Sungguh, tidak terduga anjing boleh menyebabkan kita berbalah. Juga tidak terduga, ada orang Islam negara ini yang umumnya dikenal dengan sifat kesederhanaan, toleransi dan saling menghormati sanggup menjadikan dirinya punca perbalahan.
Ingatkan orang politik sahaja ada perangai seperti ini. Penyakit suka mencetus kontroversi ini kini merebak luas kepada mereka yang bergiat atas nama aktiviti kemasyarakatan. Atas nama komuniti dan atas alasan mahu membantu pihak yang memerlukan, yang sensitif pun dilanggar begitu sahaja.
Kumpulan yang dilabel liberal ini nampaknya semakin membesar. Jadilah, perkara yang sepatutnya berjalan baik, berakhir dengan kerosakan lagi merosakkan.
Pelik bukan, mereka begitu prihatin tentang kekurangan sesuatu perkara tetapi pada masa sama mengotorkan tangan dengan merosakkan hal-hal yang lebih asas dan utama iaitu hukum agama dan perpaduan masyarakat.
Mereka bangga dan dibangga-banggakan kerana membantu pihak lain, tetapi dalam masa sama telah menyuburkan perbalahan. Jadi, apalah maknanya aktiviti komuniti kumpulan aktivis dan pencinta anjing yang lebih berat kepada unsur negatif itu.
Mereka prihatin dengan nasib anjing dan ‘ketakutan’ orang Islam dengan binatang ini, tetapi pada masa sama melanggar batas agama dan toleransi masyarakat yang mencetuskan pula perbalahan dan permusuhan.
Tindakan ini sekali gus telah menyuburkan kumpulan ekstrem yang selalunya memilih menyelesaikan perbalahan melalui tindakan ekstrem. Siapakah yang sepatutnya dipertanggungjawabkan dan menanggung akibatnya?
Kumpulan toleran dan tahan uji akan bertukar wajah menjadi ekstrem jika kumpulan berfikiran liberal terus-terusan memaksakan kehendak mereka. Kehendak mereka yang kononnya bersifat sejagat acuan Barat itu.
Dilihat daripada gambar-gambar peserta kempen sentuh anjing yang tersebar sejak seminggu ini terlihat mereka begitu naif dengan acara yang diadakan di kawasan lapang pusat beli-belah di Bandar Utama, Petaling Jaya itu.
Pastinya mereka tidak menyangka sebegitu sekali reaksi umum. Ramai yang datang sekadar suka-suka. Aktiviti yang bersifat komuniti menjadi bala. Gambar-gambar gembira semasa menyentuh dan mencium anjing yang dimuat naik dalam media sosial dikutuk keras oleh masyarakat.
Yang lebih diprihatinkan ialah reaksi golongan agamawan dan ulama yang selama ini menjadi panduan kepada kehidupan harian kita. Mereka sepakat menyatakan kempen itu sebagai acara yang bercanggah dengan hukum syarak, kepentingan awam, keharmonian beragama, kesopanan umum serta sensitiviti umat Islam negara ini.
Menangguk
Tak pasal-pasal angkara kempen anjing itu, timbul pula tindak balas susulan. Ada kumpulan menyokong dan ada kumpulan menentang. Ada pula yang cuba menangguk di air keruh. Kemudian muncul pula gambar provokasi anjing berserban. Siapakah pihak yang dipertanggungjawabkan atas semua insiden ini?
Kumpulan menyokong kempen ini terus memberi semangat kepada penganjur supaya jangan tunduk kepada tekanan dan ancaman pihak yang menentang.
Sekali lagi ada pemimpin politik yang mahu dilihat mempunyai nilai sejagat, secara terbuka menyokong kempen itu. Benarlah hipotesis kemunculan kumpulan dianggap liberal ini berikutan motivasi dan sokongan orang politik. Barangkali sebab itu mereka kini semakin berani.
Selepas mencetuskan kemarahan umat Islam, jangan harap mereka akan berhenti. Kumpulan liberal akan terus mendalangi acara dan program sehinggalah agenda mereka tercapai.
Mereka sentiasa ada hujah dan alasan. Mereka tetap menganggap kempen sentuh anjing kepada umat Islam umpamanya sebagai program bernilai baik kerana berteraskan pendidikan dan belas kasihan.
Penyokong kempen sentuh anjing itu malah mempertikaikan tindakan penentang yang dianggap telah merampas nilai-nilai baik dalam acara tersebut. Mereka sedih kerana dikaitkan pula dengan kebencian, penipuan dan keganasan.
Pandai pula mereka memutar kata kononnya reaksi negatif terhadap acara sentuh anjing itu sebagai menyakitkan hati. Kata-kata pedas dan ejekan pula dianggap sengaja menyebarkan kebencian, memalukan dan bercanggah dengan Islam.
Memang label kafir, murtad dan ancaman bunuh kepada penganjur acara itu adalah keterlaluan. Tetapi siapakah yang menjolok sarang tebuan?
Setelah seminggu, penganjur Syed Azmi Alhabshi dan Norhayati Ismail semalam memohon maaf. Mereka menyatakan program itu bukan untuk memesongkan akidah, menukar hukum agama, mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme.
Mereka juga mengaku gagal mengawal orang ramai daripada menyentuh anjing sesuka hati. Pada masa sama mereka seperti berbangga kerana program itu berjaya mendidik bukan Islam cara melakukan samak.
Itulah alasan mereka. Memang hak mereka untuk membela diri tetapi kerosakan telah dibuat. Kerosakan itu terlalu besar untuk sekadar hanya memohon maaf. Daripada tajuk ‘Saya mahu sentuh anjing’ pun sudah terserlah maksud sebenar acara itu.
Selama ini aktivis sosial tidak pernah diganggu menjalankan aktiviti kemasyarakatan malah sentiasa disokong dan digalakkan. Tetapi apa yang berlaku pada Ahad lalu adalah satu tindakan yang keterlaluan dan cubaan untuk mengasak toleransi masyarakat terbanyak.
Apa lagi provokasi yang akan mereka lakukan selepas ini? Tentu sekali ini bergantung kepada reaksi umum dan respons pihak berkuasa terhadap penganjur acara itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/angkara-anjing-1.16754#sthash.TE1v9v9E.dpuf

0 Komentar untuk " Angkara ‘Anjing’ "