Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pembukaan sekolah aliran agama kepada bukan Muslim dapat merapatkan jurang perbezaan yang sering disebabkan salah faham. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2014.
Sekolah aliran agama perlu membuka ruang dalam peratusan tertentu kepada pelajar bukan Islam agar mampu mengurangkan jurang salah faham antara agama dalam negara, kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Bekas mufti Perlis itu berkata jika sekolah mubaligh Kristian mampu melakukan perkara sedemikian maka mengapa Islam tidak melakukan perkara yang sama?
"Oleh kerana Islam itu memimpin, saya mencadangkan sekolah aliran agama Islam membuka ruang dalam peratusan tertentu untuk pelajaran non-Muslim juga jika ada yang ingin belajar.
"Sekolah agama di negara kita biasanya hanya tertumpu kepada pelajar Muslim sahaja. Ini sering menyebabkan ada lulusan sekolah agama kurang memahami latar pihak lain. Sama halnya dengan sekolah aliran kaum tertentu," katanya melalui laman Facebook peribadinya DrMaza.com.
Semalam, bekas presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek berkata hanya mereka yang naif mempercayai kepelbagaian etnik dan agama di negara ini dapat disatukan melalui kaedah satu sistem pendidikan untuk semua rakyat Malaysia.
Katanya, terdapat banyak contoh negara satu bangsa dan agama dalam arena global yang yang masih gagal bersatu meskipun bertutur menggunakan bahasa yang sama.
"Saya menyangka rakyat Malaysia sentiasa berbangga dengan kekuatan kepelbagaian kita. Meskipun menjangkau 57 tahun kemerdekaan, kita masih menyalahkan kepelbagaian sistem pendidikan sebagai punca kepada perpecahan antara kumpulan etnik," katanya dalam satu kenyataan.
Asri berkata terdapat beberapa kebaikan jika bukan Islam dapat ditempatkan dalam sekolah aliran agama antaranya menjadi satu medan dakwah untuk bukan Muslim melihat dan memahami kehidupan beragama orang Islam dengan lebih dekat.
Katanya, ia juga dapat menjadi pelajaran amali untuk para pelajar Muslim bagaimana berinteraksi dengan bukan Muslim secara harmoni dan toleransi seperti yang diajar oleh Islam.
"(Ia dapat) mengurangkan jurang salah faham antara agama dalam negara, memperlihat kepada masyarakat keluasan Islam dan kemampuan ajaran Islam mendidik serta mendamaikan antara manusia.
"Ia juga mampu menyuburkan ilmu kajian perbandingan agama dan mengelakkan lulusan agama dalam negara ini menjadi defensif, sebaliknya berkeyakinan untuk bergaul memahami pendekatan yang sesuai," katanya. – 8 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/buka-sekolah-aliran-agama-kepada-bukan-islam-kata-bekas-mufti-perlis#sthash.gOg0mQMz.dpuf

0 Komentar untuk " Buka sekolah aliran agama kepada bukan Islam, kata bekas mufti Perlis "