Drama kita perlu hijrah, elak papar isu remeh temeh - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Drama kita perlu hijrah, elak papar isu remeh temeh

Salam Maal Hijrah 1436H buat semua pembaca setia BH. Kebelakangan ini saluran televisyen dan pawagam di Malaysia kerap menayangkan drama yang tidak menekankan nilai pendidikan kepada masyarakat. Isu remeh temeh seperti kahwin paksa dan skandal dengan latar belakang cerita yang ternyata bukan berdasarkan jati diri sebenar bangsa ditonjolkan.

Cerita yang hanya berkisar kepada soal cinta adaptasi daripada novel picisan masih menjadi rencah utama cerita sebagai pusingan modal produser mahupun pengarah kita, dengan alasan cerita sebegini mampu menarik perhatian penonton dan menjamin hasil pulangan lumayan.

Isu lapuk

Ini menunjukkan isu lapuk itu saja yang membelenggu masyarakat Malaysia terutamanya Melayu. Jadi, saya mewakili penggemar dan penyokong setia filem dan drama keluaran tempatan berasa amat sedih dan kecewa dengan keadaan ini. Bagaimanapun, pada 25 Oktober lalu, bersempena dengan sambutan Maal Hijrah, TV3 menayangkan telefilem Mr. Istikharah melalui slot Cerekarama.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada TV3 yang bijak memilih bahan yang mempunyai nilai Islamik untuk tayangan umum Telefilem terbitan Al-Hidayah Production diarahkan Sharul Ezad berkisar seorang ustaz (Amar Asyraf) yang menjadi idaman ramai gadis termasuk dua rakan karib iaitu Mastura (Cristina Suzanne) dan Aisyah (Amyra Rosli).



Pelbagai cara dilakukan oleh mereka berdua untuk menarik perhatian ustaz itu. Istikharah menjadi pegangan mereka berdua, namun konsepnya disalah anggap sehinggakan sanggup menentukan jodoh sendiri. Perbalahan yang terjadi akibat perebutan jodoh oleh dua rakan baik ini berlarutan sehingga disedarkan melalui teguran oleh insan yang meminati mereka tentang konsep istikharah sebenar.
Ubati kekecewaan
Alhamdulillah, telefilem ini mengubati kekecewaan mengenai karya seni tempatan dan diharapkan lebih banyak lagi karya bermutu sarat nilai seperti ini dipaparkan pada masa akan datang. Tanggungjawab mendidik bukan sekadar terletak pada guru atau pihak pentadbir sekolah mahupun Kementerian Pendidikan, malah harus menjadi tanggungjawab semua pihak.
Dakwah juga boleh disampaikan menerusi drama dan telefilem yang lebih berkesan kerana ditampilkan secara menghiburkan. Malangnya kita terlalu banyak disogokkan dengan cerita berunsurkan cinta 'rapuh' yang tidak mampu mengajak masyarakat berfikir secara rasional, kreatif dan kritis. Pakej hiburan sampingan ditawarkan pula penuh dengan cerita berunsur tahyul yang jelas merosakkan akal dan iman penonton yang majoritinya beragama Islam.
Ia wajar digantikan dengan isu yang sarat nilai seperti perjuangan seorang anak yang belajar b e r sungguh - sungguh untuk menggapai cita-cita dan membangunkan kerjayanya sehingga berjaya serta banyak lagi kisah yang boleh mengajak penonton berfikir. Drama bersiri Ema Emyliana untuk slot Banana di TV3 juga wajar dipuji kerana mendidik penonton agar menghargai masa dan mengetahui tanggungjawab sebagai pelajar yang baik serta menghormati orang tua.
Drama bersiri dari Filipina Be Careful With My Heart yang pernah mengisi slot telenovela TV3 dan ditayangkan pada tahun 2013 adalah contoh drama berkualiti keluaran luar negara yang sarat dengan nilai sebuah keluarga. Produser, pengarah dan penerbit televisyen perlu bersama-samaberjuang mencorakkan pemikiran dan mendidik hati sanubari generasi kini dengan ilmu yang berguna. Pilihlah cerita yang mendatangkan manfaat, bukan sekadar hiburan kosong semata-mata. Anjakkan paradigma kita ke arah yang lebih baik.
0 Komentar untuk " Drama kita perlu hijrah, elak papar isu remeh temeh "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ