
Di Malaysia, Cyber Security memantau scam yang merupakan satu bentuk penipuan oleh pihak tertentu terhadap mangsa. Macam-macam umpan digunakan dalam laman sosial yang sepatutnya untuk mencari maklumat akhirnya menjerat diri jika tidak berhati-hati.
Laman sosial yang dilayari melalui komputer riba menjadi platform untuk penjenayah melakukan penipuan. Manakala barang berjenama turut menjadi umpan untuk mereka menabur lebih banyak tipu helah. Sebagai pembeli, apabila melihat barangan berjenama dengan harga durian runtuh maka semuanya menjadi gelap mata dan dengan hanya satu ‘klik’ membayar barangan yang diingini akhirnya semua hilang dalam sekelip mata.
Jenayah siber sering berlaku dengan mudah, di mana-mana dan bila-bila masa saja dalam dunia tanpa sempadan. Pelbagai taktik digunakan oleh penjenayah.
Baru-baru ini rakan saya yang mencari kereta di laman sosial yang sahih juga nyaris ditipu apabila menerima e-mel daripada penjual kereta yang kononnya berada di luar negara meminta wang pendahuluan jika berminat dengan kereta yang diiklankan. Biasanya kes penipuan, modus operandi mereka adalah dengan cara meminta pembeli memasukkan wang ke dalam akaun penjual yang ada kaitan dengan pemilik akaun bank yang lain.
Ayat-ayat penjenayah siber ini digunakan sama sahaja dengan orang lain jika menggunakan e-mel yang berlainan. Leonall Ong, mangsa jenayah siber yang masih trauma kehilangan wang beribu ringgit dan kini telah berhijrah ke luar negara menasihatkan orang ramai supaya jangan sesekali memasukkan deposit terlebih dahulu walaupun dipujuk rayu dengan tawaran lumayan.
Kenalan di Facebook yang baru dikenali pandai mengumpan dan memerangkap mangsa dengan sindiket penipuan pembungkusan Internet yang makin berleluasa. Helah bungkusan ditahan di pihak kastam dan memerlukan bayaran pendahuluan semuanya adalah penipuan.
Rakan sekerja saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada rakan-rakan yang risaukan dirinya yang dikatakan terkandas di luar negara dan meminta wang dimasukkan ke dalam akaun untuk membantunya pulang. Insiden begini sering berlaku dan banyak berlaku pada hari ini sehingga menyebabkan kita sentiasa risau yang mana benar dan yang mana pula palsu.
Sehinggakan penipuan tawaran kerja juga dilakukan oleh scammer yang licik dengan pelbagai taktik. Semuanya adalah pencerobohan atau fraud dalam alam maya.
Sindiket penipuan bukan sahaja melibatkan barangan malah cinta Internet rancak berleluasa biasanya berselindung di sebalik pangsapuri mewah. Lidah manis tidak bertulang warga benua Afrika menabur pelbagai tipu helah dan janji manis semata-mata ingin mencari keuntungan dengan mudah. Mereka menyasarkan wanita tempatan terutama yang kaya, andartu, ibu tunggal, pelajar kolej dan universiti tempatan.
Dalam hal ini, pengetahuan perlu ditambah dengan mempelajari betapa pentingnya memahami Dasar Keselamatan (AUP) antaranya memilih kata laluan yang lebih kompleks dan selamat supaya tidak diceroboh dengan mudah.
Naseer Qureshi, Pengarah Teknologi Maklumat di sebuah hotel di Riyadh memaklumkan bahawa penjenayah siber pandai memalsukan alamat e-mel atau mencuri maklumat tanpa kesan. Pautan yang dilayari jika mencurigakan harus dielakkan segera dan jangan klik sesuka hati jika diarahkan kerana keadaan ini amat membahayakan.
Kempen pencegahan jenayah siber melalui forum terbuka dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk menyampaikan mesej kesedaran tentang trend jenayah siber melalui ceramah. Badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan untuk bekerjasama dengan Unit Keselamatan Siber, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Bank Negara dan syarikat telekomunikasi. Pastikan pastikan jenayah siber dibendung segera. Licik dan bijak itulah kehebatan penjenayah siber yang sentiasa menunggu jeratnya. Salam 1Hati.
DR. JESSICA ONG HAI LIAW ialah pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/jangan-terjerat-jenayah-siber-1.20882#sthash.vXGyyacu.dpuf

0 Komentar untuk " Jangan terjerat jenayah siber "