SAINS dan teknologi tidak saja mencapai kemuncaknya kini, tetapi hadir dan berkembang sejak lahirnya tamadun.
Sains dan teknologi adalah jalan ikhtiar insan bagaimana kehidupan terjadi dengan melakukan kajian dan renungan serta membangunkan alat.
Sains adalah ilmu memahami fenomena, kejadian dan persekitaran. Teknologi adalah alat bagaimana kajian saintifik memenuhi maksudnya supaya kecanggihan alat menghasilkan tamadun. Sains dalam pengertian silam dan konvensional lebih banyak memberi fokus mengenai kehadiran benda dan sumber untuk dikaji dan dimanfaatkan dalam membina kehidupan dan sistem.
Dalam tradisi Islam, sains tidak sekadar suatu kajian empiris yang memberi fokus kepada kekuatan rasionaliti tetapi menghubungkan fenomena alamiah yang nampak dan fenomena ghaibiyyah yang tidak nampak dengan Pencipta iaitu ALLAH.
Mengkaji air secara saintifik tidak sekadar memahami elemen 'apa' itu air iaitu kandungan oksigen dan hidrogen (H2O) tetapi 'mengapa' air seperti yang terungkap dalam al-Quran, “air adalah sumber kehidupan”. Dengan soalan 'mengapa' ini golongan saintis dibawa memikir mengenai Pencipta dan hikmah di sebalik penciptaan.
Mengkaji alam secara saintifik ialah mengkaji fenomena mengenai kejadian sesuatu, baik manusia, alat yang tampak (tangible), berlakunya peristiwa sebagai fenomena alamiah yang sifatnya natural atau semula jadi.
Dalam tradisi keilmuan Islam sesuatu itu tidak sifatnya sedia jadi atau semula jadi tetapi ia dijadikan. Gunung-ganang umpamanya adalah kajian tanah tinggi di tengah-tengah lautan dan daratan dengan segala fenomenanya. Dalam tradisi Islam gunung-ganang dihubungkan sebagai awtad iaitu pasak-pasak bumi menghasilkan perimbangan bumi sebagai sebuah planet.
Oleh itu dalam tradisi Islam kajian tentang ilmu alam tidak saja terhubung dengan alam nyata iaitu hikmah di sebalik kejadian tapi terhubung dengan alam ghaib punca alam itu dicipta dan dijadikan.
Mengkaji hikmah (rahsia) di sebalik kejadian mendekatkan manusia dengan Pencipta. Lebih-lebih lagi mengkaji asal kejadian manusia ia dikatakan amat saintifik kerana al-Quran (ilmu naqliah) memberikan pedoman yang tepat tentang ilmu kejaninan (embriologi). Surah al-Alaq ayat kedua – halaqal insan nami alaq –Pencipta mencipta manusia dengan darah beku adalah akurat atau tepat diskripsinya dan saintifik prosesnya.
Surah al Mukminun ayat 12-14 mengukuh fahaman mengenai dengan kejaninan dalam perut ibu dengan asas nutfah yang sifatnya membesar dan berkembang. Di suatu tempoh ALLAH tiupkan roh kepada jasad dan menyebabkan jasad hidup dan lahir ke dunia.
Faktor roh adalah faktor ghaibiyyah. Tanpa roh pada jasad, jasad akan mati. Tanpa roh pada akal, pemikiran tidak terjadi, tanpa roh pada hati perasaan tidak ada, tanpa roh pada daya pergerakan tidak berlaku. Al-Quran mempedoman “Roh itu ciptaan ALLAH dan apa yang manusia tahu tentang roh amat sedikit sekali”.
Dalam tradisi Islam teknologi selamanya alat bukannya matlamat. Apa yang terkandung dalam teknologi dan nilai guna terhadap teknologi menjadi matlamat.
Teknologi klon umpamanya adalah hasil kajian dan dapatan manusia. Etika dan nilai guna terhadap proses pengklonan memberikan pedoman supaya proses ini jangan disalah guna.
Media teknologi adalah lambang pencapaian manusia dalam proses perenungan, pengkajian dan rekaannya. Baik yang bersifat komunikasi atau telekomunikasi ia bergantung kepada nilai guna, sama ada membangun akal budi insan atau sebaliknya. Jika teknologi media, baik dari sudut perisian, program dan modularnya dikembangkan dengan etika yang murni ia bakal membawa kesejahteraan kepada manusia. Kalau tidak ia akan menghasilkan bencana.

0 Komentar untuk " Sains & teknologi selamanya alat "