SEBAIK memasuki teksi saya diberitahu bahawa perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta ke pusat bandar raya akan mengambil masa lebih dari waktu biasa sebab terpaksa mengikut jalan lain.
“Mohon maaf, Pak, laluan biasa nggak bisa kita lewati, makanya kita harus ikut laluan luar biasa,” kata pemandu, nadanya kedengaran kelakar, tetapi wajahnya serius. Saya bertanya dalam hati: laluan luar biasa?
Baru tiba, belum apa-apa, sudah luar biasa. Tetapi seperti biasa setiap kali berkunjung ke Jakarta, juga ke kota-kota lain di Indonesia, perkataan yang sering didengar ialah ‘luar biasa’.
Agaknya dia dapat membaca wajah saya, belum ditanya, Idrus si supir, sudah menjelaskan: “Macet teruk, Pak, ada demonstrasi!” Satu lagi perkataan yang sinonim dengan kota metro ini ialah ‘macet’ @ kesesakan lalu-lintas. Hatta ‘demonstrasi’ juga perkataan yang amat biasa saya dengar – dan dilihat – setiap kali ke sini.
Menurut Idrus, akhir-akhir ini, sejak pilihan raya presiden, hampir setiap hari ada demonstrasi jalanan. Penyokong pihak yang kalah mengadakan tunjuk perasaan, menyusahkan orang ramai, memanjangkan waktu perjalanan. Sekiranya menggunakan meter, tambang teksi menjadi berkali ganda lebih mahal.
Warga Jakarta sudah menerima demonstrasi sebagai budaya. Seperti yang diakui Idrus, bapa dua anak, yang sudah 17 tahun menjadi pemandu teksi bermeter dari lapangan terbang ke pusat bandar: “Demonstrasi menambah rejeki saya, Pak!”
Memang rezeki untuk pak supir, tetapi mudarat pula bagi beribu-ribu orang lain. Petugas tiba lewat ke tempat kerja, menyebabkan produktiviti menurun, peniaga merosot laba, pelajar tidak sempat ke kuliah. Dan, petugas media – termasuk saya! – terlewat tiba ke tempat tugasan.
Akhirnya petang Selasa lalu saya selamat tiba di hotel, setelah lebih sejam setengah berbual dengan pemandu. Katanya, kalau tidak macet, perjalanan dari Soekarno-Hatta paling lewat 45 minit. Kadang-kadang boleh sampai dalam masa 30 minit, “itu kira luar biasa, Pak!”
Demonstrasi atau tidak, Jakarta tetap ceria dan rancak seperti biasa, hidup sepanjang 24 jam. Misi singkat dan tergesa-gesa saya ke sini ialah temu janji dengan Jokowi. Tetapi sebelum menemui bakal presiden itu, saya mesti bertemu dulu dengan sesuatu yang tidak akan saya lepaskan setiap kali tiba di kota terbesar Indonesia ini: nasi Padang.
Secara peribadi tidak sah ke sini sekiranya tidak singgah ke restoran Padang, samalah seperti tidak berbaloi memandu ke pusat bandar raya Kuala Lumpur sekiranya tidak makan nasi kandar Kudu di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Saya menginap di kesibukan Jalan Thamrin. Hanya beberapa minit berjalan di belakang hotel ialah Jalan Sabang dengan deretan gerai makan rakyat, juga ada beberapa restoran masakan Padang, dua antaranya paling popular.
Sudah biasa sangat saya ke restoran ini, sebab masakannya lazat, pelayannya manis-manis (si mata juling itu masih ada!), harganya boleh tahan. Gambar seorang pemimpin kita terpampang di kaunter, mungkin untuk menarik pengunjung dari Malaysia.
Sebaik duduk pelayan membawa sekian banyak lauk-pauk, lebih 10 jenis, semuanya diletakkan di atas meja. Tetapi saya hanya memilih dua: daging dendeng – wajib! – dan telur itik masak lemak pekat, juga sayur nangka dan sambal hijau yang luar biasa itu. Menu wajib saya di Kudu ialah kari kepala ikan bawal, ayam kicap dan teh tarik gelas besar.
Berbaloi-baloi makan di Sabang setelah perut sengaja dikosongkan semasa dua jam penerbangan dari KLIA2. Di restoran Kudus biasanya saya kena RM12, paling-paling pun RM15 untuk makan tengah hari.
Di restoran Padang ini, bil untuk nasi putih, dendeng, telur lemak, nangka dan teh kosong ialah 65,700, termasuk cukai. Tentu sekali terlalu mahal sekiranya dalam RM, tetapi masih boleh dikira murah sebab 65,700 itu dalam Rupiah @ RM22. Masih amat berbaloi dengan hidangan lazat, dan senyuman si juling itu!
Setakat dua jam pertama di Jakarta, dendeng dan si juling itu adalah sesuatu yang luar biasa. Pasti dua malam di kota yang serba gemerlapan ini, akan ditemui banyak lagi yang luar biasa. Sebenarnya temu janji pertama dengan Pak Jokowi pun boleh dikira luar biasa.

0 Komentar untuk " Di Jakarta semua luar biasa "