PERANAN dan sumbangan ulama dalam bidang ekonomi, apatah lagi sektor perbankan dan perdagangan, sangat jarang dikaji. Padahal, pemikiran ekonomi Islam telah pun bermula sejak dari zaman pemerintahan al-Khulafa al-Rasyidin lagi.
Di Nusantara, antara tokoh pemikir dan ilmuwan Islam yang paling banyak berjasa dalam bidang ini ialah Sheikh Abdul Rauf al-Sinkili (1615-1693) dan Sheikh Daud al-Fatoni, ulama Patani yang prolifik pada lewat abad ke-18 dan awal abad ke-19.
Berbekal ilmu dan pengajiannya di Patani kemudian di Aceh (2 tahun), Makkah (30 tahun) dan Madinah (5 tahun), beliau mampu menghasilkan sekitar 70 buku dalam bidang tauhid, fiqh, tasauf dan sejarah.
Dalam kitabnya Mir’at al-Tullab, Sheikh Abdul Rauf al-Sinkili memberi huraian mengenai pelbagai masalah muamalat seperti hukum jual beli, riba, khiyar, syarikah, qirad, sulh, hiwalah, daman, wakalh, iqrar, musaqah dan laqit.
Ramai pengkaji menganggap beliau sebagai ulama pertama di Nusantara yang menulis secara langsung mengenai fiqh muamalat. Namun, ulama yang dianggap paling besar sumbangannya kepada pemahaman ekonomi dan perbankan Islam ialah Sheikh Daud al-Fatoni melalui kitabnya Furu’ al-Masa’il, yang bersumberkan kitab Fatawa oleh Sheikh al-Ramli dan Kasyf al-Litham karya Sheikh al-Mahalli, serta rujukan kepada Sheikh Ali Syubramalsi dan Imam al-Nawawi, antara lain.
Dalam kitabnya, Sheikh Daud al-Fatoni menghuraikan dengan terperinci jenis akad muamalat yang dibahagikan kepada 28 kategori. Bagi kesemua kategori ini, beliau menjelaskan makna dan hukum diikuti perbincangan penggunaan dan operasi.
Ini meliputi aspek riba, jual beli, transaksi kewangan, pertukaran harta dan kontrak utama dalam pembiayaan seperti musyarakah, mudarabah, bay ‘al-salam, murabahah dan ijarah. Pemikiran ekonomi Sheikh Daud al-Fatoni ini boleh disifatkan sebagai FiqhiConomic (diperkenal oleh Prof Salah El-Sheikh pada 2005), yakni pemahaman atau perbincangan sistem ekonomi dan kewangan berlandaskan perundangan dan hukum fiqh.
Pemahaman dan perbincangan Sheikh Daud al-Fatoni mengenai akad syarikah, misalnya, sangat relevan dengan konsep ‘bersekutu’ atau ‘bergabung’ justeru diaplikasi dalam operasi perbankan Islam sebagai perkongsian atau usaha sama (partnership).
Dalam kitabnya, beliau menggunakan istilah qirad sebagai takrifan ringkas kepada ‘bahagi untung’. Dalam perbankan Islam moden, ini dipanggil mudarabah. Pengusaha bagi akad mudarabah mempunyai tanggungjawab memastikan perniagaan dapat menjana keuntungan.
Dalam hal ini, Sheikh Daud al-Fatoni menjelaskan tanggungjawab itu seperti berikut: pengusaha hendaklah berjual dengan keuntungan, elak mendapat kerugian yang teruk, tidak boleh tangguh berjual tanpa keizinan pemodal, boleh berurus niaga secara bertukaran (mu’awadat) tanpa izin pemodal, pengusaha elak terlibat dengan aktiviti yang ditegah dalam akad mudarabah, pengusaha perlu serah zawa’id daripada modal mudarabah.
Akad bay’ al-salam pula popular pada zaman Nabi Muhammad SAW dan pada zaman berkembangnya pertanian. Akad ini penting dan menarik kerana dikecualikan daripada syarat jual beli biasa atas dasar objektif syariah yang jelas.
Akad ini menjadi fokus perbincangan fuqaha terdahulu termasuk Sheikh Daud al-Fatoni. Beliau membincangkan tajuk ini dalam kitabnya meliputi aspek rukun bagi pihak yang berakad (Muslim dan muslam ilayh), modal atau harga barang (ra’s al-mal) dan objek akad (Muslim fih).
Dalam kitabnya juga, Sheikh Daud al-Fatoni juga menyentuh aspek hak pemilik dan penyewa, harta sewaan, bentuk sewaan dan sebagainya yang dikategorikan sebagai ijarat al-‘ayn (barangan/komoditi) dan ijarat al-dhimmah (perkhidmatan). Hari ini, kedua-dua kategori ini diadaptasi dalam penawaran produk perbankan Islam yang berasaskan ijarah, yakni sebagai ijarah secara operasi (operating lease) dan pembiayaan secara ijarah (financial lease).
Jelas bahawa ulama Islam terdahulu bukan sahaja prolifik dari segi menulis dan penghasilan kitab, menimba dan menyebar ilmu serta berdakwah, malah tokoh pemikir dan ilmuwan yang turut menyumbang kepada pengetahuan ekonomi dan perkembangan sektor perbankan dan kewangan Islam.
Siapa sangka bidang FiqhiConomy yang diasas dan digarap oleh ulama Nusantara pada abad ke-18 dan ke-19 kini menjadi prinsip dan amalan institusi kewangan bukan sahaja di Malaysia dan Nusantara, malah seluruh dunia termasuk yang dimiliki bukan Islam.

0 Komentar untuk " Peranan ulama bidang fiqhiConomy "