KITA sering mendengar atau melihat contoh ayat di bawah yang digunakan secara berleluasa, sama ada dalam perbualan harian ataupun digunakan oleh media massa. Para pembaca bolehlah meneliti contoh ayat di bawah dan cuba kenal pasti kesalahannya.
(i) Encik Aris sentiasa bersemangat dalam menyampaikan motivasi kepada pelajarnya.
(ii) Puan Ivi begitu bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawab yang diarahkan oleh Encik Razuki.
Kedua-dua contoh ayat di atas berkaitan penggunaan kata 'dalam' bahasa Melayu. Jika diteliti, ayat-ayat di atas salah dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini kerana terdapat kesalahan menggunakan kata 'dalam' bagi kedua-dua ayat tersebut.
Ayat-ayat di atas sepatutnya ditulis seperti berikut:
(i) Encik Aris sentiasa bersemangat untuk menyampaikan motivasi kepada pelajarnya.
(ii) Puan Ivi begitu bersungguh-sungguh untuk menjalankan tanggungjawab yang diarahkan oleh Encik Razuki.
Kita akan dapat mencari alasan yang sesuai tentang sebab ayat-ayat berkenaan salah dari segi tatabahasa sekiranya kita mengenali kata 'dalam' itu sendiri. 'Dalam' berfungsi sebagai kata sendi nama dan juga kata arah.
Apabila disebut bahawa dalam berfungsi sebagai kata sendi nama maka perlu hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contohnya:
(i) Rahimah menunjukkan kepetahan luar biasa dalam pertandingan pidato yang telah disertainya.
(ii) Hajah Salma bertindak sebagai juruacara dalam majlis penutupan kem motivasi di sekolahnya.
Kedua-dua ayat di atas gramatis dari segi tatabahasa kerana kata sendi nama 'dalam' berada di hadapan kata nama pertandingan dan majlis. Ada sesetengah pihak yang cenderung menggunakan kata sendi nama 'dalam' secara tidak tepat seperti contoh di bawah:
(i) Pemain-pemain pertahanan pasukan negara terpaksa bekerja keras dalam mengelakkan gawang gol dibolosi.
(ii) Pengetua sekolah itu meminta kerjasama daripada kakitangannya dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
Kedua-dua ayat di atas tidak gramatis dari segi tatabahasa kerana kata sendi nama 'dalam' digunakan di hadapan kata kerja atau frasa kerja sedangkan kata sendi nama 'dalam' sepatutnya berada di hadapan kata nama atau kata sendi nama.
Ayat-ayat di atas sepatutnya ditulis sebagai:
(i) Pemain-pemain pertahanan pasukan negara terpaksa bekerja keras untuk mengelakkan gawang gol dibolosi.
(ii) Pengetua sekolah itu meminta kerjasama daripada kakitangannya untuk menguatkuasakan peraturan sekolah.
Kata sendi nama 'dalam' juga mestilah digunakan untuk menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Jika digunakan di dalam untuk situasi seperti ini maka ayat tersebut tidak gramatis. Contohnya:
(i) Salah: Muliazi resah kerana berasakan dirinya berkeadaan umpama mimpi di dalam mimpi.
Betul: Muliazi resah kerana berasakan dirinya berkeadaan umpama mimpi dalam mimpi.
(ii) Salah: Hanim dan Afifah telah diisytiharkan sebagai pemenang di dalam pertandingan kuiz di sekolahnya.
Betul: Hanim dan Afifah telah diisytiharkan sebagai pemenang dalam pertandingan kuiz di sekolahnya.
(iii) Salah: Hanafiah berada di dalam dilema, sama ada ingin terus menjadi jurulatih pasukan itu atau sebaliknya.
Betul: Hanafiah berada dalam dilema, sama ada ingin terus menjadi jurulatih pasukan itu atau sebaliknya.
Kata 'dalam' juga berfungsi sebagai kata arah jika mengikuti kata sendi nama 'di' seperti ayat-ayat contoh di bawah:
(i) Kumpulan pengkaji itu telah tersesat di dalam hutan selama beberapa hari.
(ii) Ghazali menyimpan wang di dalam kocek seluarnya.
(iii) Budak perempuan itu berkurung di dalam bilik setelah dimarahi ibunya.
Kesalahan penggunaan kata sendi nama 'dalam' merupakan antara kesalahan yang sering dilakukan. Walaupun kesalahan ini dianggap remeh, namun kita semua mesti berusaha untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul sentiasa diberi keutamaan. Dirgahayu Bahasaku.

0 Komentar untuk " Umpama mimpi dalam mimpi... "