KEHADIRAN Obama ke China sempena Persidangan Apec mengundang percaturan kuasa berbanding mengimbangi peranan dan pengaruh di rantau ini.
Muka depan The Economist edisi 15 September 2014 ialah gambar Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Presiden China Xi Jinping yang masing-masing menghulurkan tangan tetapi masih berjarak ketika menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Beijing, China baru-baru ini. Pemilihan gambar muka depan majalah ekonomi ini cuba menjelaskan hasil pertemuan dua pemimpin tersebut di APEC.
Selain Obama, sidang kemuncak APEC itu turut dihadiri oleh Presiden Rusia Vilmir Putin yang baru-baru ini mencetuskan ketegangan dengan AS. Tetapi dalam banyak laporan media antarabangsa, APEC dikatakan berlangsung dengan tenang. Malah acara paling klise bergambar sambil memegang tangan bersilang menjadi gambar wajib di kebanyakan media.
Tetapi hasil daripada sidang kemuncak ini melampau gambar klise itu. Berbaris memegang tangan tidak pernah memberikan makna yang besar. Tetapi banyak hal-hal besar yang terlindung semasa APEC boleh mengubah atau mempengaruhi kedudukan geopolitik, ekonomi dan keselamatan di rantau Asia Pasifik. Pertemuan Obama, Xi Jinping dan Putin misalnya sudah cukup untuk membawa kita melihat percaturan masing-masing di rantau ini.
'Permainan' pelakon kuasa besar di gelanggang APEC sebenarnya sangat ketara. Kita sebagai rakyat salah sebuah negara yang menganggotai APEC akan mendapat kesan secara langsung dalam apa juga ketetapan yang dibuat. Lakonan dan tindakan mereka akan mempengaruhi ekonomi dan keselamatan kita sama ada baik atau sebaliknya.
APEC yang diadakan di China ini ada signifikan yang besar dalam konteks sejarah geopolitik dunia yang melibatkan negara kuasa besar di rantau Asia Pasifik. China, AS dan Rusia adalah pelakon yang bakal mencorakkan naratif rantau ini dengan ego, angkuh dan tamak masing-masing. Di APEC, mereka menggunakan pelbagai pendekatan, helah, kelicikan dan muslihat untuk menguasai rantau ini, AS misalnya sudah menempatkan tentera di perairan Asia Pasifik atas alasan menjaga keselamatan. Hal yang sebenarnya untuk mengimbangi pengaruh China.
Pengimbang
Jadi, apakah yang sebenarnya berlaku di APEC? Adakah sekadar forum, mesyuarat dan berakhir dengan majlis makan malam dalam suasana yang 'harmoni'? Kehadiran Obama ke China misalnya adalah suatu yang menarik apabila dikaitkan dengan lawatan Presiden Richard Nixon pada era Perang Dingin 1972. Nixon tidak pergi untuk makan angin atau melawat Tembok Besar. Nixon pergi kerana ketika itu China menjadi sekutunya dalam Perang Dingin menentang Kesatuan Soviet. Malah China juga memainkan peranan penting menamatkan Perang Vietnam yang dicetuskan AS pada 1975.
Apa pula agenda besar Obama ke China pada APEC kali ini? Kehadiran Presiden AS kali ini begitu berbeza dalam hubungan kedua-dua negara berada pada kedudukan runcing selepas China menjadi antara kuasa utama ekonomi dunia. Kerana itu kehadiran Obama membawa misi penting iaitu melobi gagasan pelan kerjasama ekonomi yang ditaja AS, Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP).
Tetapi AS hadir dengan langkah konfrantasi apabila mengadakan mesyuarat TPP di Kedutaan AS di Beijing ketika APEC sedang berlangsung. Tindakan itu memberi maksud membelakangkan China tambahan pula tidak mengundang China menganggotai TPP. Pada masa yang sama AS mengundang Jepun kerana Jepun adalah kuasa pengimbang kepada penguasaan China di Asia Pasifik. AS melakukan ini di China. TPP diwujudkan untuk melemahkan kuasa ekonomi China. Sekiranya pelan kerjasama ekonomi ini berjalan lancar, eksport China dijangka terjejas lebih AS$100 bilion setahun.
Ini menunjukkan matlamat AS untuk melemahkan China sekali gus menguasai rantau Asia Pasifik tidak pernah padam. Malaysia antara negara yang dipelawa (mungkin terpaksa) menyertai TPP tetapi khabarnya birokrat-birokrat dan pakar ekonomi kita bersetuju dengan TPP. Syukurlah. Kita sebagai bukan ahli ekonomi berharap sebarang keputusan yang dibuat akan memberi keuntungan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tetapi bukan terperangkap dalam jajahan bentuk baharu.
Sebagai langkah preemtif, China mempromosi pelan kerjasama ekonomi Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP). Ini cara China bersilat dengan kelicikan AS, dalam keadaan AS melancarkan sekatan ekonomi ke atas Rusia, pada 9 November lalu China telah menandatangani dua perjanjian gas dengan Rusia. Terbukti satu tamparan kepada AS dan Rusia kini menjadi pengimbang pengaruh AS. Semua ini ekoran AS menempatkan diri di Asia Pasifik dengan adanya pangkalan tentera di Korea Selatan dan Jepun untuk mengawasi Taiwan yang menjadi kepentingan China.
Semasa tamat Perang Dunia Kedua ada yang menggunakan 'Pax Americana' dari bahasa Latin yang bermaksud, usaha kuasa besar dunia ke arah keamanan. Definisi kuasa besar dunia masih tidak berubah, kalau dulu kuasa tentera dan kini kuasa ekonomi. AS, China dan Rusia adalah pelakon-pelakon tetap yang memegang watak kuasa besar dunia. Kerana itu APEC di Beijing tidak banyak menjurus ke arah mencapai keamanan sebaliknya percaturan geopolitik dan ekonomi yang lebih sengit.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/apec-jadi-medan-as-dan-china-menguji-pengaruh-1.25088#sthash.o4hXbh5k.dpuf

0 Komentar untuk " APEC jadi medan AS dan China menguji pengaruh "