SEBAGAI seorang intelek agama dan autoriti ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, Allahyarham Prof Ulung Dr Muhammad Uthman El-Muhammady memberi penjelasan yang terang dan meyakinkan mengenai pelbagai aliran pemikiran, fenomena baharu dan isme yang menyesatkan. Beliau seorang ulama yang berfikir, sering membuat analisis diagnostik dan bernas berhujah.
Pihak Muafakat, terutama presidennya Ustaz Ismail Mina Ahmad telah menggarap pemikiran Dr Uthman dalam buku ‘Inteligensia Muslim Kontemporari’ yang baharu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Dr Uthman menggalakkan perbahasan agama menggunakan kaedah yang baik seperti dialog, forum dan muzakarah. Namun, keceluparan dan mengeji ulama lain mesti dielakkan.
Beliau selalu mengingatkan agar majlis dakwah tidak bersifat lara atau main-main, kurangkan unsur lawak jenaka keterlaluan hingga hilang mesej dakwah yang hendak disampaikan. Perlakuan sebegini boleh hilangkan keberkatan.
Sepanjang berdakwah dan mendidik, Dr Uthman mempertahankan hakikat Islam adalah agama sepanjang zaman. Islam bukan agama kuno atau kolot. Beliau menekankan, Islam menerima fenomena moderniti namun setakat yang dibenarkan syarak.
Sebagai orang Islam, kita menolak modernisme kerana ia mengandungi falsafah, ajaran, doktrin, nilai dan sistem yang bercanggah dengan agama. Beliau juga menentang egalitarisme yang menyamaratakan semua manusia.
Islam juga ada konsep rasionalisasi tapi tidak menerima rasionalisme yang semata-mata bersandarkan fikiran dan akal manusia. Islam memberi tempat kepada akal tetapi ia terikat dengan iman dan peraturan agama. Kebebasan manusia adalah relatif, tidak mutlak kerana tertakluk kepada syariat dan kehendak ALLAH.
Puak liberalis, misalnya, mahu memadamkan al-Quran dengan wacana Bible Kristian yang menolak kitab mereka sebagai bersifat suci.
Tuhan mereka sudah mengalami dekadansi dengan kemasukan unsur syirik (Trinity), justeru tiada lagi nilai metafizik dan transendental. Ironisnya, ada kalangan dalam Pas yang turut terpengaruh dengan hujah puak liberalis, justeru bersetuju kalimah ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu.
Padahal, dalam Islam, keadilan paling tinggi ialah berjaya melepaskan diri daripada belenggu al-syirk dan berjaya menegakkan al-qist dalam diri dan masyarakat.
Puak liberalis Melayu juga nafi adanya jihad. Ini satu pendirian yang salah. Sirah Rasulullah membuktikan Baginda menyertai 27 peperangan (ghazwah) dan 50-56 kali sariyyah.
Antara punca peperangan ialah provokasi dan ancaman musuh terhadap aqidah serta keselamatan negara dan umat Islam. Misalnya, kewujudan nabi palsu.
Pada zaman Khalifah Abu Bakar, wujud pula ancaman fahaman dekonstruksionisme (sama dengan liberalis-pluralis) apabila sebilangan orang enggan membayar zakat dan mengurangi waktu solat. Ini menyebabkan khalifah memerangi mereka.
Zaman sekarang, provokasi kuffar dalam bentuk fahaman atau falsafah pascamodenisme dan ketenteraan amat nyata. Oleh itu, umat Islam kena bersedia untuk hadapi segala kemungkinan.
Dr Uthman berpendapat Muslimin perlu berjihad melawan hegemoni kuffar selagi ada kemampuan dan syarat yang cukup. Menurutnya, berjihad ke luar negara adalah fardu kifayah tapi jika musuh sudah ada dalam negara, ia menjadi fardu ain.
ALLAH menyuruh umat Islam dirikan agama dengan cara yang baik dan tidak membawa perpecahan. Dr Uthman berpendapat dalam konteks Malaysia, tidak salah membela bangsa Melayu dan memberi keutamaan. Ini selaras dengan ajaran ASWJ dan teori sosiopolitik Ibnu Khaldun.
Yang menjadi kesalahan ialah jika majoriti Melayu berlaku zalim ke atas bukan Melayu, bukan Islam, haiwan mahupun alam sekitar. Sebagaimana dalam hadis riwayat Abu Yu’la: “Jika hina dan lemahnya bangsa Arab, maka lemah dan hinalah pula Islam”, maka jika bangsa Melayu lemah dan hina, agama yang mereka anuti juga akan dipandang hina. Ini pasti memberi impak negatif kepada usaha dakwah dan memartabat Islam di Alam Melayu.
Dr Uthman terkilan melihat pertelingkahan fahaman politik dibawa masuk ke dalam masjid sehingga kelihatan bukan lagi zon aman dan tenteram.
Rumah ALLAH yang sepatutnya menjadi nukleus masyarakat selain pusat pengajian, kegiatan dan perhubungan kemasyarakatan telah menjadi tempat percaturan politik kepartian serta penyebaran fahaman mungkar bagi mengabsahkan penggunaan kalimah ALLAH.
Ini menyebabkan fungsi masjid terganggu dan pengaruhnya berada pada paras minima. “Masjid adalah hati masyarakat Muslimin.
Kesihatan masyarakat Muslimin bergantung kepada bagaimana mereka memanfaatkan masjid,” kata Dr Uthman.

0 Komentar untuk " Inteligensia Muslim kontemporari "