PROGRAM pengumpulan dana bantuan kemanusiaan untuk mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis telah berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran yang telah diharapkan.
Pada 7 Oktober lalu, beberapa pegawai dari Siap Siaga telah berlepas ke Kaherah, Mesir bagi menyerahkan dana tersebut. Mereka yang terlibat ialah Presiden Siap Siaga Datuk Zamani Sulaiman, Timbalan Presiden Datuk Mustapa Othman dan Bendari Maswan Darjoh.
Setibanya pada 8 Oktober, anggota delegasi dari Siap Siaga ini telah disambut oleh pegawai kedutaan Malaysia di Kaherah iaitu Mohd Husaini Zainuddin yang juga setiausaha kepada Duta Besar Malaysia di Mesir, Tuan Yang Terutama, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.
Delegasi telah diberikan taklimat dan penerangan ringkas berkenaan program penyerahan dana bantuan kemanusiaan tersebut yang telah diatur oleh pihak kedutaan. Antara lain Husaini turut memaklumkan keadaan sebenar di sekitar kawasan Rafah sehingga menyukarkan bantuan untuk sampai secara terus kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Pihak kedutaan turut memaklumkan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia adalah termasuk dalam senarai utama negara yang tidak dibenarkan melepasi sempadan Rafah ekoran faktor keselamatan. Apatah lagi pihak tentera Mesir masih mendapat tentangan daripada puak pemberontak sehingga menyukarkan sebarang bantuan dapat melepasi sempadan tersebut.
Oleh itu, atas nasihat dan keadaan keselamatan di kawasan tersebut, majlis penyerahan dana bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza-Palestin telah diadakan pada 9 Oktober di Hospital Palestin, Kaherah. Kehadiran delegasi dari Malaysia ini telah disambut oleh pegawai pentadbiran hospital yang diketuai Dr Salleh yang juga seorang rakyat Palestin.
Majlis penyerahan dana kewangan bantuan kemanusiaan ini telah disampaikan sendiri oleh Presiden Siap Siaga. Beliau meluangkan masa beramah mesra dengan pesakit-pesakit yang berada di hospital tersebut. Beliau dimaklumkan masih ramai lagi mangsa yang cedera dan tidak dapat dibawa untuk rawatan dan juga pembedahan akibat masalah di sempadan Rafah. Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah wakil Kedutaan Malaysia di Mesir, Mohd Husaini Zainuddin dan Omar Diab.
Pada 10 Oktober, delegasi dari Siap Siaga dijemput ke Kedutaan Malaysia di Mesir bagi menjayakan sesi ramah mesra bersama dengan wakil pelajar Malaysia dan juga pegawai-pegawai Jakim yang bertugas di Kaherah, Mesir.
Hiba lihat mangsa
“Saya sedih sangat bila pertama kali melihat secara dekat mangsa-mangsa yang kritikal dan cedera teruk. Ada yang terpaksa dipotong tangan dan kaki kerana kecederaan parah dan tidak dapat diselamatkan,” kata Zamani.
Menurut beliau, paling terharu ada di antara pesakit tinggal sehelai sepinggang apabila tempat tinggal mereka dibedil.
“Ini pengalaman pertama saya, meskipun tidak boleh masuk ke Palestin, namun lawatan di hospital ini sahaja sudah cukup menggambarkan betapa mereka cukup menderita disebabkan kezaliman Israel yang mahu merampas tanah air mereka,” katanya.
Zamani berkata, rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana dapat hidup dalam negara aman dan jauh dari kancah peperangan.
"Hospital Palestin di Kaherah ini juga masih kekurangan ubat–ubatan dan memerlukan bantuan untuk kami terus berkhidmat dan menyelamatkan mangsa perang di negara ini," katanya.
Menurutnya, seramai 100 pesakit berusia 20 hingga 35 tahun menerima sumbangan berbentuk wang yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kehidupan keluarga mereka.
“Selama ini saya hanya melihat keadaan dan berita mengenai Palestin melalui media, tetapi bila lihat sendiri keadaan mereka, memang cukup menginsafkan,” kata Zamani.
Menurutnya, bantuan menerusi sumbangan syarikat korporat dan orang ramai akan dibuat secara berterusan oleh Siap Siaga bagi membantu rakyat Palestin meneruskan kehidupan.

0 Komentar untuk " Bantu hospital Palestin "