INI adalah siri kedua daripada artikel Jumaat lepas bertajuk “Buddha Muslim Bernama Benz Ali”.Naisbitt telah mengarang masterpiece pada 1982 bertajuk Megatrends di mana beliau memberi pengaruh yang sangat besar terhadap kajian Futures Studies.
Buku ini meramal secara ilmiah, bukan khurafat, arus-arus perdana yang bakal melanda dunia pada masa depan dengan memahami arus-arus yang telah berlaku dan sedang berlaku pada masa buku itu ditulis.
Kajian Futures Studies sangat berguna untuk para pendakwah dalam merangka strategi-strategi dakwah masa hadapan. Saya lihat dakwah sekarang hanya sekadar memenuhi tuntutan jangka pendek atau KPI yang dihambat oleh birokrasi.
Saya nampak kebangkitan pada masa hadapan, kebangkitan generasi antitesis dan saya mengaku adalah tidak adil membincangkan tentang generasi ini dalam kolum yang pendek di sini. Saya hanya sekadar dalam dua siri ini memberi sedikit gambaran sahaja.
Saya nampak para brahmin universiti dan agamawan akan menerima cabaran wacana yang hebat oleh generasi antitesis ini yang berjihad melawan arus pembodohan. Benz Ali dalam bukunya Antithesis bertanya mengapa orang menjadi murtad, sesat, liberal? Beliau jawab salah agamawan sendiri. Di sini saya hanya sebut satu sebab sahaja.
Sebabnya ialah kata Benz, “Orang agama” itu tidak reti berhujah.... maka jika orang agama itu orang politik Islam, dia akan suruh kita wala’. Jika mereka semacam sufi atau tradisional, mereka akan kata, barang siapa yang banyak bertanya, maka lemahlah imannya.” Apa akan jadi jika branding Islam ini yang diistiqamahkan (diteruskan)?
Baru-baru ini, seorang ustaz (Adun Kelantan) dilapor berkata bahawa denggi semakin meningkat kerana Malaysia negara yang tidak Islamik, bukan kerana masalah kebersihan. Sebelum ini pula, seorang ulama muda mengatakan harga petrol naik kerana ketentuan ALLAH SWT. Selepas selesai krisis MB Selangor, seorang lagi ulama menyatakan tidak puas hatinya dengan menyalahkan konspirasi Yahudi yang ingin menjatuhkan Presiden Pas.
Beliau juga menyalahkan rakan-rakan tahaalufnya yang suka membulinya. Seorang ustaz pula tanpa memberi fakta-fakta sejarah dulu terus melabel satu bangsa sebagai ‘penceroboh’. Walaupun masalah perkauman semakin meruncing dan ekonomi negara semakin menyukarkan, seorang pensyarah universiti dalam kajian politik yang anti-ultra kiasu pula bertanya baru-baru ini, “Mengapa jumlah babi melebihi lembu di Malaysia?” Adakah ini soalan assignment yang akan diberi kepada mahasiswa-mahasiswa di tahap universiti?
Benz menyuarakan kekecewaannya dengan menyamakan graduan dengan lalat, “Aku sudah hilang kepercayaan kepada universiti. Universiti adalah sebuah tong sampah dan tempat cari makan kepada lalat-lalat yang ingin mencari kerja. Cuma segelintir sahaja yang terselamat dan segelintir (ghuraba’/non konformis) itu pula hari demi hari makin berkurang. Jika kau rajin, kau mampu mengatasi orang-orang yang berada di dalam universiti.”
Benz bukan keseorangan. Sebuah lagi buku baharu yang dikarang oleh dua orang muda Malaysia bertajuk, The Other Side of the Coin menyuarakan pendapat yang sama. Mereka adalah Aiman Azlan dan Ameen Misran. Siri ke-3, saya akan memperluaskan kritikan-kritikan orang muda ini pula terhadap sistem pendidikan.
Ungkapan dua orang muda ini padat, “We produce A+ students on paper with F- mindset in real life.” Seorang pemuda berpemikiran revolusi bernama Siddharta, pengasas Buddhisma, menerima semacam ‘wahyu’ dari langit semasa bertafakur di bawah Pokok Bodhi bahawa punca kesengsaraan manusia bukan kerana sistem politik, ekonomi atau bajet negara tetapi adalah nafsu manusia itu sendiri: Nafsu aku mahu atau dalam bahasa Pali iaitu ‘tanha’. Semua generasi, termasuk generasi ulama, generasi mahasiswa, generasi antitesis, Benz Ali, diri saya sendiri diancam nafsu aku mahu (tanha).
Bajet negara untuk sistem pendidikan gagal mengatasi masalah tanha! Aku mahu kaya. Aku mahu kritik. Aku mahu antitesis. Aku mahu habib. Aku mahu ilmu. Aku mahu diwala’. Artikel yang akan datang, saya akan membincangkan juga mengapa seorang ulama hebat bernama Imam al-Ghazali mentalaqkan jawatan profesornya di Universiti Islam Nizamiyyah sebagai antitesis kepada nafsu aku mahu.
* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak

0 Komentar untuk " Kebangkitan generasi antitesis "