POS Malaysia Berhad menyediakan perkhidmatan Flexipack Domestik and International Prepaid (Flexipack) bagi membantu usahawan perniagaan dalam talian (online) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menghantar barang kepada pelanggan sama ada dalam negara atau antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, Flexipack membuat penghantaran dari pintu ke pintu melibatkan 200 destinasi dengan harga berpatutan.
“Flexipack menunjukkan Pos Malaysia komited menyokong usahawan online dan PKS serta membantu mereka. Flexipack mengurangkan kos pengedaran barang mereka.
“Flexipack International menyediakan lima saiz berbeza 150 gram dan tidak melebihi dua kilogram (kg). Harga dikenakan antara RM6 sehingga RM78,” katanya selepas melancarkan Flexipack, di Kuala Lumpur, semalam.
Iskandar Mizal berkata, bagi harga Flexipack Domestic Prepaid pula serendah RM4.50 hingga RM10.
“Masa penghantaran Flexipack mengikut zon dan negara. Kotak Flexipack International Prepaid dihantar ke beberapa negara antaranya Brunei, Singapura, Indonesia dan Hong Kong.
Ketika ditanya mengenai pembayaran Flexipack selepas pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015, Iskandar Mizal berkata, Pos Malaysia tidak menolak ia dikenakan kepada pelanggan.
“Pos Malaysia berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pelaksanaan GST terhadap perkhidmatan Pos Malaysia kepada pelanggan” katanya.
Menurutnya, Pos Malaysia menjangkakan pertumbuhannya meningkat pada 2015.
“Ia dipacu oleh kualiti perkhidmatan, pengenalan beberapa perkhidmatan baharu dan penggunaan perkhidmatan pos yang meningkat,” katanya.
Menurutnya, tahun lalu pendapatan Pos Malaysia adalah RM1.4 bilion dan 60 peratus daripadanya disumbangkan oleh perkhidmatan perniagaan mel.
Pos Malaysia menjangkakan Flexipack menyumbang 24 peratus pendapatan dalam masa enam bulan.

0 Komentar untuk " Hantar barang ke 200 destinasi "