OXFORD, Selasa, 21 Oktober - Oxford dan Cambridge (Oxbridge), dua pusat ilmu terulung di dunia, merupakan semenjak beratus-ratus tahun silam wahah (oasis) sunyi, selesa, seronok dan menyenangkan untuk menimba ilmu pengetahuan.

Hari ini saya melawat kampus baharu Oxford Centre for Islamic Studies (Ocis) dalam pembinaan di belakang Magdalen College di atas tapak antara tiga setengah dan empat ekar luasnya dibeli dari Magdalen College, diiringi oleh pengarah Ocis, Dr Farhan Nizami juga Prince of Wales Fellow Magdalen College dan Profesor Datuk Dr Sheikh Afifi Al-Kiti, Presiden Common Room Ocis juga Fello Worcester College. Kampus ini lebih kurang antara 85-100 peratus siap. Ocis baru melantik Imam, Maulana Ibrahim Amin Gajara.

Ocis ditubuhkan pada 1985, diakui sebuah independent centre of the Oxford University dan sudah dianugerahkan The Royal Charter oleh Queen Elizabeth II, pengiktirafan iaitu Ocis pusat pengajian Islam yang tersignifikan bukan saja di Oxford, United Kingdom bahkan seluruh dunia. Ocis adalah di bawah naungan Prince Charles, bakal raja British.

Saya megah melihat pembinaan sedang berlangsung dan menggambarkan (visualise) keindahannya. Perasaan gusar menyerang apabila saya mendengar betapa sukarnya mendapat dana despite bowl in hands untuk menyiapkan Ocis dan menyelenggarakan dan menguruskannya kelak pada standard tertinggi seperti tradisi college di Oxford University.

Ocis memerlukan banyak endowments (wakaf) bagi membolehkannya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan ancient colleges and centres lain. Sungguh sedih mengenangkan betapa ramai high profile individu Islam apa lagi negara Islam mega kaya dengan hasil bumi wujud berselerak seluruh alam.

Benar, ramai sudah menyumbang, ada yang tidak menunaikan ikrar mereka (seorang presiden yang baru habis kuasa), lebih besar jumlahnya tidak peduli atau indifferent.

Nasib ummah serupa di merata seperti kata Speaking, “that those in power are generally happy to remain unmoved when it comes to promoting the well- being and the future of the ummah. Many talk but only a few walk the talk.”

Perasaan gembira, seronok melihat daun yang sedang bertukar warna dan mulai gugur, menyedut udara yang harum baunya, lega angin deras reda bertukar menjadi pedih mengenang nasib buruk menimpa kita seagama.

Kenapa pukul rata orang Islam bakhil dan kedekut membelanjakan dan mewakafkan hartanah dan benda untuk pendidikan tetapi ghairah membazirkan wang berjudi, berjoli, berhibur, berhias, membina mahligai dan amat cenderung memperoleh simbol status dan kekayaan?

Kerana Islam dan 'Islam' dan 'jihadists' menjadi tajuk, berita besar muka depan serta berita utama dan topik perbincangan popular di Barat, kita sepatutnya ada a sense of urgency.

Pemimpin, individu mega kaya, cendekiawan bahkan kerajaan dan negara Islam harus mengambil inisiatif dengan berani dan tegas melengkapi dan memperkasakan institusi seperti Ocis sebagai an oasis of learning and scholarship for a better understanding of Islam, its culture, contemporary politics and societies, thus to be appreciated and even copied or imitated.

Peranan Malaysia, bermula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah kepada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, boleh dibanggakan.

Sebuah auditorium yang cantik dan canggih diberi nama Malaysia Auditorium menghargai jasa dan sumbangan kita pada Ocis.

Sebuah masjid termoden, indah dan cantik, Masjid Sultan Zaid, menaranya tinggi dan menara tunggal selain daripada berpuluh-puluh puncak menara gereja (spires) yang mendominasi pemandangan dan latar langit atau skyline Oxford.

Impak kehadiran kampus baharu Ocis bagai satu bangunan yang dipayung terjunkan di pusat tamadun Judeo-Christian; satu pembaharuan dan bersejarah selepas berkurun-kurun lamanya.

Terpenting walaupun Pusat Pengajian Islam di Oxford ini telah lama wujud (29 tahun dahulu) di tengah-tengah pusat ilmu terkenal, usianya muda berbanding dengan colleges in Oxford tetapi Ocis telah berjaya mencapai dan mengekalkan standard tertinggi dan tradisi yang cemerlang of teaching and learning di Oxford dalam banyak subjek dan ilmu.

Saya suka melihat lebih ramai lagi anak bangsa di Oxford University dan Ocis, sama ada melalui biasiswa Merdeka Khazanah dan yayasan lain ataupun persendirian.

 Antara pemegang amanah atau Board of Trustees yang berjumlah 14 orang dari seluruh dunia, dua antaranya adalah orang kita - Sultan Perak Tuanku Raja Dr Nazrin Shah dan Tun Ahmad Sarji.

Mahu hidup sampai seratus tahun? Jangan merokok, jaga kolesterol

Pada hari ini, saya menziarahi kawan lama, bekas rakan sekerja di Straits Times (1957-1960), mantan rakyat Malaysia yang menetap di Surrey.

Suaminya mat salih; dia Serani - bapa mat salih dan ibunya Thai.

Ibunya kini berusia 107 tahun dan masih boleh berbicara dengan saya dalam bahasa Melayu loghat Utara. Ingatannya walaupun kurang semenjak saya mula menziarahinya lebih satu dekad dahulu, hampir setiap tahun, boleh dikatakan agak baik lagi untuk berbual terutama tentang kisah lama.

Selepas solat dan sebelum tidur, saya berdoa memohon kepada Ilahi agar terus dianugerahkannya sihat walafiat dan hasanah dunia dan akhirat juga panjang umur dan murah rezeki.

Mengikut satu panel gerontologis dan saintis terkenal, umur manusia nampaknya makin meningkat saban tahun. “That our life expectancies are likely to continue in the next decade, but not at the speed - at one point more than seven hours a day- that we have been used to in the past. Times, 33 Oktober.

Mengikut pendapat panel ini antara sebab utama usia manusia terus meningkat ialah makin kurang manusia menghisap rokok dan makin ramai enjoy good food dan beriadah (exercise).

Ada pendapat limit umur adalah 120 tahun tetapi mengikut cerita, manusia bisa hidup sampai seribu tahun. Mengikut Bible Methuselah hidup selama 969 tahun. Kata sesetengah orang ini semata-mata cerita sahaja.

UK terus jadi tumpuan pendatang

UK, London terutamanya, terus popular dengan pendatang dari seluruh alam. Majoriti dari negara baharu Kesatuan Eropah. Antara sebab Kerajaan Campuran British - Conservatives dan Lib Dems - tidak disukai oleh pengundi ialah kehadiran terlalu ramai pendatang.

Isu imigran akan jadi isu terbesar dalam PRU British tahun depan.

Sungguhpun Kerajaan British telah memperketat lagi kawalan sempadan dan pemeriksaan imigresen di lapangan terbang dan pelabuhan, jumlah pendatang dapat masuk terus juga meningkat - 243,000 orang pada tahun lepas hingga kini.

UK mahu kuota kemasukan pendatang tetapi dibangkang kuat oleh Poland kerana bebas bergerak atau freedom of movement adalah satu prinsip yang tidak boleh dipertikaikan. Kita juga menjadi tumpuan pendatang.

Berapa jumlah pendatang haram Tuhan sahaja mengetahuinya!