Didik pelajar konsep keusahawanan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Didik pelajar konsep keusahawanan

SME Corporation Malaysia (SME Corp) mempromosikan konsep keusahawanan kepada pelajar tahun lima menerusi Mini Karnival Kidd@preneur 2014 dalam usaha  mengembangkan hasrat kerajaan untuk membangunkan lebih ramai usahawan.

Pengarah Bahagian Khidmat Nasihat dan Sokongan Perniagaannya, Mohd Rithaudden Makip berkata, program itu bertujuan memupuk nilai dan ilmu keusahawanan bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak.

“Program ini mempunyai tiga fasa melibatkan bina pasukan (teambuilding) yang memerlukan peserta menjalani aktiviti fizikal bagi memperkenalkan program keusahawanan kepada kanak-kanak, melengkapkan pelan perniagaan dan jualan produk pada karnival hari ini (semalam).

“Ini kali pertama SME Corp mengadakan program melibatkan pelajar sekolah rendah kerana kanak-kanak ini yang akan jadi tunjang kepada generasi akan datang dan mereka juga yang akan beri sumbangan kepada ekonomi negara pada masa depan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup Mini Karnival Kidd@preneur 2014 di Kuala Lumpur, semalam.

Seramai 40 pelajar dari lapan buah sekolah rendah sekitar Lembah Klang terlibat dalam program anjuran SME Corp dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Pada masa depan, Mohd Rithaudden berkata, SME Corp bercadang  meneruskan program itu di seluruh Malaysia.

“Kita hendak mengembangkan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar sejak dari mereka kecil lagi supaya mereka boleh menjadikan kerjaya usahawan sebagai pekerjaan pilihan,” katanya.

Menurutnya, SME Corp memperuntukkan RM500 kepada setiap sekolah terlibat sebagai modal awal untuk menjalankan perniagaan dalam program itu.

Pada karnival itu, Sekolah Kebangsaan Setiawangsa diumumkan sebagai pemenang Kidd@preneur, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang serta Sekolah Kebangsaan Putrajaya, Presint 8(1).

Related Post

0 Komentar untuk " Didik pelajar konsep keusahawanan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ