KRISIS Kewangan Asia pada akhir tahun 1990-an yang mengakibatkan sektor korporat Malaysia terjejas teruk menjadi detik perubahan kepada Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) utama negara. Krisis ini telah melahirkan kesedaran akan peri-pentingnya bagi GLC untuk mencapai satu tahap prestasi yang lebih tinggi, setara dengan sektor swasta, selain menyumbang ke arah pembangunan negara.
Ini telah membawa kepada pelancaran Program Transformasi GLC, program 10 tahun, bermula pada tahun 2004 dan seterusnya penubuhan Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) pada tahun 2005, dalam usaha untuk memimpin dan mengurus program tersebut. Ahli-ahli PCG antara lain terdiri daripada ketua-ketua pegawai eksekutif lima buah Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) terbesar, iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji (LTH) and Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).
PCG dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Khazanah bertindak sebagai Urusetianya.
Dalam tahun terakhir program 10 tahun ini, hampir kesemua syarikat G201 mencatatkan prestasi yang tinggi setara dengan sektor swasta, dengan beberapa syarikat kini telah hampir mencapai aspirasinya untuk muncul sebagai jaguh serantau - seperti Maybank, CIMB, Sime Darby dan Axiata dengan diikuti oleh beberapa syarikat G20 yang lain.

0 Komentar untuk " Program Transformasi GLC "