Pengurangan Subsidi Untuk Turunkan Defisit Kerajaan - AllianceDBS - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pengurangan Subsidi Untuk Turunkan Defisit Kerajaan - AllianceDBS

KUALA LUMPUR: AllianceDBS Research melihat tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bagi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, bertujuan mengurus defisit fiskal Malaysia kepada 3.5 peratus pada 2014 dan 3.0 peratus pada 2015.


Dengan menjangkakan risiko inflasi kekal tinggi, firma penyelidikan itu mengekalkan unjuran indeks harga pengguna (IHP) pada 3.5 peratus bagi 2014.

Harga RON95 meningkat kepada RM2.30 seliter daripada RM2.10 seliter sebelumnya manakala RM2.20 seliter untuk diesel berbanding RM2.00 seliter sebelum ini.

AllianceDBS berkata langkah itu dijangka menjimatkan kerajaan kira-kira RM1.1 bilion.

"Peratusan subsidi bahan api kepada perbelanjaan operasi kerajaan semakin meningkat, daripada 5.6 peratus pada 2000 (RM3.17 bilion) kepada 13.4 peratus pada 2013 (RM28.9 bilion).

"Oleh itu, kami menjangkakan kerajaan memberi tumpuan terhadap pengurangan subsidi bahan api berikutan komposisi yang tinggi dalam operasi perbelanjaan dan tekanan yang semakin meningkat untuk menjadikan ekonomi lebih berdaya saing," katanya.

Firma penyelidikan itu juga mengekalkan bahawa mekanisme subsidi secara menyeluruh sekarang perlu berubah kepada struktur subsidi berperingkat berdasarkan tahap pendapatan isi rumah bagi memastikan ia hanya disalurkan kepada kumpulan berpendapatan rendah.

"Kami berharap kerajaan akan mempunyai semangat yang tinggi untuk memulakan pembaharuan subsidi bahan api tidak lama lagi bagi memastikan ekonomi lebih berdaya saing," katanya.
0 Komentar untuk " Pengurangan Subsidi Untuk Turunkan Defisit Kerajaan - AllianceDBS "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ