BUKANLAH niat saya hendak menghalang orang kita berjihad dan mati syahid menerusi Islamic State @ IS. Tidak juga saya memperkecil dan memperlekeh tindakan mereka yang sanggup meninggalkan orang tercinta dan sanak-saudara di sini untuk berjuang di luar negara.
Cuma belum tentu mereka terkorban di sana. Walaupun semangat sentiasa tinggi lagi membara, dan mereka bersedia penuh rela untuk mati, rasanya kemungkinan untuk para ‘pejuang’ kita mati di Iraq, Syria dan negara-negara Arab lain amat tipis.
Sebaliknya kalau hendak terkorban, di sini lebih mudah. Seperti perangkaan yang dilaporkan media, purata seorang maut di tempat kita setiap jam. Mereka mati bukan memegang senapang atau memeluk bom, tetapi hanya memegang stereng.
Fakta yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan begitu rapuhnya nyawa orang kita. Setiap hari berpuluh nyawa terbang, bukan di medan perang tetapi di jalan raya.
Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff, negara kehilangan purata 19 orang setiap hari ekoran kemalangan maut yang berlaku di seluruh negara sejak awal tahun ini.
Fakta berdarah yang direkodkan setakat Oktober tahun ini ialah 5,138 kematian melibatkan 4,779 kemalangan maut. Di tempat lain orang terkorban di medan perang; di tempat kita nyawa melayang di dalam kenderaan – termasuk kenderaan mewah.
Adalah amat malang di sebuah negara yang makmur lagi aman damai – tidak ada letupan senapang, bom atau peluru berpandu, kecuali letupan bermusim mercun – lebih 5,000 nyawa terbang di jalan raya.
Sejak dulu macam-macam kempen keselamatan jalan raya telah dilakukan. Berbilion RM telah dibelanjakan untuk melebar, melurus, merata dan mencantikkan jalan raya dan lebuh raya seluruh negara. Tetapi jalan raya kita terus menjadi medan maut.
Macam-macam kajian telah dibuat untuk mengesan punca kemalangan. Macam-macam teori telah dikeluarkan oleh penganalisis profesional. Tetapi setiap tahun laluan kita di seluruh negara masih dibasahi darah.
Saya tidak membuat kajian terperinci, tidak juga saya ingin mengeluarkan teori yang hebat-hebat untuk dicatatkan. Tetapi sebagai pengguna yang selalu memandu jarak jauh – paling kerap antara KL ke kampung di Muar – saya mengesan beberapa kesilapan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Pertama, kesilapan pihak berkuasa dan pengendali lebuh raya. Tanda-tanda di jalan raya dan lebuh raya kita banyak mengelirukan pengguna. Sedang elok memandu pada laluan tiga lorong, tiba-tiba tanpa isyarat menjadi dua lorong sebab kerja-kerja membaiki jalan raya.
Garisan di laluan kita pun ada macam-macam warna: kuning, putih, coklat, sehingga pemandu keliru hendak ikut warna yang mana satu. Sedang memandu laju di lebuh raya, tiba-tiba kenderaan terpaksa diperlahankan sebab ada sekatan trafik.
Kedua, kesalahan pengguna. Sesetengah pemandu kita memang suka melanggar peraturan keselamatan jalan raya. Sekiranya ada amaran memandu pada kelajuan 90 kmj, mereka memecut lebih dari had.
Jika ada isyarat jangan memotong, di situlah mereka suka memotong, siap angkat tangan. Perangai buruk ini turut dilakukan oleh kenderaan berat yang sepatutnya berada di lorong paling kiri. Jika diberitahu jangan menelefon ketika memandu, mereka bukan sahaja menelefon malah asyik selfie. Betul gila babi!
Ada yang menaiki kenderaan mewah, makan dan minum sambil memandu. Pembungkus dan kotak makanan, juga tin minuman dibuang melalui tingkap kenderaan. Ini membahayakan pemandu lain. Kereta sahaja besar berkilat, otak kecil berkarat.
Samseng jalanan ini tidak pernah peduli pada sebarang tanda isyarat yang diletakkan sepanjang laluan, seperti isyarat jalan licin, selekoh berbahaya, jambatan sempit, angin lintang, hatta gambar tengkorak.
Sesetengah motosikal besar berkuasa tinggi memecut dan memotong ikut suka hati. Macamlah dia sahaja yang membayar cukai jalan. Macam jalan raya opah dia punya. Megah betul dia dapat menonggeng dan menayangkan punggung pada pemandu kenderaan yang dipotong.
Ketiga, sekali lagi kelemahan pihak berkuasa. Tidak tegas bertindak ke atas pesalah trafik. Ada saman ekor, saman kepala, saman tubuh, macam-macam saman.
Tetapi tidak ada tindakan selanjutnya. Beratus ribu saman trafik dikeluarkan, semua tidak diendahkan. Ada bas ekspres yang telah menerima berpuluh saman trafik atas berbagai-bagai kesalahan, tetapi masih dibenarkan beroperasi. Malah yang tidak ada lesen sah pun boleh memandu. Sebab itu jalan raya kita tidak selamat.

0 Komentar untuk " Antara bom, senapang & stereng "