AWAL minggu ini, Presiden Umno menegur cara PKR dan DAP mengendali urusan parti mereka dengan pihak istana Selangor. Kedua-dua parti tidak mahu mematuhi titah Sultan Selangor supaya mereka menghantar lebih dua nama ahli Dewan.
Hantar hanya satu nama sahaja. Kerana kedegilan dan kurangnya sentimen taat setia kepada raja dan undang-undang negeri, mereka dimurkai. Sultan Selangor anggap perbuatan tidak senonoh dan kurang ajar ini sebagai satu penderhakaan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP Lim Guan Eng sudah mohon maaf bagi parti masing-masing, namun tetap tidak merubah pendirian. Sehingga kini, belum ada tanda-tanda Sultan Selangor memaafkan mereka.
Kata Datuk Seri Najib Tun Razak, pendekatan tidak beradab PKR-DAP ini bagaikan ingin memaksa Sultan Selangor untuk ikut rentak mereka dan masuk dalam kancah politik. Punca sikap keras kepala bersifat provokasi ini ialah kerana tidak faham undang-undang negeri dan Perlembagaan negara serta tidak hormat kepada tata susila dan adat istiadat raja-raja Melayu.

Kekhilafan dan kebobrokan ini pasti merumitkan kemelut kepimpinan politik Selangor yang berlarutan sejak setahun lalu sementara kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor diabaikan Pakatan Rakyat.
Sebelum ini Anwar ditegur oleh pihak istana Selangor kerana tidak faham protokol apabila menulis surat terus kepada Sultan untuk mohon menghadap.
Seorang pegawai kanan istana dilaporkan berkata beliau hairan bagaimana seorang pemimpin yang pernah menduduki jawatan tinggi dalam kerajaan boleh melakukan faux pas yang serius. Baginda juga menolak permohonan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menghadap ke istana.

Ini dilihat ramai penganalisis sebagai ‘penolakan’ Istana Selangor terhadap pencalonan beliau untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
“Inilah masalahnya apabila PKR berkawan dengan DAP,” kata Najib. Kita tahu sejarah DAP dengan institusi raja-raja Melayu. Beberapa kes membabitkan mendiang Karpal Singh termasuk dengan Sultan Selangor dan Sultan Perak.
Beberapa pemimpin DAP lain juga pernah berkrisis dengan pihak istana. Pernah juga berlaku pemimpin DAP yang baru dipilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri mencemarkan institusi Dewan dan sultan kerana enggan memakai songkok, padahal itu adalah konvensyen dan peraturan Dewan sejak merdeka.

Mungkin mereka kaitkan songkok dengan adat dan pemakaian Melayu atau imej Islam, justeru tidak mempersetujui pemakaiannya. Pada tahun 2009, kerana membantah pendirian beberapa Adun Pakatan Rakyat yang menyokong Barisan Nasional sehingga menyebabkan pemerintahan kerajaan negeri Perak bertukar dan disahkan oleh Sultan Azlan Shah atas kuasa yang ada padanya, menteri besar yang gugur telah membuat ‘sembah derhaka’.
Beliau dan lain-lain anggota Dewan yang terlucut hak mengadakan sidang Dewan di bawah pokok di luar bangunan Dun. Speaker ‘Dewan Sarkis’ ini ialah seorang Adun DAP yang tidak mahu melepaskan jawatan. Sidang bawah pokok ini tercatat dalam sejarah negara sebagai antara peristiwa politik aneh, lucu dan mengaibkan.

Usahkan dalam perkara yang besar membabitkan hal undang-undang, kuasa sultan dan peranan institusi raja-raja dan adat istiadat Melayu, dalam soal asas pun mereka tetap menghina dan mengaibkan. Dalam memberi tribut kepada mantan Presiden Pas Datuk Fadzil Noor yang sudah meninggal dunia, penulis Lim Hong Siang merujuk kepada beliau sebagai ‘Almarhum’ yakni satu istilah/rujukan yang dikhaskan kepada sultan, raja-raja dan keluarga terdekat sahaja.
Artikelnya tersiar dalam Harakah 12 September 2014. Istilah/rujukan yang betul dan sepatutnya ialah ‘Allahyarham’. Sama ada perkara ini disengajakan atau tidak, atau dicetak dalam keadaan sedar atau tidak, hanya Lim dan sidang pengarang Harakah yang tahu maksud dan agenda masing-masing.
Dalam krisis perebutan kuasa di Selangor, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu memastikan Pas tidak terseret dalam kancah politik yang akan melagakan partinya dengan pihak istana.
Beliau menerangkan selain mengikuti kaedah dan pendirian yang diambil oleh presiden-presiden Pas sebelumnya, beliau memahami dan mematuhi undang-undang negeri Selangor serta cara berurusan dengan pihak istana. Maksud tersiratnya ialah beliau tidak akan terikut dengan cara pemimpin yang tidak hormat sultan atau memahami adat istiadat raja-raja Melayu.

0 Komentar untuk " Derhaka yang merumitkan "