MASJID adalah tempat yang paling dicintai oleh ALLAH SWT di atas muka bumi. Ia dibina secara khusus untuk menunaikan solat dan beribadah kepada ALLAH. Ia juga disebut sebagai rumah ALLAH yang dimuliakan dalam Islam.
Al-Quran dan As-Sunnah memberikan perhatian khusus dan menjelaskan banyak keistimewaan tempat ini. Satu daripadanya sebagaimana disabdakan Rasulullah SAW: "Siapa yang mendirikan masjid - (Bukair berkata: Saya kira Baginda mengatakan) - dengan tujuan mengharapkan wajah ALLAH, nescaya ALLAH akan membangunkan baginya istana sepertinya di syurga.” (Riwayat Bukhari)
Lantaran itu ramai kalangan umat Islam di dunia berlumba-lumba mengeluarkan infak dan perbelanjaan untuk membina masjid. Alhamdulillah, ia adalah suatu yang baik dan terpuji. Apa puun yang lebih penting adalah memakmurkan dan mengimarahkan masjid sebagaimana yang diperintahkan ALLAH dan Rasul-Nya.
Tempat tauhidkan ALLAH sWT
Fungsi utama dan paling besar bagi masjid ialah sebagai tempat beribadah kepada ALLAH, mengingatinya dengan zikir dan majlis ilmu sekali gus kesemuanya itu dilakukan semata-mata hanya kerana ALLAH atau dengan kata lain mentauhidkannya.
ALLAH SWT berfirman: "Dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama ALLAH.” (Surah Al-Hajj: 40)
Demikian juga ALLAH menjelaskan ciri orang beriman yang layak untuk memakmurkan masjid. Firman-Nya: "Tidaklah layak orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid ALLAH, sedang mereka mengakui bahawa mereka sendiri kafir. Itulah orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka. Hanya yang memakmurkan masjid-masjid ALLAH ialah orang yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada ALLAH, maka merekalah orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk.” (Surah At-Taubah: 17-18)
Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menjelaskan maksud mempertahankan masjid tidak hanya bererti memperindah dan mencantikkan bangunan semata-mata, akan tetapi ia melibatkan usaha mengingati ALLAH, mendirikan syariatnya di masjid-masjid dan memurnikan masjid dari sebarang kegiatan syirik. (Tafsir Ibnu Kathir)
Masjid indah tapi kosong
Catatan dan ingatan harus diberikan Rasulullah SAW dalam hadis tanda-tanda hampirnya hari kiamat antaranya adalah memperindah dan mencantikkan masjid.
Sedangkan kita mengetahui masjid pada hari ini banyaknya yang indah di luar, namun kosong di dalam. Kosong dalam erti kata tidak dipenuhi dengan jemaah setiap solat fardu dan tidak dipenuhi dengan kegiatan yang disyariatkan.
Perihal memurnikan masjid daripada sebarang bentuk kesyirikan ditegaskan lagi dalam ayat berikut. Hal ini harus diberi catatan penting. Kerana Rasulullah SAW sudah awal-awal bahkan sering kali mengingatkan umatnya akan jejak-jejak Yahudi dan Kristian.
Betapa ramai umat Islam yang akan mengikuti jejak langkah golongan Yahudi dan Kristian. Baik cara beragama, cara beribadah dan seluruh cara kehidupan sehingga tidak ada yang tersisa melainkan semuanya dipengaruhi oleh cara Yahudi dan Kristian.
Mutakhir ini sudah ada kelihatan kelompok sesat berani menzahirkan amalan syirik dan sesat mereka dalam masjid dan ia dilakukan secara terbuka tanpa rasa takut.
Satu daripadanya ialah ajaran penganut agama Syiah Rafidhah. Mereka solat dan sujud atas ketulan batu khusus dan ini tidak pernah diajarkan dalam syariat Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabatnya. Bukankah Syiah Rafidhah itu menetas dari pemikiran Yahudi yang dieramkan oleh Yahudi bernama Abdullah bin Saba’?
Aktiviti hiburan
Demikian juga dengan sebahagian aliran tarikat dan kesufian melampau dan sesat. Sudah ada sebilangan masjid yang membenarkan acara yang bercampur-baur dengan kesyirikan yang dilakukan oleh kelompok sesat ini.
Contohnya mereka bernyanyi sambil menari dalam masjid dengan sangkaan dengan tindakan mereka itu roh Nabi Muhammad SAW akan hadir bersama mereka. Walhal keyakinan sebegini boleh membawa kepada kesyirikan.
Bukankah gereja pada hari ini tidak diisi dan dipenuhi melainkan lagu-lagu keagamaan (Gospel) persis nasyid yang didakwa Islami?
Gereja yang asalnya adalah tempat ibadah yang hanya kepada ALLAH, kini sudah dicemari dengan simbol syirik seperti patung dan alatan muzik. Adalah tidak mustahil seandainya umat Islam leka dan lengah, suatu hari nanti hal yang sama berlaku kepada masjid dan ajaran Islam. Semoga ALLAH menjauhkan bencana dan musibah sedemikian.
Dan inilah tafsir dan pemahaman yang sahih tatkala menjelaskan maksud: “Bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” (Surah Al-Fatihah: 7).
Ia dinukilkan oleh sejumlah ulama’ terdahulu sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibn Kathir.
Itu belum lagi termasuk laporan yang diterima daripada media sosial (sebahagiannya bersama rakaman kejadian) terdapat segelintir guru tarikat yang berhenti dari mengajarkan al-Quran dan hadis dan menyambung kelas pengajian hanya dengan nyanyian qasidah sementara menunggu roh Nabi Muhammad SAW hadir.
Kontradik dengan itu pula ada ustaz dan penceramah agama hanya mengajarkan Al-Quran dan hadis dengan penjelasan ulama muktabar; mereka pula ditahan dan disoal siasat.
Alangkah bimbangnya gejala yang menimpa umat pada masa kini. Bimbang ia termasuk dalam ancaman yang pernah ALLAH ancam kepada kafir Quraisy suatu ketika dahulu.
Mereka pernah menghalangi Rasulullah SAW dan sahabat daripada memasuki Masjidil Haram lalu ALLAH SWT turunkan ayat berikut: “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalang-halangi menyebut nama ALLAH dalam masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid ALLAH), kecuali dengan rasa takut (kepada ALLAH). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat seksa yang berat.” (Surah Al-Baqarah: 114)
Justeru, tatkala kita mahu membahaskan fungsi masjid dan bagaimana memakmurkannya, tidak boleh tidak fokus utama yang paling mendasar ia mengembalikan fungsi masjid sebagai tempat ibadah yang tulus dan mulus hanya kerana ALLAH.
Dengan kata lain masjid ialah sebagai tempat mentauhidkan ALLAH dan merawat umat Islam daripada noda syirik. Dan inilah juga yang dilakukan Rasulullah SAW dan sahabat tatkala memasuki Masjidil Haram selepas menguasainya dalam peristiwa Fathul Makkah.

0 Komentar untuk " Kembalikan fungsi & peranan masjid "