Ahmad Rafikin ditemui meninggal dunia - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Ahmad Rafikin ditemui meninggal dunia

KUALA TERENGGANU - Pelajar tingkatan 4 yang hilang di Hutan Lipur Sekayu di Hulu Terengganu sejak Sabtu ditemui mati petang tadi.

Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.

Allahyarham Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan, lapor sebuah portal berita.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar hilang selepas sertai maraton]

Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Al-Fatihah.

Related Post

0 Komentar untuk " Ahmad Rafikin ditemui meninggal dunia "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ