Syed Azmi Alhabshi (kanan) menjawab soalan di forum anjuran Pemuda Umno mengenai program 'I Want to Touch a Dog' di Petaling Jaya, semalam. Di sebelah kanan beliau Dr Fathul Bari Mat Jahya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 31 Oktober, 2014.
Sebuah video menunjukkan cara buruk rakyat Malaysia melayan seorang lelaki buta dan anjing pendampingnya mendorong Syed Azmi Alhabshi menganjurkan program kontroversi “I Want to Touch a Dog”, yang dibidas ramai orang Melayu sebagai penghinaan kepada Islam.
Syed Azmi (gambar, kanan) berkata, dia tersentuh dengan klip video itu dan mendapati mereka ini bersikap kurang ajar terhadap lelaki buta itu kerana anjingnya.
“Dalam video itu, mereka menghalau anjing dan lelaki buta dan itu yang membuatkan saya sedih kerana kita juga mempunyai projek bersama orang buta, dan dia dilayan sebegitu rupa hanya kerana dia berbeza, itu menyedihkan saya.
“Saya tanya diri saya, apakah saya akan bertindak berbeza, apakah saya akan menyelamatkan lelaki buta itu? Saya tidak tahu kerana saya takutkan anjing,” katanya menjawab soalan hadirin dalam forum “Keterbukaan vs Sensitiviti Lazim: Di mana titik tengah?” anjuran Pemuda Umno di Petaling Jaya, malam tadi.
Forum tersebut dihadiri lebih 200 orang, kebanyakannya umat Islam, termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, serta Exco Pemuda Umno dan pendakwah, Dr Fathul Bari Mat Jahya.
Syed Azmi dilontarkan pelbagai soalan seperti “mengapa anda melakukannya?”, “apakah anda menyediakan sarung tangan di acara tersebut?” dan “siapa yang menasihatkan anda sebelum menganjurkan acara itu.”
Kesemuanya dijawab beliau, dan tiada kemarahan ditujukan kepadanya.
Syed Azmi Alhabshi (kanan) bersama salah seorang peserta 'I Want to Touch a Dog' dan anjing belaannya. Menurut Syed Azmi, ramai yang teruja menyentuh anjing sehingga ada yang mendukung haiwan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2014.

Dalam penjelasannya, Syed Azmi berkata selepas menonton video itu, dia merumuskan ramai di kalangan umat Islam jahil dan tidak faham tentang anjing.
Beliau kemudiannya menulis di Facebook: “Saya fikir saya mahu menyentuh anjing kerana saya tidak faham konsep ini dan isu ini di Malaysia” dan menerima banyak komen dan reaksi."
Ini mendorong dirinya dan rakan-rakan menganjurkan program “I Want to Touch a Dog” bertujuan mendidik, membantu orang ramai menghilangkan ketakutan terhadap anjing dan belajar belas kasihan kepada haiwan seperti dianjurkan Islam.
Program pada 19 Oktober di Bandar Utama, Petaling Jaya menarik lebih kurang 1,000 orang, dan ramai mengambil peluang menyentuh anjing daripada pelbagai baka sementara sukarelawan mengajar bagaimana mensucikan diri selepas menyentuh anjing mengikut ajaran Islam.
Walaupun menerima kebenaran penguatkuasa agama negeri dan menjemput seorang ustaz bercakap mengenai pandangan Islam terhadap anjing, Syed Azmi menerima kritikan kebanyakan orang Melayu yang merasakan dia menghina Islam.
Nombor telefon bimbitnya disebarkan di Internet dalam usaha menggesa orang ramai menganggunya. Selain dituduh murtad dan menganuti agama Kristian, beliau juga menerima ancaman bunuh.
Sabtu lepas, Syed Azmi memohon maaf di atas apa yang berlaku dan menegaskan dirinya tidak berniat menghina Islam, sebaliknya hanya mahu mendidik orang ramai agar hilang rasa takut kepada anjing.
Di forum semalam, Syed Azmi sekali lagi memohon maaf di atas kekecohan berlaku dan tidak menjangka orang ramai yang hadir terlalu teruja sehingga mendukung dan memeluk anjing.
“Seperti saya, kami jangka orang ramai akan takut dengan anjing. Apa yang kami tidak jangka – kami terlalu naif – sesetengah mereka merasa ‘syok’ dan terlalu seronok selepas menyentuh anjing yang comel sehingga mereka mendukung dan memeluk haiwan tersebut.
“Kami mahu orang ramai hilang ketakutan, kami tidak menjangka ianya akan lari daripada tujuan mendidik orang ramai dan saya memohon maaf kerana itu,” katanya.
Fathul Bari berkata, walaupun Islam menganjurkan perbincangan dan menghormati perbezaan pandangan, penganjur perlu berhati-hati pada masa akan datang.
“Mereka yang mengkritik di Facebook tolong jangan bertindak terlalu cepat,” katanya.
Khairy (gambar, kiri) berkata, walaupun program “I Want to Touch a Dog” merupakan acara kecil, reaksi umat Islam terhadapnya besar.
Katanya disebabkan itu, forum malam tadi perlu diadakan supaya penbincangan lebih rasional diadakan berbanding melakukan ancaman. – 31 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/layanan-buruk-terhadap-orang-buta-dan-anjingnya-punca-syed-azmi-anjur-progr#sthash.5kwFuubc.dpuf

0 Komentar untuk " Layanan buruk terhadap orang buta dan anjingnya punca Syed Azmi anjur program "