AKHIRNYA saat yang ditunggu–tunggu olehsemuarakyat Malaysia amnya, dan rakyat Selangor khususnya telahpun sampai ke penghujungnya.
Tan sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 26 Ogos 2014 dengan tujuan mendapatkan titah perintah dan nasihat daripada Sultan berkenaan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.
Dalam pertemuan itu, Khalid Ibrahim memutuskan untuk menarik diri daripada jawatan yang di sandang oleh beliau sejak 13 Mac 2008.
Keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid di lihat sebagai satu jalan untuk meredakan keadaan politik yang dilalui oleh Negeri Selangor sejak bulan Jun yang lalu, di mana ianya bermula apabila beliau gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor sehinggalah khabar angin mengenai Dr Wan Azizah, Adun Kajang, dinamakan sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Situasi yang dihadapioleh Tan Sri Abdul Khalid sememangnya sangat sukar dan memberikan satu tekanan yang amat hebat kepada beliau, pelbagai pihak yang terus– menerus untuk menjatuhkan beliau daripada kerusi Menteri Besar sehinggalah pihak Pas yang sebelum ini sebulat suara menyokong kepimpinan beliau juga membuat satu kejutan yang amat besar apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 17 Ogos memutuskan untuk tidak memberi sokongan kepada beliau lagi, sebaliknya menamakan dua calon, iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.
Peletakan jawatan tersebut dilihat sebagai satu langkah yang amat baik daripada beliau, ini kerana sekiranya beliau terus mempertahankan jawatan sedia ada dikhuatiri beliau akan mendapat ancaman yang lebih hebat daripada pihak–pihak tertentu, selain itu juga, keputusan tersebut bukan sahaja meredakan keadaan politik Negeri Selangor malah ianya dapatmemberi ruang kepada pemimpin–pemimpin yang berkelayakan bagi menerajui pucuk kepimimpinan Negeri Selangor.
Walaupun peletakan jawatan oleh Tan Sri Khalid ditangguh oleh Sultan Selangor tetapi beliau tetap nekad untuk tidak kembali memegang jawatan tersebut sekiranya beliau dinamakan semula sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Persoalannya, adakah calon pemimpin yang dinamakan oleh parti PKR dan juga DAP layak bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri Besar Selangor. Walaupun Azmin Ali dinamakan sebagai calon namun beliau sendiri menyatakan bahawa beliau akan memberi ruang kepada Dr Wan Azizah untuk menyandang jawatan tersebut.
Rasional dariapada dua calon yang dinamakan oleh PR adalah untuk mengaburi mata rakyat bahawa PR sangat teliti dalam pemilihan MenteriBesar dan juga untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-15.
Walau bagaimanapun jika dilihat dari segi politik ia hanyalah satu permainan PR untuk memastikan jawatan tersebut akhirnya akan disandang oleh Dr Wan Azizah.
Pada masa itu hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya tercapai dengan jayanya, walaupun pada pandangan mata kasar kita melihat Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor tetapi hakikatnya kuasa pemerintahan jatuh di tangan Anwar Ibrahim.
Malangnya keputusan belumpun dicapai, titah perintah daripada Sultan Selangor, Sultan SharafuddinIdris Shah agar pihak PR menamakan lebih daripada satu calon dilihat sebagai satu ancaman dan halangan kepada kejayaan Anwar Ibrahim.
Pada masa ini, beliau sudah tentunya menjadi amat runsing, ini kerana, sekiranya pihak Pas berhasrat untuk menamakan calon Menteri besar Selangor, kemungkinan besaruntuk Sultan Sharafuddin melantik calon daripada pihak Pas adalah amat besar.
Oleh yang demikian, kita akan melihat sekali lagi kegagalan Anwar Ibrahim dalam merampas kedudukan tertinggi dalam mana– mana pemerintahan, ini juga secara tidak langsung akan memberikan satuimej yang amat buruk kepada pihak Pakatan Rakyat amnya dan pihak PKR khususnya.
Apapun keputusan yang diberikan, kita semua sebagairakyat Malaysia berharap agar sesipapun yang dipilih untuk menyandang jawatan MenteriBesar Selangor, akan menunjukkan kesungguhan dalam pemerintahan beliau dan juga membawa satu corak pentadbiran yang akan memberikan satu impak positif dari segi ekonomi, sosial dan budaya di Negeri Selangor.

0 Komentar untuk " Isu MB Selangor: Lepaskan untuk kebaikan "