PERJANJIAN ikatan melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam bentuk pinjaman pelajaran atau biasiswa kepada siswazah perlu diubah bagi meluaskan peluang pekerjaan mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim berkata, melalui perjanjian ikatan tersebut para siswazah akan terikat untuk berkhidmat di sektor awam sekurang-kurangnya lima tahun dan menyebabkan peluang kerjaya dengan majikan antarabangsa tersekat.
“Selalunya pelajar cemerlang dan siswazah yang lulus dengan kelas pertama sudah menerima tawaran pekerjaan dengan gaji yang lumayan sebelum mereka meninggalkan universiti lagi.
“Oleh itu, syarat perjanjian ikatan melibatkan ratusan dan ribuan pelajar yang menuntut di universiti perlu diubah.
"Jika tidak kita akan kehilangan bakat yang berpotensi untuk berkhidmat dengan syarikat antarabangsa seperti berlaku hari ini,” katanya di majlis Makan Malam Kerjasama Korporat-Universiti Utara Malaysia (UUM) di Kuala Lumpur, kelmarin.
Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, jumlah ahli akademik berkelulusan kedoktoran meningkat kepada 70 peratus tahun ini berbanding 19 peratus pada 2010.
“Di UUM sahaja, 80 peratus lepasan UUM berjaya mendapat kerja selepas enam bulan tamat pengajian dan jumlah pelajar pascasiswazah meningkat kepada 6,000 orang tahun ini,” katanya.
Dalam pada itu majlis makan malam tersebut diadakan sempena meraikan kerjasama antara UUM dan rakan industri.
UUM turut menganjurkan Forum Rakan Kerjasama Korporat yang dihadiri lebih 100 pengurusan kanan dan ahli akademik bagi membincangkan isu pengurusan bakat dalam mencapai agenda nasional dan ekonomi serta membangunkan siswazah berkualiti untuk pasaran kerja.

0 Komentar untuk " Ubah ikatan pinjaman siswazah "