SEORANG pakar sejarah asing memberitahu saya: “Anda perlu hidup dengan dua umur yang panjang untuk melihat India secara menyeluruh.”
Tapi selepas pergi ke Sadar Bazar (pasar besar) New Delhi dalam tahun 1990-an, saya beritahu pakar itu: “Saya telah lihat India dalam masa dua jam sahaja”.
Semuanya ada di pasar itu. Ribu-ribu orang bersesak pagi dan petang hingga anggota polis atas platform kecil di simpang jalan sering jatuh disigung orang awam.
Di bawah jambatan anak-anak kecil main-main atau makan minum. Atas pembahagi jalan tertera DO NOT SLEEP HERE, ada sahaja gelandangan mampu tidur dalam suasana hiruk-pikuk dan berdebu.
Binatang? Anda sebut sahaja, lembu, kambing, anjing, babi, gajah, kuda semuanya ada. Tak tahulah sama ada haiwan seperti kuda dan gajah dibawa ke situ untuk dijual, ditunggangi atau dipertontonkan.
Keadaannya pelik dan tidak selesa tetapi mempersonakan kerana ia tidak pernah disaksikan di tanah air kita sendiri.
Sebelum itu, saya ke Nagarkot, kawasan bukit, 30 km dari Katmandu, Nepal, yang pemandangan di ufuk dikatakan antara yang tercantik di muka bumi ketika matahari terbit. Wallahualam!.
Sudah lama juga tidak ke luar negara, bukan kerana gayat naik pesawat, tetapi kerana saya anggap apa sahaja yang cantik dan pelik yang terdapat di negara lain, Malaysia tiada kurang dengan keunikannya.
Saya lebih teruja menikmati kecantikan dan keunikan di tanah tumpah darah sendiri; kawasan pelancongannya, kampung, bandar, sungai dan pantai, taman bunga, bukit, jalan dan lebuh raya, apa lagi makanannya; mana ada tempat lain yang boleh menandingi kepelbagaian makanan di Malaysia.
Setiap kali mempunyai cuti pendek sekarang, saya akan memilih untuk memandu melalui persisiran pantai, melalui pekan-pekan kecil dan kampung sepanjang semenanjung untuk menikmati kecantikan alam semula jadi, suasana harmoni dan tenang tetapi rancak dalam
kehidupan harian masyarakat di setiap pelosok negara kita.
Menyaksikan tempat yang sama berkali-kali tidak menimbulkan kebosanan; ia adalah nostalgia dan tetap menarik.
Maka tidaklah hairan apabila ada tinjauan tidak lama dahulu yang mendapati rakyat negara kita dikatakan berada di tempat kedua paling gembira di Asia.
Menurut Indeks Kegembiraan Asia tahun lalu, rakyat Singapura menduduki tempat pertama antara lima negara di rantau ini, dengan catatan indeks 518, Malaysia mencatat indeks 245. Filipina tempat ketiga (90), India (29) dan Indonesia di tangga kelima (11).
Apakah ciri-ciri yang diambil kira dalam tinjauan itu saya tidak pasti, tetapi hakikat bahawa Malaysia menduduki tempat yang tinggi itu sudah cukup membanggakan kita.
Namun, ada kalanya, apabila anda mendengar cerita kurang menyenangkan hati, anda boleh menjadi kecewa; cerita seperti anda boleh sahaja tidak semena-mena cedera kerana menjadi mangsa ragut penagih dadah di pasar raya atau di tepi jalan; taman yang kotor dan
kemudahan yang menjadi mangsa vandalisme oleh mereka yang mempunyai mentaliti rakyat negara mundur.
Anda selalu terpaksa berhati-hati membuka pintu tandas di kawasan riadah, taman permainan, bahkan di restoran dan di bangunan tersergam di pusat-pusat bandar kerana keadaannya susah diramalkan. Anda takut meletak kenderaan di kawasan terbuka kerana ada
sahaja kemungkinan ia dicalarkan atau lebih teruk, dicuri.
Anda bimbang berjalan di sesetengah kawasan rumah pangsa kerana tidak tahu bila botol. kayu, sampah atau tilam buruk akan hinggap di kepala.
Lif yang disediakan untuk pengguna bukan sekadar digunakan untuk membawa barang, bahkan motosikal dan yang tidak sepatutnya dibawa; kemudahan dalam lif dirosakkan.
Di jalan, anda bertembung dengan segelintir pemandu yang tidak sabar, panas baran dan tidak bertimbang rasa.
Dengan segala masalah dan kecelaruan yang ada pun negara kita masih mampu berada di tangga kedua di Asia dari segi rakyat gembira, masih terima ramai pelancong, pemain industri serta pelabur, bahkan masih dianggap negara contoh dalam beberapa aspek.
Alangkah bertuahnya kita.
Bayangkan betapa melonjak lagi imej negara kita yang bakal merayakan satu lagi peristiwa bersejarah 16 September ini sekiranya setiap kita berusaha semampu masing-masing untuk meningkatkan budaya hidup sihat dan terpuji. Negara kita adalah tanggungjawab kita.
Wallahualam!

0 Komentar untuk " Negara kita tanggungjawab kita "