SEBAGAI wakil rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bersikap terbuka dan menilai semua naskhah, baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang secara objektif dan ikhlas. Apa sahaja pandangan, wajar dinilai di atas faktor merit dan tidak ditolak mentah-mentah kerana perbezaan politik.
Disebabkan itu, adalah menjadi keperluan bagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN), untuk turut menilai sama apa sahaja pandangan balas yang dikemukakan sebagai ‘Belanjawan Pakatan Rakyat 2015’ yang pastinya telah dipersetujui oleh penggubal polisi mewakili PKR, DAP dan Pas.
Buat kali ini, penulis hanya memberikan fokus kepada satu topik khas yang digariskan sebagai ‘Pergantungan Kepada Hasil Minyak dan Gas’ yang diletakkan di dalam belanjawan kumpulan politik tersebut. Sememangnya benar, banyak angka yang boleh dirujuk, membawa kepada kesimpulan sememangnya Petronas banyak menyumbang kepada pembangunan negara.
Dengan segala data cukai, dividen, royalti dan sebagainya - angka kumulatif yang disumbangkan oleh Petronas cukup besar dan tidak salah dianggap sebagai ‘nadi’ kepada pembangunan negara. Itu hakikat yang tidak mungkin mampu dinafikan oleh mana-mana pihak sekalipun.
Petronas telah menyumbang sejumlah RM732 bilion kepada kerajaan sejak penubuhan syarikat minyak itu pada 1974 sehingga 31 Disember 2012.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis di Parlimen, tahun lalu berkata, jumlah itu meliputi dividen terkumpul sebanyak RM278 bilion, bayaran hasil petroleum (RM124 bilion), cukai pendapatan (RM310 bilion) dan duti eksport berjumlah RM20 bilion.
Jika dihitung dan dikira, jumlah ini sememangnya satu angka yang cukup besar. Jasa Petronas, kewibawaan kepimpinan syarikat tersebut selama ini juga menjadi akar kepada kejayaan dan meletakkan Petronas di tempatnya yang ada sekarang ini.
Kekhuatiran dan kerisauan penulis adalah ‘serangan bersiri’, kumpulan pembangkang kepada Petronas ini tidak pernah ada henti. Persepsi yang mereka bina, syarikat tersebut tidak telus dan senantiasa lari daripada tanggungjawab untuk ‘peka’ dengan soal ketelusan dan tata kelola. Apakah tuduhan ini benar dan punya asas?
Dalam kajian yang dilakukan Transparency International tahun lalu yang bertajuk Transparency in Corporate Reporting: Assessing Emerging Market Multinationals, Petronas berada di tangga kelima, sebagai antara syarikat yang paling telus di dalam mengurus sumber dan kewangan.
Hari ini, pembangkang bercakap pula mengenai Extractive Industries Transparency Initiatives (EITI). Kepentingan EITI ini diberikan penerangan di muka surat 43 dan 44 cadangan belanjawan mereka. Apakah perlu untuk EITI pula dijadikan asas sama ada Petronas itu telus dan berintegriti? Apakah wajar EITI diangkat terlalu besar hingga melangkaui apa sahaja kerangka audit dan nilaian yang sedia ada?
EITI - Agenda Siapa?
Menurut bacaan penulis, nyata dan jelas bahawa kedudukan EITI ini juga diragui oleh pengamal guaman; waima di Amerika Syarikat sendiri. EITI, kepada mereka, sudah mahu mengambil sikap dan kedudukan sebagai ‘gerakan sivil’ yang melangkaui Perlembagaan sesebuah negara.
Jika EITI diterima pakai, menjadi kewajipan buat Petronas menunjukkan segala-galanya kepada mereka. Puaskah hati kita, sekiranya Petronas perlu ‘membogelkan’ semua jumlah lesen, angka strategik pelaburan, jumlah cukai dan dividen - kepada EITI yang kononnya menjadi ‘pemegang kuasa mutlak’ di pentas antarabangsa.
Soalnya, apakah kumpulan politik pembangkang boleh menafikan bahawa keterlibatan George Soros di belakang agenda EITI ini. Boleh dinafikan bahawa ada dukungan Open Society di sebalik cadangan dan standard ketelusan EITI? Bolehkah dinafikan Revenue Watch Institute (RWI) yang ditaja oleh Soros, juga mempunyai kaitan dengan EITI?
Malah, mampukah dinafikan keterlibatan NGO seperti Publish What You Pay (PWYP) di dalam Lembaga EITI juga mempunyai unsur dan kaitan yang rapat dengan George Soros?
Sementara kononnya mahu menjaga kepentingan negara, ada keinginan mereka meletakkan Petronas di atas batu sembelihan kepada standard ketelusan yang tidak secara seluruhnya diterima oleh kumpulan negara maju (G8).
Hipokrasi ini mesti didedahkan kepada rakyat, supaya kita dapat melihat cadangan yang pada hakikatnya mahu menjahanam negara dan menidakkan keutuhan Perlembagaan. Ini bukan soal kita mendukung Petronas secara membuta tuli, tetapi realistik dengan ‘tanggungjawab besar’ yang terpaksa dipikul oleh syarikat itu.
Kepada penulis, ini bukan lagi soal ‘transparensi’ atau ketelusan. Tetapi ini soal haloba kuasa dan kesediaan menjual negara demi mendapat markah populis dan nama di pentas politik.
Kepada penulis, Petronas adalah sebuah syarikat yang mempunyai integriti dan kemampuan yang luar biasa. Cubaan menjahanamkan Petronas atas nama lakonan ‘ketelusan’ dan drama ‘transparensi’ ini wajar ditolak seutuhnya. Biarkan Petronas sebagai A Vision Realized, kekal sebagai tunjang kepada ekonomi negara dan bangsa.
Kesungguhan Petronas melaksana Kod Etika Perniagaan (Code of Business Ethics), ikhlas memegang polisi enggan menerima hadiah (No Gift Policy), kerjasama utuh bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah komitmen yang tidak boleh dipandang sebelah mata.
Cadangan menerima EITI sebagai standard baru ketelusan adalah satu usaha yang menjahanam ‘semangat’ dan ‘wibawa’ Petronas. Ironi, orang yang pernah berada di tampuk kuasa dahulu, tidak pernah sama sekali mencadangkan perkara yang sama.
‘Sindrom 1997/1998’ yang gemar tunduk kepada Soros dan Open Society ini nampaknya sudah bermula semula. Kerajaan dan rakyat perlu hati-hati dengan mereka yang gemar membaca mantera ‘ketelusan’; sedangkan mereka sendiri bergelumang dengan dosa nepotisme dan kronisme yang dahsyat!
PENULIS ialah Ahli Parlimen Kepala Batas.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agenda-mensabotaj-petronas-1.20879#sthash.0qqUtQhE.dpuf

0 Komentar untuk " Agenda mensabotaj petronas? "