1MDB selesa untuk bayar semula hutang - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

1MDB selesa untuk bayar semula hutang

1MALAYSIA Development Bhd (1MDB) memberi jaminan semua pelaburannya diurus secara berhemat dan profesional.

"Sesetengah pinjaman adalah dalam bentuk jangka panjang tapi kami percaya komitmen kewangan ini dapat dipenuhi.

"Kami juga dalam proses menambahkan dan mencairkan nilai aset yang kami ambil alih," kata Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagi menjawab salah tafsiran terhadap keupayaan 1MDB membayar balik pinjamannya, beliau berkata kumpulan itu sedang meneliti untuk menstrukturkan semula pinjamannya bagi menangani ketidaksesuaian projek pelaburan jangka panjang dan pinjaman jangka pendek.

Beliau berkata, projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta pelaburan dalam sektor tenaga berbentuk jangka panjang dengan tempoh matang mengambil masa yang lama.

Kumpulan itu mencatatkan kerugian RM665.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 terutama disebabkan oleh kos kewangan yang besar berjumlah RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan terdahulu.

"1MDB menggabungkan aset Jimah Energy bagi tahun kewangan 2014, mengembangkan secara positif operasi hartanahnya menyebabkan peningkatan perbelanjaan operasi dan kos pembiayaan," kata Lodin.

Nilai asas aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 bilion berbanding RM44.6 bilion pada tahun kewangan 2013 dengan pinjaman bertambah daripada RM36.2 bilion  kepada RM41.9 bilion.

Pendapatan keseluruhan naik 50 peratus daripada RM2.6 bilion kepada RM4.3 bilion tahun ini mencerminkan kualiti portfolio aset yang sedang dibangunkan dan keutuhan penjanaan pendapatan. - Bernama

0 Komentar untuk " 1MDB selesa untuk bayar semula hutang "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ