APABILA kita menyebut profesional, ia bermakna seseorang yang telah ditauliahkan dengan ilmu dan kepakaran yang diiktiraf oleh badan-badan profesional di dalam dan di luar negara. Ia tidak semestinya seorang siswazah dan berkelulusan tinggi. Tetapi yang diperlukan adalah pengalaman kerja dan kejayaan dalam bidang diceburi.
Kebelakangan ini ramai profesional Melayu agak tercicir ke belakang jika dibandingkan dengan bangsa asing. Jika ada pun tidak ramai yang berjaya. Fenomena ini perlu diatasi supaya golongan profesional Melayu terus menunjukkan keupayaan dan prestasinya bagi membantu membina negara, bangsa dan agama Islam.
Dari segi pengalaman, kejayaan dan kegagalan profesional ini ada lima faktor harus diteliti. Pertama, kebanyakan mereka kurang fokus kepada apa dilakukan. Ia akan memberikan peluang kepada pesaing untuk memberikan perkhidmatan lebih baik lagi kepada pelanggan.
Bermakna, mereka menitik beratkan kepada keperluan keadaan sekeliling dan sentiasa menumpukan masanya untuk kejayaan firmanya. Sedangkan kita semakin lama semakin kurang memberi perhatian kepada firma sendiri dan akhirnya tidak mampu bersaing dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar kini.
Kedua, sebagai profesional perlu boleh berkomunikasi dengan pintar dan secara profesional dalam berbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris selain bahasa Malaysia. Untuk berjaya kita juga perlu mengetahui bahasa Cina atau Mandarin dan Tamil. Jika di peringkat antarabangsa sebaik-baiknya kita mengetahui berbagai bahasa lagi seperti bahasa Jepun, Korea atau Perancis.
Kita lihat Air Asia Berhad, satu konglomerat yang terkenal di dunia berjaya dalam bidang penerbangan kerana kepakaran Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Tan Sri Anthony Francis Fernandes yang mahir berkomunikasi secara profesional dalam kalangan CEO seluruh dunia. Kepintarannya berkomunikasi memberi kepercayaan kepada syarikatnya oleh pelanggan-pelanggan di seluruh dunia.
Ketiga adalah faktor luaran iaitu sifat ingin menjadi kaya-raya dengan cepat kerana orang lain sudah kaya. Keinginan ini adalah bersifat tamak dan sementara saja. Kekayaan yang diperoleh bukan daripada usaha sendiri tetapi ia mungkin diperalatkan oleh orang lain untuk sama-sama menjadi kaya.
Keempat adalah faktor dalaman - seseorang itu boleh berubah sifat daripada penuh minat kepada sifat yang boleh menjejaskan kerjayanya disebabkan faktor keluarga dan sebagainya. Contohnya, jurutera petroleum yang bekerja berbulan-bulan di pelantar minyak di tengah lautan akan menghadapi tekanan jika keluarganya di rumah tidak aman dan tenteram.
Begitu juga sifat lupa diri boleh menjejaskan kerjaya contohnya, berpoligami atas dasar nafsu atau membeli kemewahan yang melampau. Faktor terakhir adalah sifat berpuas hati dengan apa yang dicapai. Ini samalah dengan sifat malas dan tiada minat. Kita perlu mencipta nama dan produk yang boleh digunakan oleh manusia.
Ilmu yang diberikan itu wajar untuk kegunaan dan dikongsi bersama, seperti Sabda Rasulullah SAW, ‘Perumpamaan orang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada manusia dan melupakan dirinya seperti lampu yang menerangi orang lain dan membakar dirinya sendiri’ (Hadis Riwayat At-Thabrani).
Kita berharap satu hari nanti, profesional Melayu mampu mencipta sesuatu yang boleh membantu menaikkan nama bangsa, negara dan agama Islam. Contohnya, mencipta mesin mengambil wuduk automatik untuk kegunaan pesakit yang kurang upaya atau yang boleh menjimatkan air dan menjaga kebersihan bilik wuduk serta alat berkhatan untuk anak-anak lelaki yang hygenic dan selamat. Tetapi malangnya ia bukan dicipta oleh orang Islam.
Kita juga sebagai orang Islam amat digalakkan untuk bersedekah membantu kaum asnaf, orang miskin orang gelandangan. Oleh itu amat wajar mengadakan ‘Halal Food Bank’ untuk keperluan mereka pada waktu iftar contohnya, sewaktu hari raya korban di mana daging-daging sembelihan perlu diagihkan.Sememangnya banyak yang boleh disumbangkan oleh profesional Melayu kita.
Ir Muhammad Yusof Baharuddin.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ikhtisas, Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor (GIBS).

0 Komentar untuk " Apa kurangnya profesional Melayu "