PERUNTUKAN RM25 juta dalam Belanjawan 2015 untuk pembangunan pondok berdaftar yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu pastinya menggembirakan dan sangat dialu-alukan seluruh warga pondok.
Inilah julung kali peruntukan khusus disediakan untuk memajukan institusi pondok. Sekali gus, pengumuman ini menaikkan semangat kami di Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) yang bergembleng usaha untuk meningkatkan martabat dan memastikan kelangsungan sistem pengajian pondok, serta membela kebajikan warganya sejak penubuhan dua tahun lalu.
Walaupun kita belum mendapat maklumat terperinci berhubung mekanisme dan proses agihan atau penerimanya, pengumuman Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membuktikan komitmen kerajaan menyokong pendidikan Islam dan membantu institusi pondok.
Dalam Direktori Pondok YPPM 2012, terdapat 110 buah pondok. Namun, bilangan pondok di negara kita dianggarkan 200-250 buah. Daripada jumlah ini, ada yang sudah bertukar status menjadi madrasah dan sekolah agama, memasukkan subjek akademik seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Manakala majoriti pondok tradisi masih wujud hasil penerimaan zakat, derma dan sedekah, banyak juga yang kini menerima bantuan kerajaan atau diserap oleh Kementerian Pelajaran.
Yang disebut dalam ucapan Datuk Seri Najib ialah ‘pondok berdaftar’. Hakikatnya di Malaysia, ada pondok yang berdaftar (biasanya dengan Jabatan Agama Islam Negeri) tapi banyak juga yang tidak berdaftar. Dari segi pelaksanaan, tidak ada paksaan atau peraturan yang ketat agar pondok didaftarkan.
Ia dilakukan secara sukarela. Namun, untuk memudahkan agihan bantuan, eloklah pihak pentadbir mendaftarkan pondok masing-masing. Bila ada rekod, kerja lebih mudah. Jika tidak ada dalam rekod atau pendaftaran, penyaluran agak sukar.
Dalam kalangan warga pondok di Malaysia, isu terima atau tidak bantuan daripada kerajaan adalah satu polemik sudah puluhan tahun. Ada tok guru yang tidak mahu terima apa-apa sumbangan kerajaan - mungkin atas dasar prinsip, mungkin juga atas orientasi politik. Kita faham pendirian mereka. Bagaimanapun, semakin ramai guru dan ulama pondok yang melihat bantuan kerajaan sebagai cara realistik bagi memastikan pondok terus hidup dan baik untuk masa depan pelajar mereka.
Untuk mendapat maklumat jelas tentang keadaan semasa pondok di Malaysia, satu kajian pilot telah dibuat YPPM dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC). Kajian lapangan antara Jun-Ogos 2014 dijalankan oleh beberapa pengkaji Universiti Utara Malaysia (UUM) membabitkan 48 pondok di Kedah, dan akan dikembangkan ke negeri-negeri lain pada tahun depan. Pembentangan hasil kajian yang dibuat kepada YPPM tiga minggu lalu menunjukkan bahawa kebanyakan pondok di Kedah masih kekurangan kemudahan asas.
Infrastruktur teknologi dan maklumat (ICT) kurang memuaskan. Sistem pengurusan pondok agak lemah dan banyak yang menghadapi risiko penutupan jika keadaan seperti kekurangan pelajar, pewarisan pentadbiran pondok dan kekangan kewangan tidak dapat diatasi. Kajian ini melaporkan: “Institusi ini masih diselubungi permasalahan, antaranya ialah infrastruktur, sistem pentadbiran yang statik, kurikulum dan silibus yang bersifat tradisional serta keupayaan tenaga pengajar yang masih perlu dipertingkatkan.”
Tapi menarik juga, kajian ini mendapati institusi pondok semakin mendapat sambutan masyarakat Islam. Ini berpunca daripada harapan ibu bapa agar anak-anak (dan mereka sendiri) dapat kembali menghayati Islam menerusi sistem pendidikan tradisional ini.
Justeru, banyak pondok baharu yang bercambah. Kajian juga mendapati walaupun majoriti tenaga pengajar adalah keluaran pondok tempatan, keupayaan melahirkan pelajar yang berakhlak dan beriltizam dengan amalan agama tetap tinggi. Aspek positif ini perlu dioptimumkan.
Mustahil jumlah RM25 juta ini mencukupi untuk memenuhi keperluan semua pondok di Malaysia, namun ia permulaan memberangsangkan. Harapan YPPM dan warga pondok ialah untuk melihat masa depan yang lebih cerah untuk institusi pendidikan ini.
Satu cadangan awal YPPM hasil perbincangan dengan beberapa ulama pondok dan tokoh akademik ialah mengadakan satu seminar untuk membincangkan sejarah, peranan, sumbangan dan masa depan Komuniti Pondok Nusantara tahun depan.
Kita juga boleh melihat bagaimana pondok diurus dan berkembang di negara lain, serta mengambil teladan daripada pengalaman mereka. Ini selaras dengan pelantikan Malaysia sebagai Pengerusi Asean yang bertemakan ‘Komuniti Asean’.
Saya percaya seminar ini akan menghasilkan keputusan yang mengujakan bukan sahaja kerana pondok-pondok di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Kemboja memiliki sejarah dan latar belakang yang menarik, malah saiz komuniti pondok di Asia Tenggara adalah besar, dianggarkan 200,000 hingga 300,000 orang.

0 Komentar untuk " Bajet 2015 iktiraf peranan pondok "