Islam akan terus dicabar - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Islam akan terus dicabar

KUALA TERENGGANU - Islam akan terus berhadapan cabaran hebat selagi masih ada pertentangan antara yang benar dan salah.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah mengakui perkara itu terbukti melalui senario yang berlaku ketika ini apabila ada sahaja perkara dibangkitkan pihak tertentu sehingga mencetuskan sensitiviti umat Islam.

Menurutnya, keadaan itu jelas menunjukkan Islam sering kali dicabar dan ditentang.

“Islam hadapi isu sebegini bukan sekarang, tapi sejak dulu lagi sebagaimana diterangkan imam, ulama dan penyampai Islam bahawa agama Islam tidak sunyi daripada isu dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kumpulan Maahad Al Tahfiz Wa Al Tarbiyah (KMTT) dengan maahad tahfiz di Dewan Seminar, Masjid Jamek Tok Jiring, di sini.

Sehubungan itu, katanya, isu liberalisme dan pluralisme agama yang melanda masyarakat Islam bukanlah cabaran asing apabila umat Islam pernah berhadapan dengan banyak lagi fahaman termasuk rafidiyah dan ajaran lain yang memperlihatkan mereka terpesong dari ajaran sebenar.

Beliau yang juga Pengerusi KMTT berkata, penularan fahaman liberal adalah amat berbahaya sekiranya umat Islam terpengaruh kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

“Apabila sudah hilang roh sebagai hamba ALLAH SWT, macam-macam ideologi yang dicipta manusia bahawa mereka Islam tetapi Islam liberal, pluralisme agama. Ini tak betul,” katanya.

Beliau turut menggesa golongan ulama mengambil peranan yang sungguh-sungguh dalam menyebarkan kebenaran supaya umat Islam tidak dibelenggu dengan pemikiran yang boleh membawa kepada kerosakan akidah.

Related Post

0 Komentar untuk " Islam akan terus dicabar "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ