SAYA baru selesai menonton video pendek karya sebuah syarikat pengiklanan - Naga DDB yang mempamerkan kesediaan warga Malaysia biasa dalam mempertahan teman-teman Melayu, Cina ataupun India dengan keengganan menggunakan bahasa kesat lagi rasis dalam suatu sesi penggambaran - walau ditawar bayaran lumayan.
Karya tersebut memberi kesan mendalam kepada saya, membangkit semangat patriotik dan melahirkan rasa sebak setia kawan buat warga negara saya semuanya.
Kebelakangan ini, jarang sekali kesatuan kita lahir dari dhamir nurani tanpa paksaan. Apatah lagi, pasca PRU13 hanya memperlihatkan pendakwaan demi pendakwaan yang dilakukan terhadap pemimpin pembangkang - kini menular pula kepada para akademik, mahasiswa, pelajar belasan tahun, wartawan, hingga membangkitkan pertanyaan - who’s next?
Antara mangsa termasuk mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Adun Seri Delima, RSN Rayer; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Padang Serai dan peguam
Anwar Ibrahim, N Surendran yang didakwa atas akta sama; Prof Azmi Sharom; wartawan Susan Loone.
Aktivis mahasiswa, Safwan Anang baru-baru ini dipenjara 10 bulan selepas didapati bersalah di bawah akta ini.
Pada hemat saya, Perdana Menteri kita sebenarnya juga sedar akan betapa akta ini sudah lagi tidak sesuai dengan konteks politik moden hari ini. Jika tidak masakan Datuk Seri Najib berjanji akan memansuhkan akta drakonian ini, dan menggantikan dengan sebuah Akta
Keharmonian Nasional pada Hari Malaysia 2012 atas faktor ingin menjaga kestabilan negara dan menjaga tatatertib kebebasan bersuara.
Akan tetapi, sehingga ke hari ini ia masih digunakan untuk mengekang suara-suara mahasiswa, ahli akademik dan pimpinan pembangkang yang kritikal terhadap kerajaan.
Akta Hasutan ini telah diperkenalkan oleh pemerintah British pada 1948, yang didasarkan kepada Akta Hasutan 1661 yang terdapat dalam undang-undang negara penjajah tersebut. Pada masa akta ini diperkenalkan, ia bertujuan mengekang suara pejuang-pejuang yang menentang British pada ketika itu, untuk mengelak daripada mempengaruhi orang ramai bangkit menentang penjajah.
Alangkah sedihnya, selepas 57 tahun Malaysia merdeka, kita masih lagi mengekalkan legasi buruk daripada British ini. Pendakwaan yang dilakukan amat mengundang curiga, memilih bulu, atau dilakukan secara selektif. Mengapa selepas dua tahun pengumuman pemansuhannya, kebanyakan pimpinan yang didakwa hanyalah daripada kalangan pembangkang? Mengapa tiada tindakan diambil terhadap pimpinan BN, dan NGO ultra-Melayu seperti Isma dan Perkasa?
Ada juga yang cuba mempertahankan undang-undang ini dengan mengatakan ia perlu bagi memastikan keharmonian kaum terjaga di Malaysia. Malaysia sebenarnya mempunyai undang-undang yang cukup untuk menjaga keharmonian kaum.
Seksyen 505, Kanun Keseksaan mengatakan: Barang siapa membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita- (b) Dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya oleh yang demikian itu seseorang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap negara atau terhadap ketenteraman; atau (c) Dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain;
Hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
Walaupun pada tahun 2013 yang lalu, saya mengusulkan Rang Undang-Undang Hasutan (Pemansuhan) ke pejabat Setiausaha Dewan Rakyat, sehingga ke hari ini, ia masih belum mendapat respons daripada pihak berwajib.
Justeru, saya mengulangi semula tuntutan saya supaya Akta Hasutan 1948 ini dimansuhkan serta-merta dan supaya Perdana Menteri menunaikan janjinya 3 tahun yang lepas.
Hentikan langkah-langkah yang memupuk kebencian. Belajarlah daripada warga negara Malaysia yang tidak bernama - seperti direkod dalam karya Naga DDB.
Bersuaralah buat Malaysia - untuk menegur, memperbaiki, mempertahan satu sama lain - jangan termakan hasutan atasan.

0 Komentar untuk " Bersuaralah buat Malaysia "