"Mengapa generasi sekarang kejam, ganas, , malas solat, zina jadi kebiasaan, mabuk dadah dan arak dan berkitaran dalam pelbagai gejala kronik? Ngeri kita menyaksikan kes bunuh, dera, buang bayi, gangsterism yang berlaku dalam kalangan remaja muslim pada hari ini? Ada orang kata perangai itu terbentuk daripada yang yang kita makan. Makanan haram dan syubhah.
Aku tertarik dengan suatu lontaran kritis daripada seorang ustaz yang menyampaikan kuliah maghrib. Aku nak kongsi dengan rakan pembaca agar sama-sama kita sebarkan demi kebaikan umat ini. Isunya mudah sahaja. Namun kini kita telah meringankannya malah ada yang tidak mengamalkannya langsung. Yang teruk lagi, ada yang tak tahu apa-apa Cuma tahu berbini dan berlaki saja.
Isu yang aku maksudkan ialah pengabaian doa ketika jimak. Tanyalah diri masing-masing tentang doa ini. Di mana status kita; tahu, tahu tapi tak amal, baca jarang-jarang, tak peduli atau tak tahu? Mari kita tengok maksud hadis Nabi s.a.w. ini
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”
“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya ( mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :
اللـــّــــــــهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Erti maksudnya ialah; “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami.“ Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.
Bukankah syaitan telah berjanji untuk menyesatkan anak cucu Adam? Syaitan tidak menangguhkan usahanya sebaliknya hanya kita saja yang lalai. Syaitan tak tunggu anak kita besar, baru dia nak goda itu dan ini. Kita pula nak tunggu anak besar baru nak ajar agama. Syaitan sudah ambil posisi ketika kita hendak berjimak lagi. Sedang kita khayal dan nikmat, syaitan pula telah standby hendak merosakkan janin itu. Kita tunggu hari lahir baru nak dengarkan bayi kita dengan azan. Kita tunggu hari lahir baru nak dengarkan cahaya mata kita dengan nama Allah. Sedarkah kita 9 bulan sebelum itu, syaitan telah bekerja keras mengganggu anak kesayangan kita?
Hasilnya, hari ini, kerana kita telah mengabaikan ajaran Baginda s.a.w. ini baru kita sedar kesannya. Perangai generasi kita bukan sekadar kesan pengabaian ibu bapa terhadap agama, bukan sekadar apa yang kita makan tetapi telah kita cuaikan sejak sperma pertama yang kita laburkan.
0 Komentar untuk " Gejala Kronik Generasi Kini: Suatu Perkongsian "