Selamatkan JPJ?
Itulah antara petikan verbatim daripada kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ismail Ahmad ketika diwawancara oleh sebuah stesen televisyen baru-baru ini. Klip video kenyataan tersebut menjadi isu panas minggu ini dalam laman sosial. Orang ramai marah dengan kenyataan Ismail yang dilihat tidak menjaga sensitiviti, selain menjadi bahan jenaka. Empat kali perkataan mati digunakan oleh beliau.
Ramai tergamam Ismail menggunakan bahasa pasar yang kasar sebagaimana yang digunakan oleh warga asing terutama Nepal dan Bangladesh. Awang tidak faham mengapa seorang ketua jabatan yang penting dalam perkhidmatan awam tidak boleh bertutur dengan kemas dan tepat untuk makluman awam melalui siaran media khususnya televisyen. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai kesilapan tetapi pegawai tinggi awam tidak boleh mengambil mudah soal komunikasi yang berkesan.
Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Ismail adalah sasaran JPJ untuk mengurangkan korban atau maut nahas jalan raya - mesej yang mudah dan tidak sepatutnya rumit. Jika tidak cukup yakin untuk menggunakan bahasa yang betul, berpandulah atau baca kenyataan media. Awang tidak pasti sama Ismail telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas insiden itu atau mungkin beliau menganggap itu hal remeh. Kebelakangan ini, banyak kenyataan dan pengumuman JPJ mengundang kontroversi dan keresahan orang ramai.
Pantun khas pun ada untuk JPJ yang penuh sinikal. Apa sudah jadi dengan jabatan itu yang kewibawaannya makin dipersoalkan, lebih-lebih lagi isu pokok iaitu penguatkuasaan yang lemah dan bermusim oleh JPJ, belum dapat ditangani secara berkesan. Beberapa isu lama masih berlarutan tanpa penyelesaian antaranya cermin gelap dan nombor plet kenderaan. Bukan itu sahaja Ismail turut didakwa dalam laman sosial menggunakan spesifikasi plet nombor yang tidak standard sebagaimana yang mahu dikuatkuasakan ke atas orang ramai. Kenderaan beliau juga dilaporkan ada beberapa kes saman lalu lintas. Pada Rabu lalu, khabarnya operasi nombor plat terpaksa ditangguhkan selepas berjalan lebih seminggu. Inilah masalah JPJ, macam yo-yo dan hangat-hangat tahi ayam.
Awang berpendapat kerajaan perlu segera campur tangan. JPJ kini menjadi jabatan paling tidak popular di kaca mata ramai sebagaimana boleh dilihat dalam reaksi laman sosial jabatan itu. Maka wajar JPJ dijenamakan semula sebelum kerajaan lebih terpalit dan terjejas dengan aura negatifnya. Tiada pilihan, jabatan itu mesti dibantu dan diselamatkan. Kepada Ismail, kerana pulut santan binasa, kerana mulut JPJ terseksa.
Bom jangka menanti ledakan
Bagai tidak percaya apabila seorang teman menceritakan tentang pergaduhan dua kumpulan lelaki warga asing kulit hitam di sebuah padang di daerah Ampang, Selangor, baru-baru ini.
Warga Afrika bergaduh sesama sendiri terutama ketika mereka mabuk, adalah pemandangan biasa di beberapa kawasan di Lembah Klang. Tetapi yang mengejutkan dia apabila dua lelaki daripada kumpulan yang bergaduh itu mengacukan pistol. Teman tersebut kemudian beredar segera dengan persoalan menghantui fikiran - daripada mana senjata itu diperoleh?
Awang menceritakan pengalaman dia dalam konteks ancaman kebanjiran pendatang haram termasuk warga asing yang tinggal melebihi tempoh di negara ini sekarang. Lebih membimbangkan 10,000 kes jenayah membabitkan golongan itu dicatatkan berlaku sepanjang lapan bulan tahun ini. Jumlah itu merangkumi 11 peratus daripada keseluruhan 84,029 kes jenayah di negara ini dalam tempoh yang sama. Awang percaya kejadian sebenar lebih banyak daripada statistik. Contoh dalam kes rogol, bagi satu aduan polis, sekurang-kurangnya tiga tidak dilaporkan oleh mangsa. Yang turut menyakitkan mata memandang, koloni asing tumbuh menjadi-jadi. Di beberapa kawasan pusat bandar, lambakan warga Nepal dan Bangladesh begitu ketara seperti di Jalan Silang sementara warga Afrika di banyak tempat di pinggir ibu negara.
Berdasarkan statistik sebanyak 4.6 warga asing memasuki negara ini secara haram tetapi jumlah sebenar dijangka hampir sekali ganda. Awang melihat isu ancaman kebanjiran golongan itu bagai bom jangka yang menanti ledakan. Ia antara isu yang paling meresahkan rakyat. Silapnya di mana dan salah siapa?
Iktibar isu Cameron Highlands
Awang bersyukur akhirnya isu kebanjiran warga asing dan penerokaan haram di Cameron Highlands yang didedahkan oleh Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia mendapat perhatian daripada seluruh negara.
Daripada penduduk daerah itu, badan-badan bukan kerajaan, persatuan alam sekitar, rakyat Malaysia, media sehinggalah kepada pemimpin negara - semua bersatu untuk selamatkan Cameron Highlands.
Bermula dengan isu negeri, ia sudah menjadi isu nasional. Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak telah mengarahkan beberapa langkah besar bagi menangani kedua-dua isu iaitu kebanjiran warga asing dan penerokaan haram di tanah tinggi itu. Ini termasuk penubuhan suruhanjaya bebas bagi membendung pendatang haram.
Tajuk-tajuk utama akhbar turut menjadi saksi komitmen menyelamat dan memulihkan Cameron Highlands. Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengarahkan perang habis-habisan antaranya melalui operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan. Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi turut membuat beberapa kenyataan keras termasuk saranan hukuman sebat ke atas ejen pendatang. Menteri Pertahanan, Hishamuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan kementeriannya mengerahkan tentera membantu menangani penyangak alam sekitar di Cameron Highlands. Dalam pada itu, makin banyak perkara terdedah berkaitan penerokaan haram dan kebanjiran warga asing - semuanya berkaitan salah guna kuasa dan rasuah. Menjadi harapan rakyat untuk melihat sesiapa yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.
Apa pun, Awang mengucapkan tahniah kepada semua pihak terutama rakyat atas keprihatinan mahu menyelamatkan Cameron Highlands. Kepada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, ambillah iktibar daripada isu tersebut. Semangat itu telah terzahir pada kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Muhammad Suffian Ismail yang mengakui kerajaan negeri tidak mengambil langkah mencukupi sebelum ini.
Dengan tumpuan Kerajaan Pusat, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob boleh menarik nafas lega kerana kompleksiti isu tersebut kini ditangani dengan lebih berkesan. Secara tidak langsung, ia boleh mengurangkan tekanan sebagai Menteri Besar. Semoga banjir kilat dan tanah runtuh tidak berlaku lagi, jika pun terjadi mudaratnya tidak besar kepada penduduk. Alam sekitar di Cameron Highlands pula lebih terpelihara dan tiada lagi kebanjiran pendatang haram. Itulah sebenarnya agenda di sebalik laporan dan pendedahan media. Besar hikmahnya. Bayangkan jika tanpa peranan media, Cameron Highlands akan menyaksikan lebih banyak cerita duka dan memalukan negara. Inilah tugas media yang tidak pernah mengharapkan ucapan terima kasih daripada sesiapa.
Alah bisa, tegal biasa
Jika ada yang mengharapkan Awang meneruskan nada tulisan minggu lalu yang mengkritik Adnan Yaakob, ia tidak akan kesampaian minggu ini. Pertama, ia membuktikan tiada agenda untuk menggugat kepimpinan beliau. Tulisan pada ruangan tersebut lebih kepada menyanggah kenyataan tidak wajar Adnan terhadap Utusan, tidak lebih daripada itu. Memadai dengan mesej jelas yang telah sampai kepada beliau. Utusan perlu melindungi kepentingannya. Lagipun kritikan perlu ada nilai dan rasional, bukannya dibuat sesuka hati.
Pada Awang, beliau tetap menteri besar yang dihormati. Kedua, Adnan memperlihatkan sikap terbuka dengan memilih untuk tidak menjawab tulisan tersebut dan beberapa komentar lain. Dengan kata lain, beliau boleh menerima teguran walaupun mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pengikut setianya. Nampaknya Adnan mahu melihat ke hadapan, begitu juga semangat Awang. Tercetus sesekali 'perbalahan' di antara pengamal media dan pemimpin politik adalah perkara biasa dalam dunia demokrasi. Sebab itu Awang tidak kisah biarpun menerima kritikan liar dan tohmahan beberapa pihak termasuk blog penyokong Adnan sebagai respons mereka kepada tulisan minggu lalu.
Sedikitpun tidak ambil hati, lebih-lebih lagi menginsafi betapa kerdilnya diri sebagai hamba Allah s.w.t. Sesungguhnya inilah juga cabaran media yang turut dikupas dalam ucapan Sultan Perak, Sultan Nazrin sempena ulang tahun penubuhan SPRM/BPR ke-47. Baginda antara lain memperihalkan bagaimana media begitu mudah menjadi mangsa dan dipersalahkan dalam usaha melawan kemungkaran terutama dalam isu integriti dan rasuah.
Maka dugaan seperti itu diterima dengan senyuman. Ini termasuk sebarang tindakan mahkamah yang mahu diambil ke atas Awang mahupun Utusan dalam isu Cameron Highlands. Sesiapa pun berhak untuk menyaman media jika mempunyai asas yang kuat. Tiada apa yang perlu Awang gundahkan. Alah bisa, tegal biasa.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/analisis-mingguan-bisik-bisik-awang-selamat-1.25090#sthash.c2XY4VVZ.dpuf

0 Komentar untuk " ANALISIS MINGGUAN: BISIK-BISIK AWANG SELAMAT "