“Tanam biji mangga takkan hasilkan durian.”
Itulah yang sentiasa diingatkan oleh murabbi saya ketika di sekolah menengah, umur jagungan mengenal dakwah dan tarbiah. Dahulunya mungkin lebih kepada isu kemenjadian tarbiah, halatuju seorang pelajar, dan berkaitan dengan perkembangan sesebuah harakah.
Kini apabila disebut pepatah ini, ia sangat relevan bila kita cuba melihat beberapa kelompok cuba membawa Islam bukan dengan caranya yang pernah diajar oleh Nabi SAW dan dipandu dengan panduan Al-Quran yang sahih berlandaskan prinsip-prinsip syarak yang jelas.
Benar, ramai orang boleh memupuk ikhlas untuk beramal. Namun berapa ramai yang faham jalan yang sebenar untuk mencapai penegakan Islam ini secara keseluruhan.
Kisah hadis kapal yang karam itu membawa banyak makna. Ia bukan semata-mata pengajaran kepentingan amar makruf nahi mungkar, bahkan ia mengisahkan perilaku orang yang bodoh (boleh jadi ikhlas) untuk buat perkara yang baik, namun hakikatnya adalah kerosakan.
Bagaimana nak tahu cara itu tepat atau tidak;
1. Semak sejauhmana ia bertepatan dengan syarak, dari sudut dalil naqli dan aqli, dan dari sudut prinsip-prinsip syarak seperti wala’ dan bara’, kaedah fiqh yang berkaitan dan syarat-syarat tertentu . Dalam isu ini, sekiranya kita kabur, saya cadangkan untuk kita bersama meneliti kajian Abu Ammar dalam Usul Ifta’ jilid ke-4, yang menceritakan secara khusus perhubungan ‘organisasi Islam’ dengan organisasi luar. Dalam isu terkini, mungkin lebih sesuai dirujuk Bab Nadzoriah ‘Ammah fi Al-Hilf wa Al-Isti’anah. (Konsep Umum dalam Perjanjian dan Meminta Tolong).
2. Semak sejauhmana yang membuat keputusan itu masak dengan situasi politik yang berlaku (hakikat kes dan situasi), dari sudut big picture yang jelas, mempunyai pendirian jelas siapa kawan siapa lawan, latarbelakang syarak (paling kurang memahami asas usul fiqh dan ijtihad) mempunyai sumber-sumber risikan yang bukan semata-mata sebelah pihak dan bukan semata-mata akhbar tempatan, serta ada badan kajian untuk mengkaji situasi dengan lebih jelas.
Paling kurang dua perkara ini mesti diambil kira dalam membuat polisi luaran.
Syed Qutb sudah berpesan kepada kita, dalam Maalim, bab ke-2, Tabiat Manhaj Qurani ;
“Manhaj di sisi Islam sama seperti sebuah hakikat (yakni sunnatullah yang tetap dan tidak akan berubah”
“Iltizam dengan manhaj (tabiat dan jalan menegakkan Islam) adalah dhoruri (keperluan asasi) dalam membawa Islam, setiap manhaj yang pelik selain dari manhaj yang sepatutnya, pada penghujungnya TIDAK AKAN dapat menegakkan Islam pada penghujungnya”
Dalam bab pertama, Generasi Al-Quran yang Unik, beliau menyebut ;
“Apabila kita cuba bertolak ansur dengan ‘jahiliyah’ dalam bab manhaj ini, semata-mata mahu ‘bertoleransi’ dengan jahiliyah itu, maka kita akan kehilangan manhaj (pedoman), dan kita akan hilang/sesat daripada jalan (menegakkan Islam) sebenarnya”
Jika ada pada hari ini, kelompok-kelompok tertentu yang nak membawa Islam, selain dari menggunakan manhajnya yang jelas prinsip dan kaedahnya, dengan mengharapkan agar takdir Allah SWT menyebelahinya lalu menegakkan Islam dengan cara yang salah, ia adalah ibarat ..
MENANAM BIJI MANGGA LALU MENGHARAP-HARAPKAN AGAR DURIAN YANG BERBUAH.
Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa
Aktivis ISMA Mesir
Pelajar Sarjana Universiti Al-Azhar

0 Komentar untuk " Tanam biji mangga takkan hasilkan durian "