PENDEKATAN berimbang atau lazim disebut sederhana atau wasastiyyah terungkap dalam al-Quran (Al Baqarah: 143) merupakan suatu pendekatan atau uslub yang memberi jalur lebih sesuai untuk pengembangan Islam.
Sifat jadinya alam, manusia, persekitaran, sumber rahmah dan nikmah daripada ALLAH menuntut adanya titik keseimbangan yang meletakkan keindahan Islam pada tempatnya.
ALLAH jadikan manusia dalam sifatnya berpasang-pasang supaya jiwa kekenalan lahir dan membimbing kepada binaan keluarga, zuriat dan umat. ALLAH jadikan alam dalam bentuk ghaib dan nyata supaya manusia dapat mencari keseimbangan antara pemahaman alam ghaib dan alam nyata agar antara Pencipta dan yang dicipta wujud keserasian yang mengharmonikan.
Sumber rahmah dan nikmah yang melimpah ruah dapat dimanfaatkan untuk kepentingan diri dan orang lain supaya asas kesejahteraan umat manusia terjadi.
Di sini penting ilmu mengurus diri (rohaniah) dan ilmu mengurus sistem dikuasai secara seimbang supaya konsep rabbana aatina fiddunya hasanah wafilaahirati hasanah, waqina azabbanr terjadi.
Ilmu deeniah harus seimbang dengan ilmu sains dan teknologi supaya nilai guna dalam sains dan teknologi membangun peradaban manusia.
High-tech (teknologi tinggi) harus bergerak seimbang dengan high-touch (sentuhan keinsanan) supaya sains dan teknologi menjadi lebih manusiawi.
Islam tidak mendukung sifat melampau atau ekstrem kerana ia boleh menyebabkan konflik terjadi. Proses mengimbangkan idealisme dan realiti (waqi) harus terjadi. Lalu pemahaman terhadap realiti menyebabkan maslahah dan strategi terbina.
Ilmu nakliah (wahyu) dan ilmu akliah (akal) perlu teradun secara seimbang. Sumber wahyu membolehkan kefahaman yang tinggi terhadap yang ghaib dan segala manifestasinya. Ilmu akliah yang membolehkan kajian dan telitian dilakukan supaya penelitian rahmah dan nikmah ALLAH menjadikan manusia bersyukur kepada Pencipta.
Penolakan agama di Barat adalah gambaran yang tidak seimbang dari segi pemikiran dan amalan. Orang di Barat umumnya melihat akal atau rasional itu segala-gala. Sedangkan dengan akal saja manusia tidak boleh memberi jawapan kepada isu-isu ghaibiyyah.
Menyeimbangkan faktor akliah dengan faktor nakliah membolehkan pemikiran seimbang terjadi dan ia mampu membentuk tasawwur (world-view) yang lebih sempurna mengenai Pencipta, apa yang diciptaNya dan memahami mengapa manusia dijadikan dan apakah tanggungjawab manusia terhadap Pencipta, alam dan sesama manusia juga.
Peribadi seimbang menjadi saksi mengenai keunggulan Islam itu tetapi juga saksi kepada umat manusia akan keindahan dan kecantikan agama ini.
Rasulullah SAW menampilkan watak seimbang dalam percakapan, perbuatan dalam contoh yang dipancarkan menerusi Sunnahnya. Dalam melakukan dakwah Rasulullah SAW memilih jalan hikmah (bijaksana). Bila melakukan ajakan dan seruan (dakwah) Rasulullah SAW melakukan dengan sabar dan berjiwa besar (watawa saubil haq watawa saubissabr).
Rasulullah SAW dalam membina strategi tidak gopoh. Dalam melaksanakan misi futul Makkah (kembali semula ke Makkah) Baginda tersekat di Hudaibiyyah. Bila diminta menangguhkan kepergian ke Makkah ke tahun depan Baginda bersetuju.
Ia menggambarkan strategi berimbang antara pengiktirafan orang Makkah terhadap Baginda dengan tentangan awal sebelum berhijrah beri hikmah besar kepadanya. Ia ibarat melangkah setapak ke belakang untuk persiapan melangkah lima tapak ke hadapan.

0 Komentar untuk " Islam dukung pendekatan berimbang "