KUALA LUMPUR - Peluang pelaburan luas bagi pengurus dana antarabangsa di Malaysia dan dalam kalangan syarikat-syarikat awam yang disenaraikan dalam negara, memandangkan asas-asas pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata sistem kewangan Malaysia kekal kukuh dan menyokong ekonomi.
"Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar dianggarkan kekal pada 5 hingga 5.5 peratus setahun pada 2014 dan 2015, manakala mudah tunai dalam sistem perbankan kekal kukuh dengan nisbah pinjaman-deposit sebanyak 85.8 peratus dan penerimaan simpanan tetap sebanyak 92.3 peratus sehingga Jun 2014.
"Purata kadar inflasi kekal rendah, manakala pelaburan langsung asing meningkat 24.6 peratus kepada RM38.2 bilion daripada 2012, dan pelaburan langsung pada separuh pertama tahun ini berjumlah RM17.2 bilion," kata beliau dalam ucap tama pada Invest Malaysia 2014, anjuran bersama Maybank Kim Eng dan Bursa Malaysia, di London semalam.
Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama di sini.
Invest Malaysia London, yang berlangsung selama dua hari dan berakhir hari ini, menarik penyertaan lebih 60 pengurus dana yang mewakili 48 syarikat pengurus dana dengan aset di bawah pengurusan lebih US$13.3 trilion.
Sebanyak 13 syarikat multinasional paling banyak dilabur yang disenaraikan di Bursa Malaysia diwakili pada majlis itu.
Bank Dunia telah meletakkan Malaysia di kedudukan keenam bagi mudah menjalankan perniagaan, naik dua anak tangga dari tempat kelapan pada 2013.
Malaysia juga diletakkan pada tempat ke-12 oleh IMD yang berpangkalan di Switzerland, sebagai antara negara yang paling berdaya saing di peringkat dunia.
Ranking itu juga meletakkan Malaysia di hadapan negara-negara maju seperti Korea, United Kingdom, Australia, Taiwan dan Jerman.
Dalam Laporan Daya Saing Global 2013-2014, Forum Ekonomi Dunia meletakkan Malaysia di tempat ke-14 dalam kalangan 148 negara. - Bernama

0 Komentar untuk " Sistem kewangan Malaysia kekal kukuh "