Dari kiri) Dzamier, Christopher, Suhaili, Cynthia Ng, Suzanne dan Kamalan pada Forum Merdeka Award, di ibu negara baru-baru ini.
Generasi muda (Gen Y) hidup dalam dunia mereka sendiri dan mempunyai pelbagai harapan, cita-cita dan permintaan bagi memenuhi kehidupan mereka. Adakah semua yang diharapkan atau diperlukan oleh golongan berkenaan boleh dipenuhi oleh ibu bapa mereka, komuniti dan negara?
Bolehkan orang dewasa memahami kehendak golongan ini yang bakal menggantikan kita sebagai ahli masyarakat yang berjaya malah turut menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin masa depan?
Berikutan itu, adakah pihak yang perlu menjawab persoalan berkenaan sudah bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam menangani isu Gen Y dan apakah pula aspirasi kita?
Bincang pelbagai isu
Itu adalah antara perkara yang dikemukakan pada seminar yang dipengerusikan Cynthia Ng dengan disertai lima ahli panel termasuk penerima Anugerah Merdeka kerana kejayaan pada peringkat antarabangsa.
Mereka termasuk Pengarah Urusan Teach For Malaysia, Dzamier Dzulkifli, Dr Kamalan Jeevaratnam (Ketua Psikologi Perdana University-Royal College of Surgeons Ireland Malaysia; Christopher Tock (Pengarah Eksekutif Projek Eye Empowering Youth Endeavors), Suhaili Micheline Ahmad Kamil (guru tari dan persembahan) serta Suzanne Lee (jurugambar profesional).
Generasi muda (Gen Y) hidup dalam dunia mereka sendiri dan mempunyai pelbagai harapan, cita-cita dan permintaan bagi memenuhi kehidupan mereka. Adakah semua yang diharapkan atau diperlukan oleh golongan berkenaan boleh dipenuhi oleh ibu bapa mereka, komuniti dan negara?
Bolehkan orang dewasa memahami kehendak golongan ini yang bakal menggantikan kita sebagai ahli masyarakat yang berjaya malah turut menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin masa depan?
Berikutan itu, adakah pihak yang perlu menjawab persoalan berkenaan sudah bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam menangani isu Gen Y dan apakah pula aspirasi kita?
Bincang pelbagai isu
Itu adalah antara perkara yang dikemukakan pada seminar yang dipengerusikan Cynthia Ng dengan disertai lima ahli panel termasuk penerima Anugerah Merdeka kerana kejayaan pada peringkat antarabangsa.
Mereka termasuk Pengarah Urusan Teach For Malaysia, Dzamier Dzulkifli, Dr Kamalan Jeevaratnam (Ketua Psikologi Perdana University-Royal College of Surgeons Ireland Malaysia; Christopher Tock (Pengarah Eksekutif Projek Eye Empowering Youth Endeavors), Suhaili Micheline Ahmad Kamil (guru tari dan persembahan) serta Suzanne Lee (jurugambar profesional).
Seminar Meja Bulat Anugerah Merdeka Kelapan yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini banyak membincangkan apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Gen Y dan persediaan mereka menggantikan generasi lama serta mengupas pelbagai isu masa kini yang terpaksa dihadapi.
Antara isu utama ialah mengenai bakat dan kebolehan mereka dalam pelbagai bidang yang didakwa kurang dihargai oleh masyarakat malah ada yang lebih berminat bekerja di luar negara kerana masyarakat di sana dikatakan lebih menghargai sumbangan golongan muda.
Kedua, sistem pendidikan, kos sara hidup yang terlalu tinggi, sikap Gen Y yang selesa, budaya hidup berbeza seiring dengan perubahan zaman serta cara komunikasi yang juga dikatakan kurang difahami generasi lama khususnya dalam perbincangan mengenai aktiviti menerusi media sosial.
Menurut Dzameer, sistem pendidikan negara perlukan perubahan daripada bercorak tradisional kepada lebih maju dan terkini sesuai dengan perubahan zaman dan pemikiran Gen Y pada masa ini.
Beliau menyuarakan harapan bahawa dengan adanya transformasi yang bakal dilaksana tidak lama lagi diharapkan masalah 'kurang penghargaan' ini dapat diatasi secara lebih baik.
Ini juga bersebabkan corak pengajaran serta kurikulum perlu diubah sesuai dengan masa supaya generasi Gen Y tidak berada di takuk lama yang mengakibatkan kesukaran mendapatkan pekerjaan khususnya dalam sektor swasta terutama agensi milik pelabur asing di negara ini.
Galakan keluarga, masyarakat
"Kami benar-benar berharap kerana pendidikan adalah asas utama pembangunan negara, jika kita tidak berubah mengikut masa, kita akan ketinggalan zaman," katanya.
Suhaili mengemukakan contoh bidang kesenian sebagai bukti paling ketara kerana ibu bapa dan masyarakat dianggap tidak menggemari jika anak mereka terbabit dalam bidang berkenaan kerana lebih percaya kepada bidang profesional lain menyebabkan bakat semula jadi Gen Y tersekat atau lebih dikesali, diketepikan.
"Galakan ibu bapa dan tanggapan masyarakat memainkan peranan penting dalam menjayakan kehendak Gen Y kerana bidang seni terbukti boleh berjaya sehebat bidang lain, berilah peluang mereka membuktikannya," katanya.
Mengenai pandangan dan tanggapan mengenai sikap Gen Y yang selesa dan tidak peduli akan persekitaran mereka serta hanya mementingkan dunia sendiri, Dr Kamalan mencadangkan aktiviti tertentu dirancang dan digerakkan selagi ia sesuai diadakan bagi menarik mereka terbabit sama dengan masyarakat.
"Kita perlu tahu serta memahami apakah yang dimahukan mereka, dengan ini usaha lebih giat boleh dilaksanakan bagi memenuhi aspirasi mereka walaupun ada banyak halangan," katanya.
Suzanne mencadangkan lebih banyak pendedahan diberikan kepada mereka bukan sahaja dalam negara tetapi pada peringkat global. Ini berdasarkan pengalamannya yang pernah bekerja di luar negara termasuk enam tahun di India.
"Pendedahan ini memberikan lebih banyak pengalaman berguna, ia memberi kesan kepada minda dan corak pemikiran mereka, dengan ini Gen Y menjadi anggota masyarakat yang lebih hebat di samping bekerja keras dengan disiplin bukan hanyut dalam gaya hidup tidak sihat," katanya.
Pendapat itu disokong oleh Christopher yang menyifatkan pengalamannya belajar di United Kingdom (UK) membantu menjadikan corak pemikirannya berbeza seperti juga sikap dan cara mengendalikan hidup dengan lebih bersemangat.
Di UK dia mengikuti banyak aktiviti pelajar yang memberinya pendedahan luas pada peringkat antarabangsa dan pada masa sama berjaya mengikis rasa takut, malu tidak bertempat serta kita lebih bersikap positif dan berani.
"Pengalaman luas menjadikan kita lebih berkeyakinan dalam menjalani hidup dengan mengembangkan kerjaya ke peringkat lebih tinggi dan cemerlang dan dalam masa sama mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara," katanya.
Sudah sampai masanya sistem pendidikan yang berasaskan peperiksaan diubah dengan penambaikan menerusi bakat dan kegiatan ko-kurikulum kerana akademik saja tidak menjamin kejayaan seseorang. Gabungan semua itu amat penting.
Teroka bidang baharu
Menurut Suhaili, ketika dia belajar di Melbourne, Australia dan mengambil bidang tarian sebagai kegiatan samping, ramai juga yang mengatakan dia gila kerana mereka lebih mementingkan kejayaan akademik.
Bagaimanapun dia berjaya menjadi guru tari dan mengadakan persembahan kerana dia memilih bakat, bukan akademik. Baginya kerjaya perlu dipilih berdasarkan minat mendalam bukan atas paksaan, contohnya penari klasik India terkenal, Ramli Ibrahim.
Mengenai masalah pekerjaan yang dihadapi Gen Y, bagi Dzameer, mereka perlu lebih kreatif dalam mencipta pekerjaan baharu bukan hanya menunggu peluang dari kerajaan atau syarikat swasta.
"Ada bidang baharu yang boleh diterokai sesuai dengan pasaran semasa, kita perlu bijak mencipta pekerjaan baharu yang tidak wujud lagi di negara ini kerana sikap hanya berdiam diri menunggu peluang datang menjadikan kita generasi yang lemah," katanya.
Sehubungan itu, Dr Kamalan juga berpendapat bahawa bidang teknikal dan vokasional perlu dikembangkan lagi kerana bukan semua Gen Y cemerlang dalam bidang akademik tetapi kreatif dalam pelbagai bidang lain.
Pada masa sama, corak dan sistem pengajaran di kelas perlu diubah oleh guru sekolah supaya mendidik serta membimbing pelajar ke arah lebih kreatif dan inovatif.
Kerjasama semua pihak perlu ada dalam menjayakan semua ini di samping Gen Y yang perlu sentiasa bersedia untuk berjuang memperbaiki diri, belajar dan terbuka fikiran untuk menjadi warga cemerlang untuk agama, bangsa dan negara.
0 Komentar untuk " Gen Y perlu berani berdikari, cipta kejayaan "